Contoh Soalan Temuduga Jurupulih Perubatan Fisioterapi
Latihan Separa Perubatan

Tahniah kerana anda lulus PSEE dan akan dipanggil ke temuduga Jurupulih Perubatan Fisioterapi.

Buat persediaan sehabis baik kerana anda hanya selangkah lagi untuk menjadi Pelatih Jurupulih Perubatan Fisioterapi Separa Perubatan.

Apa itu Jurupulih Perubatan Fisioterapi?

Fisioterapi adalah singkatan bagi Jurupulih Perubatan Fisioterapi ( fisio) iaitu fisiologi yang membawa makna fungsi dan terapi. Sama makna dengan penjagaan fisiologi. Jadi maksud kata fisioterapi itu sendiri ialah penjagaan atau pemulihan kefungsian.

Fisioterapi dikenali sebagai jurupulih perubatan fisioterapi atau jurupulih perubatan anggota atau pegawai pemulihan perubatan ( anggota).

Jurupulih Perubatan (Anggota) adalah satu kerjaya yang memberi penekanan kepada aspek penjagaan kesihatan yang berkaitan dengan penilaian, pengendalian dan pemulihan fungsi fizikal dan pergerakan tubuh manusia.

Matlamat Utama Jurupulih Perubatan Fisioterapi

 Matlamat utama  seorang Jurupulih Perubatan  Fisioterapi adalah :

  • Membantu pesakit untuk mengembalikan dan memastikan setiap fungsi fizikal pesakit berada pada tahap yang tinggi dan dapat difungsikan dengan sebaik mungkin.
  • Memastikan pesakit dapat mengawal pergerakan yang seimbang , meningkatkan tenaga dan stamina supaya dapat bergerak dengan lebih baik .

DESKRIPSI TUGAS JURUPULIH PERUBATAN FISIOTERAPI GRED U29

Tugas seorang Jurupulih Perubatan  Fisioterapi Gred  U29 merangkumi perkara perkara berikut :

  • Pemulihan anggota denan menggunakan senaman,cahaya elektrik, sejuk air, urut dan elektrik.
  • Merancang program rawatan kepada pesakit supaya dapat memberi kesan yang diperlukan.
  • Mebantu doktor menentukan jenis penyakit misalnya menguji dengan cara elektrik.
  • Menyimpan laporan kemajuan pesakit pesakit terutama pesakit yang mengambil masa panjang seperti polio.
  • Memaklumkan kepada pegawai perubatan mengenai kesesuaian sesuatu skim rawatan terhadap seseorang pesakit.
  • Membuat pesanan bekalan peralatan
  • Mengajar pesakit pesakit mengenai  senaman yang perlu dilakukan dirumah terutama bagi mereka yang tinggal  berjauhan dan sukar untuk datang ke hospital.
  • Menjalankan tugas tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa..

Bidang Bidang Dalam Fisioterapi

Fisioterapi boleh dibahagikan kepada beerapa bidang utama , antaranya ialah :

  • Orthopedic/Musculoskeletal ( Tulang & Otot)
  • Cardiorespiratory ( Jantung & paru Paru)
  • Neorology ( saraf)
  • Sports ( Sukan)
  • Women Health ( kesihatan wanita)
  • Geriatric ( Orang tua)

Kaedah Yang Digunakan Jurupulih Perubatan Fisioterapi

Didalam merawat para pesakit, pelbagai kaedah boleh digunakan oleh seorang Jurupulih Perubatan Fisioterapi yang bertauliah.  Seperti :

Elektro Terapi

  • Ultra Sound
  • Interferential Terapi
  • Laser
  • Diatermi Gelombang Pendek ( Short Wave Diathermy)

Terapi Manual

  • Mobilisasi
  • Manipulasi
  • Urutan
  • Senaman Therapeutic
  • Rehabilitasi selepas pembedahan
  • Nasihat dan langkah pencegahan

Hidroterapi

Hidroterapi atau terapi air adalah kaedah rawatan menggunakan air untuk mengurangkan kesakitan badan dan meningkatkan kesihatan serta kekuatan fizikal.

Perbezaan Jurupulih Perubatan Fisioterapi Dengan
Jurupulih Perubatan Cara Kerja

Perbezaan boleh dilihat melalui objektif tugas.

Tugas Fisioterapi adalah untuk mengembalikan fungsi tubuh badan setelah mengalami kecederaan.

Jurupulih Perubatan Cara Kerja pula untuk mengembalikan kefungsian tubuh badan yang berkaitan dalam semua aspek kehidupan. Kata kunci disini ialah kefungsian.

Maklumat Jawatan

Jurupulih Perubatan Fisioterapi

Gred: U29
Taraf: Diploma
Gaji Minimum: RM1797.00
Gaji Maksimum: RM5753.00
Kenaikan Gaji Tahunan: RM145.00

Gaji permulaan pada gred U29 adalah RM1797.00

Kurikulum Diploma Jurupulih Perubatan Fisioterapi

Tempoh pengajian Diploma Jurupulih Perubatan  adalah selama 3 tahun atau 6 semester. Dalam tempoh itu , anda akan didedahkan  dengan subjek berikut :

  • Anatomi
  • Fizik
  • Psikologi dan Sosiologi
  • Agen Elektro-Fizikal
  • Kardiorespitori
  • Neurologi
  • Keselamatan Pekerjaan dan Kesihatan
  • Fisiologi
  • Patologi
  • Sains Pergerakan
  • Muskuloskeletal
  • Kinesiologi

Setelah menamatkan pengajian dan memperolehi Diploma Jurupulih Perubatan anda akan dilantik ke jawatan Jurupulih Perubatan Fisioterapi Gred U29 di Kementerian Kesihatan Malaysia

Tempat Latihan Jurupulih Perubatan Fisioterapi

 2 Tempat Latihan Jurupulih Perubatan Fisioterapi  dibawah KKM:

  1. Institut Latihan KKM Sungai Buloh,Selangor
  2. Institut Latihan KKM Johor Bahru

Persediaan Temuduga

Untuk persediaan temuduga, anda boleh baca tentang:

  • Info tentang jawatan seperti gaji, kelayakan, gred, dll.
  • Skop kerja dan tanggungjawab seorang Jurupulih Perubatan Fisioterapi.
  • Objektif khusus Jabatan Pemulihan Anggota.
  • Maksud fisioterapi.
  • Kaedah pemulihan fisioterapi.
  • Menteri Kesihatan dan organisasi KKM.
  • Kempen-kempen kesihatan KKM.
  • Isu-isu semasa terkini 

29 Contoh Soalan Temuduga

Berikut adalah 29 contoh soalan-soalan yang boleh ditanyakan oleh panel penemuduga dalam temuduga Jurupulih Perubatan Fisioterap

  1. Sila perkenalkan diri anda
  2. Dari manakah kamu berasal?
  3. Kenapa anda memilih kerjaya Jurupulih Perubatan Fisioterapi?
  4. Apakah skop tugas Jurupulih Perubatan Fisioterapi?
  5. Apakah maksud Fisioterapi
  6. Nyatakan tugas seorang Jurupulih Perubatan Fisioterapi
  7. Apakah objektif khusus Jabatan Pemulihan Anggota
  8. Sebutkan alat sokongan yang digunakan dalam Fisioterapi
  9. Apakah terapi yang anda tahu digunakan oleh Fisioterapi?
  10. Anda fikir anda layak ke menjadi Jurupulih Perubatan Fisioterapi?
  11. Bila kah Hari Fisioterapi Sedunia ?
  12. Apakah perbezaan Jurupulih Cara kerja dengan Fisioterapi?
  13. Apakah visi dan misi Kementerian Kesihatan Malaysia?
  14. Apakah perbezaan Hospital dan Klinik?
  15. Apa kempen-kempen kesihatan yang dianjurkan KKM?
  16. Sanggupkah anda bertugas di pendalaman?
  17. Siapakah Menteri Kesihatan Malaysia?
  18. Siapakah Timbalan Menteri Kesihatan?
  19. Siapakah Ketua Pengarah Kesihatan
  20. Siapakah Pengarah Kesihatan Negeri?
  21. Siapa Yang Dipertuan Agong Malaysia?
  22. Sebutkan Rukun Negara
  23. Apakah nama bendera Malaysia?
  24. Berapakah bilangan Insitut Latihan  Kesihatan KKM?
  25. Apakah fasa Covid 19 sekarang di negara kita ?
  26. Terangkan apa itu  MySejahtera  dan kaitan dengan KKM?
  27. Apakah nama varian terbaru COVID 19?
  28. Anda fikir anda layak ke menjadi Jurupulih Perubatan Fisioterapi?
  29. Sebelum temuduga ini berakhir, anda ada apa apa nak  katakan kepada kami?

Rujukan Temuduga

Dua Rujukan dibawah boleh membantu persediaan temuduga anda. Selain dari temuduga Latihan Separa Perubatan , rujukan juga boleh digunakan untuk temuduga jawatan jawatan lain SPA. Beli sekali , boleh guna berkali kali. 4 Bonus khas Separa Perubatan  yang di berikan akan memantapkan persediaan temuduga anda.

BONUS BELIAN RUJUKAN TEMUDUGA

Bagi yang dapatkan Rujukan Temuduga  Pakej Basic yang berharga RM40, layak mendapat 3 bonus untuk Temuduga Latihan Separa Perubatan berikut secara percuma : 

Bagi yang ada kemampuan , saya sarankan anda dapatkan Rujukan Temuduga Pakej Basic Upgrade

Bagi pembelian mana mana pakej upgrade  yang bermula dari RM70 hingga RM130 , anda layak mendapat 4 bonus dibawah secara percuma.

4 BONUS PEMBELIAN

Dengan pembelian  melalui laman ini anda  akan diberikan  4 bonus ebook berikut :

1. Ebook  Infografik Kesihatan  versi terkini .

Ebook infografik  setebal lebih 30 mukasurat  ini akan memudahkan persediaan temuduga  anda!. 

 2. Ebook Temuduga Latihan Separa Perubatan

 3. Ebook Info penting Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM)

4. Group Coaching Temuduga Sijil Latihan Separa Perubatan

NAK COACHING TEMUDUGA?

Yang berminat untuk tahu lebih lanjut, boleh baca DISINI