Contoh Soalan Temuduga Juruteknologi Pergigian
Latihan Separa Perubatan
Tahniah kerana anda lulus Ujian Psikometrik (PSEE) dan dipanggil ke temuduga memilih pelatih Latihan Separa Perubatan bagi bidang Juruteknologi Pergigian.
Buat persediaan sehabis baik kerana anda hanya selangkah lagi untuk menjadi Pelatih Juruteknologi Pergigian Separa Perubatan.
Apa itu Juruteknologi Pergigian (JT)?
Pasti kan anda tahu perbezaan Juruterapi Pergigian dengan Juruteknologi Pergigian. Jika Juruterapi Pergigian atau misi gigi berdepan terus dengan pesakit , Juruteknogi Perggian adalah tenaga penting dalam penjagaan pergigian dibelakang tabir.
Tugas tugas Juruteknologi Pergigian Gred U5
Berikut merupakan antara tugas Juruteknologi Pergigian Gred U5:
- Merangka, memproses dan menghasilkan aplians prostetik, ortodonik, maksilofasial dan restoratif berdasarkan prosedur amalan pergigian yang unggul mengikut jenis bahan akrilik, logam, seramik dan komposit mencukupi aplians berikut :
- Prostetik
- Dentur Penuh
- Dentur Sebahagian
- Konservatif
- Korona
- Inlai
- Onlai
- Jambatan (Bridge)
- Ortodontik
- Aplians Boleh Tanggal
- Aplians Fungsi
- Komponen-komponen Aplians Tetap
- Maksilofasial
- Obturator
- Splin
- Memperbaiki dan mengubahsuai Aplians kes-kes berikut:
- Aplians Terfraktur (Fractured Applainces)
- Penambahan Unit Aplians
- Lapis Semula (Relining)
- Landas Semula (Rebasing)
- Mereplika dentur penuh
- Merekabentuk Aplians
Merangka bersama-sama dengan Pegawai Pergigian dan/atau Pakar Pergigian di dalam surgeri secara terus mengenai pembuatan kes-kes aplians kepada pesakit tertentu. - Menyelenggara dan memperbaiki kelengkapan pergigian
- Menyelenggara kelengkapan pergigian sesuai dengan prinsip penyelenggaraan pencegahan (preventive maintenance).
- Memperbaiki kelengkapan pergigian yang rosak.
- Melaksana pemasangan kelengkapan pergigian.
- Pengurusan
- Kelengkapan Pergigian
- Mengurus penyelnggaraan dan pembaikan kelengkapan yang tidak boleh dilaksanakan oleh Juruteknik Pergigian yang memerlukan kepakaran swasta.
- Menyelia pemasangan kelengkapan pergigian.
- Menilai kelengkapan pergigian untuk menentukan ‘cost effective’
- Memberi tunjuk ajar di dalam pengendalian kelengkapan pergigian.
- Memberi khidmat nasihat teknikal.
- Stor
- Menilai dan menguji bahan pergigian untuk menentukan ‘cost effective’.
- Mengurus perolehan kelengkapan dan bahan untuk memastikan bahan-bahan kelengkapan menepati spesifikasi yang ditetapkan.
- Kelengkapan Pergigian
- Prostetik
- Merangka, memproses dan menghasilkan aplians prostetik, ortodonik, maksilofasial dan restoratif berdasarkan prosedur amalan pergigian yang unggul mengikut jenis bahan akrilik, logam, seramik dan komposit mencukupi aplians berikut :
Maklumat Jawatan
Juruteknologi Pergigian
Gred: U5
Taraf: Diploma
Gaji Minimum: RM1974.00
Gaji Maksimum: RM 6620.00
Kenaikan Gaji Tahunan: RM145.00
Gaji permulaan pada gred U5 adalah RM1974.00
Penempatan Juruteknologi Pergigian
Juruteknologi Pergigian yang baru tamat menjalani latihan akan ditempatkan samada di
- Klinik Pergigian di Hospital Kerajaan
- Klinik Pergigian di Pusat Kesihatan
Kurikulum Diploma Juruteknologi Pergigian
Tempoh pengajian Diploma Juruteknologi Pergigian adalah selama 3 tahun atau 6 semester. Dalam tempoh itu , anda akan didedahkan dengan
- Sains Asas
- Sains Pergigian
- Sains Klinikal
- Kelengkapan Pergigian
Setelah menamatkan pengajian dan memperolehi Diploma Jururawat anda akan dilantik ke jawatan Juruteknologi Pergigian Gred U5 di Kementerian Kesihatan Malaysia
Tempat Latihan Juruteknologi Pergigian
Latihan Juruteknologi Pergigian hanya di tawarkan di satu ILKKM sahaja iaitu :
- Institut Latihan KKM Georgetown,Pulau Pinang
Persediaan Temuduga
Untuk persediaan temuduga, anda boleh baca tentang:
- Info tentang jawatan seperti gaji, kelayakan, gred, dll.
- Skop kerja dan tanggungjawab seorang Juruteknologi Pergigian.
- Peralatan asas berkaitan pergigian.
- Pengetahuan am berkaitan gigi.
- Istilah asas berkaitan perawatan kesihatan.
- Perkhidmatan yang disediakan di Klinik Pergigian
- Menteri Kesihatan dan organisasi KKM.
- Kempen-kempen kesihatan KKM.
- Isu-isu semasa terkini
42 Contoh Soalan Temuduga
Berikut adalah 42 contoh soalan-soalan yang boleh ditanyakan oleh panel penemuduga dalam temuduga Juruteknologi Pergigian4
- Sila perkenalkan diri anda
- Dari manakah kamu berasal?
- Kenapa anda memilih kerjaya Juruteknologi Pergigian ?
- Apakah skop tugas Juruteknologi Pergigian.?
- Berikan nama gigi dan fungsi yang anda tahu?
- Gigi kanak-kanak ada berapa batang?
- Gigi orang dewasa ada berapa batang dan sebutkan jenis nya?
- Bila kah gigi kekal akan mula tumbuh pada kanak kanak?
- Apakah punca kanser gusi ?
- Apakah yang dimaksudkan dengan karang gigi?
- Apa yang anda faham tentang prostetik?.
- Apakah warna jalur yang dipakai pada topi bagi juruterapi pergigian ?
- Apakah visi dan misi Kementerian Kesihatan Malaysia?
- Apa moto KKM?
- Dalam logo KKM , apa makna gambar tangan?
- Apakah perbezaan dentur penuh dengan dentur sebahagian?
- Apa itu Maksilofasial?
- Apa yang anda tahu tentang rawatan ortodontik dan periodontik ?
- Apakah rawatan pergigian yang disediakan di klinik pergigian ?
- Apakah perbezaan hospital dan klinik?
- Sebutkan kempen KKM
- Nyatakan tarikh sambutan Hari Kesihatan Oral Sedunia.
- Siapakah Menteri Kesihatan Malaysia?
- Siapakah Timbalan Menteri Kesihatan?
- Siapakah Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia?
- Siapakah Ketua Pengarah Kesihatan?
- Siapakah Pengarah Kesihatan Negeri?
- Siapa Yang DiPertuan Agong Malaysia sekarang dan baginda YDPA yang ke berapa?
- Sebutkan Rukun Negara.
- Berapakah bilangan Institut Latihan Kesihatan KKM?
- Dimanakah latihan diadakan bagi Juruteknologi Pergigian. ?
- Sebutkan 3 teras budaya koporat KKM
- Siapa Perdana Menteri Malaysia yang ke 10?
- Apa slogan kerajaan sekarang ?
- Sebutkan 6 teras Madani?
- Sanggupkah anda bertugas di pendalaman?
- Ceritakan isu semasa dimalaysia sekarang
- Apa isu semasa Kesihatan sekarang?
- Kenapa minta separa perubatan sedangkan anda sudah ada diploma?
- Apa kelebihan awak?
- Anda fikir anda layak ke menjadi Juruteknologi Pergigian.?
- Sebelum temuduga berakhir, ada apa-apa nak katakan kepada kami?
Rujukan Temuduga Separa Perubatan
Ingin kan jawapan kepada 42 soalan diatas ? Semuanya ada dalam ebook Temuduga Juruteknologi Pergigian. Disamping itu terdapat soalan extra dan nota ringkas.
Panduan Temuduga JuruTeknologi Pergigian ini berharga RM39
BelianPanduan Temuduga diatas melayakkan anda mendapat 3 ebook percuma berikut
i) Nota Pantas Temuduga Juruteknologi Pergigian
ii) Info KKM
iii) Pengetahuan Am Malaysia Ku
Rujukan Temuduga Separa Perubatan
INFO PENTING KKM
PENGETAHUAN AM MALAYSIAKU
Nak ebook Temuduga Juruteknologi Pergigian ?
Untuk info lanjut tentang rujukan temuduga , boleh hubungi kami di +60105011537
Atau Wasap kami dengan klik butang dibawah.
NAK COACHING TEMUDUGA?
Yang berminat untuk tahu lebih lanjut, boleh baca DISINI