Contoh Soalan Temuduga Penolong Pegawai Farmasi U29 Latihan Separa Perubatan

Tahniah kerana anda lulus PSEE dan akan dipanggil ke temuduga Penolong Pegawai Farmasi.

Buat persediaan sehabis baik kerana anda hanya selangkah lagi untuk menjadi Pelatih Penolong Pegawai Farmasi  Separa Perubatan.

Apa itu Penolong Pegawai Farmasi ?

 Penolong Pegawai Farmasi merupakan penolong kepada Pegawai Farmasi.

Farmasi adalah satu kerjaya dalam bidang kesihatan yang melibatkan aktiviti aktiviti antara lainnya penyediaan,peramuan,penstabilan pengawetan dan pendispensan ubat ubatan serta membekal maklumat tentang ubat.Farmaseutikal pula adalah  nama bagi kajian tentang penghasilan ubat daripada bahan kimia.

Pegawai Farmasi atau Ahli Farmasi  berupaya  memahami  mekanisma biokimia termasuk tindakan dadah, kegunaan dadah, peranan terapeutik, kesan sampingan, potensi tindak balas dadah  dan parameter pemantauan.

Pengetahuan ini digabungkan dengan anatomi, fisiologi dan patofisiologi.

DESKRIPSI TUGAS PENOLONG PEGAWAI FARMASI GRED U29

Antara Skop Tugas Penolong Pegawai Farmasi  adalah :

  1. Memastikan kebersihan farmasi ubat  khasnya di kaunter farmasi ubat, kebersihan gelas -gelas  sukatan dan semua alatan lain.
  2. Memeriksa dan memenuh semua botol botol bancuhan yang kosong, pil pil, losen untuk penyediaan perkhidmatan  pada hari itu.
  3. Pembahagian ubatan kepada pesakit dan memberi keterangan yang jelas dan betul atas kegunaan ubat yang diberikan dengan bahasa yang difahami oleh pesakit.
  4. Membekal campuran losen dan ointment kepada wad wad dengan menentukan label label dengan terang dan bersih.
  5. Membantu Pegawai Farmasi Kanan didalam pungutan hasil.
  6. Membantu didalam menyediakan stok stok yang banyak seperti butir butir campuran, losyen,ointment dan membotolkan dengan segera untuk pembahagian.
  7. Menjalankan kerja digedung ubat atau klinik sebagaimana diarah oleh Penguasa Ahli Kimia Ubat untuk memastikan kelincinan perkhidmatan farmasi.

Senarai Tugas Lain Penolong Pegawai Farmasi

  1. Melaksanakan aktiviti aktivi dalam perkhidmatan  farmasi pesakit luar, farmasi pesakit dalam dan farmasi makmal
  2. Melaksanakan aktiviti kawalan inventori ubat-ubatan dan alat alatan gunahabis
  3. Menjalankan aktiviti kualiti dan penambahbaikan
  4. Menunjukajar  pelatih farmasi  dalam melaksanakan aktiviti aktiviti  perkhidmatan farmasi
  5. Menyelenggara peralatan supaya sentiasa berfungsi dengan baik.

Maklumat Jawatan

Penolong Pegawai Farmasi

Gred: U29
Taraf: Diploma
Gaji Minimum: RM1797.00
Gaji Maksimum: RM5753.00
Kenaikan Gaji Tahunan: RM145.00

Gaji permulaan pada gred U29 adalah RM1797.00

Penempatan Penolong Pegawai Farmasi

Seorang Penolong Pegawai Farmasi  U29  biasanya akan ditempatkan di Jabatan Farmasi Hospital.

Bidang Farmasi Hospital boleh dibahagikan kepada :

  • Pentadbiran Farmasi
  • Farmasi Pesakit Luar dan Kaunseling
  • Perkhidmatan Maklumat Ubat
  • Farmasi Bekalan Wad
  • Perkhidmatan Farmakokinetik
  • Farmasi Onkologi
  • Farmasi  Nutrisi Parenteral Total
  • Perkhidmatan Sediaan Admikstur Intravena
  • Farmasi Perolehan dan Inventori
  • Farmasi Nuklear atau Radiofarmasi

Kurikulum Diploma Penolong Pegawai Farmasi

Tempoh pengajian Diploma Penolong Pegawai Farmasi adalah selama 3 tahun atau 6 semester. Dalam tempoh itu , anda akan didedahkan  dengan topik utama seperti

  • Kimia
  • Biologi
  • Fisiologi
  • Farmaseutik
  • Farmakologi
  • Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
  • Pengenalan Amalan Farmasi
  • Mikrobiologi Asas
  • Kemahiran teknikal Farmasi
  • Sains Tingkah Laku
  • Mikrobiologi Farmaseutik
  • Bahasa Inggeris

Setelah menamatkan pengajian dan memperolehi Diploma Penolong Pegawai Perubatan anda akan dilantik ke jawatan Penolong Pegawai Farmasi Gred U29 di Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tempat Latihan Penolong Pegawai Farmasi

Pelatih Latihan Penolong Pegawai Farmasi akan menjalani latihan selama 3 tahun di Institut Latihan KKM Sultan Azlan Shah, Perak.

Persediaan Temuduga

Untuk persediaan temuduga, anda boleh baca tentang:

  • Info tentang jawatan seperti gaji, kelayakan, gred, dll.
  • Skop kerja dan tanggungjawab seorang Penolong Pegawai Farmasi.
  • Pengetahuan am berkaitan farmasi dan ubat ubatan.
  • Menteri Kesihatan dan organisasi KKM.
  • Kempen-kempen kesihatan KKM.
  • Isu-isu semasa terkini

26 Contoh Soalan Temuduga Penolong Pegawai Farmasi

Berikut adalah 26 contoh soalan-soalan yang boleh ditanyakan oleh panel penemuduga dalam temuduga Penolong Pegawai Farmasi

  1. Sila perkenalkan diri anda
  2. Dari manakah kamu berasal?
  3. Kenapa anda memilih kerjaya Penolong Pegawai Farmasi ?
  4. Apakah skop tugas  Penolong Pegawai Farmasi?
  5. Anda fikir anda layak ke menjadi Penolong Pegawai Farmasi?
  6. Apakah visi dan misi Kementerian Kesihatan Malaysia?
  7. Apakah perbezaan Hospital dan Klinik?
  8. Namakan 2 jenis ubat.
  9. Apakah kegunaan ubat.
  10. Terangkan apakah  objektif kempen “Kenali Ubat Anda“yang dianjurkan KKM.
  11. Sanggupkah anda bertugas di pedalaman Sabah?
  12. Siapakah Menteri Kesihatan Malaysia?
  13. Siapakah Timbalan Menteri Kesihatan?
  14. Siapakah Ketua Pengarah Kesihatan?
  15. Siapakah Pengarah Kesihatan Negeri?
  16. Berapakah bilangan Insitut Latihan  Kesihatan KKM?
  17. Apakah fasa Covid 19 sekarang di negara kita ?
  18. Terangkan apa itu  MySejahtera  dan kaitan dengan KKM?
  19. Mengapa kami perlu pilih anda berbanding dengan calon calon yang lain?
  20. Kenapa pilih Penolong Pegawai Farmasi ? kenapa tak pilih Pengawai Kesihatan Persekitaran atau Juruteknologi Makmal Perubatan
  21. Nyatakan 5 contoh Jabatan yang terdapat di hospital kerajaan
  22. Terangkan mengapa kami harus pilih anda dan bukan calon – calon yang lain
  23. Berapa lamakah anda akan menjalani Latihan bidang ini?
  24. Andaikan seorang penolong pegawai farmasi  tersalah  bagi ubat, boleh kah dia di saman?
  25. Bagaimana untuk mengelakkan kesilapan seperti ini berlaku?
  26.  Sebelum temuduga ini berakhir, anda ada apa apa nak  katakan kepada kami?

Rujukan Temuduga Separa Perubatan

Dah bersedia untuk temuduga  Penolong Pegawai Farmasi Latihan Separa Perubatan ?

Ini adalah temuduga jawatan kerajaan. Rujukan persediaan yang paling tepat untuk temuduga Latihan Separa Perubatan ialah Rujukan  Temuduga Separa Perubatan. 

3 BONUS PEMBELIAN

Dengan pembelian  melalui laman ini anda  akan diberikan  3 bonus ebook berikut :

1. Ebook  Infografik Kesihatan  versi terkini .

Ebook infografik  setebal lebih 30 mukasurat  ini akan memudahkan persediaan temuduga  anda!. 

 2. Ebook Temuduga Latihan Separa Perubatan

 3. Ebook Info penting Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM)

NAK COACHING TEMUDUGA?

Yang berminat untuk tahu lebih lanjut, boleh baca DISINI