Didalam siri 1 & 2 , kita telah mengetahui 10 sebab anda mungkin gagal didalam temuduga. Dalam siri ketiga ini, 5 lagi sebab akan dibincangkan.
11. Tidak mampu membuat keputusan sendiri
Soalan yang ditanya mungkin pelbagai. Soalan panel temuduga juga meminta anda membuat keputusan dalam masa yang singkat. Anda perlu yakin dengan jawapan anda.
Menangguh jawapan supaya anda boleh bertanya kepada pihak lain menandakan anda masih belum mampu membuat keputusan sendiri.
Ada masanya anda perlu merujuk kepada seseorang yang lebih tinggi pengetahuannya. Dalam situasi temuduga, jika ia memerlukan pengetahuan yang lebih tinggi sesuai untuk menangguhkan jawapan. Di sini ia menandakan anda bijak mengurus sumber maklumat. Berlaku bijak dalam mebuat keputusan anda.
12. Tiada lesen kenderaan
Tiada lesen kenderaan juga boleh buatkan calon gagal dalam sesi temuduga. Terdapat kerja yang memerlukan calon bekerja di luar pejabat untuk bertemu pelanggan. Tidak mengapa jika tiada kenderaan. Bagi sesetengah syarikat anda disediakan kenderaan untuk urusan rasmi.
Namun ia bergantung kepada jenis jawatan yang anda mohon. Tetapi untuk lebih selamat usahakan dapat lesen kenderaan atau pilih jawatan lain yang tidak memerlukan lesen kenderaan sebagai syarat penting.
13. Diam berbahasa inggeris
Ini yang banyak menjadi mimpi ngeri calon temuduga. Bagi yang mahir dalam berbahasa Inggeris, itu kelebihan bagi anda. Bagi yang jarang-jarang menggunakan bahasa Inggeris, sesi temuduga merupakan satu sesi yang amat digeruni.
Dalam sesi temuduga, temuduga boleh berlangsung dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Ia terpulang kepada panel temuduga menyoal anda mengikut kehendak yang syarikat mahukan. Jika ia berlangsung dalam bahasa Melayu, ia adalah bonus bagi anda.
Jika ia dalam bahasa Inggeris, usah diamkan diri. Terus atur ayat sebagaimana yang anda boleh jawab. Mendiamkan diri menandakan anda tidak minat dan tidak menampakkan usaha anda.
14. Banyak ‘kemungkinan’
Menjadi kebiasaan panel temuduga menyoal anda tentang soalan penyelesaian masalah yang melibatkan jawatan yang anda mohon. Apabila menjawab, elakkan daripada bercakap “Mungkin saya akan buat begini dan begini….”
Ayat kemungkinan adalah ayat menandakan tahap keyakinan diri anda. Terlalu banyak kemungkinan dalam jawapan memungkinkan juga anda diterima untuk menjawat jawatan tersebut.
Jawab dengan yakin dan matang. Anda ingin bekerja, bukan menjawab soalan di kertas peperiksaan. Tiada jawapan betul atau salah, mereka cuma ingin melihat kreativiti anda dalam menguruskan situasi yang berlaku.
15. Tidak mengkaji syarikat / jawatan
Anda ingin bekerja di syarikat yang anda mohon, anda seharusnya peka kepada bisnes syarikat berkenaan. Calon yang tidak membuat persediaan menyemak maklumat syarikat di halaman web bakal menemui jalan buntu apabila panel temuduga bertanya tentang “Apa pandangan anda tentang syarikat kami…”
Bagi jawatan kerajaan, anda berkhidmat dengan kerajaan. Apa yang harus anda peka adalah berkenaan jawatan. Calon yang tidak mengetahui maklumat tentang jawatan yang mereka mohon menunjukkan mereka tidak berusaha dengan cukup.
Ambil masa mengkaji syarikat dan jawatan terlebih dahulu sebelum hadir ke temuduga. Jika tidak, temuduga anda menjadi satu temuduga yang sia-sia sahaja.
Dalam siri akan datang , baki 3 lagi sebab yang memungkinkan anda gagal dalam temuduga akan dikongsikan.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik link berikut: