Tahniah kerana anda lulus PSEE dan akan dipanggil ke temuduga Jururawat.
Buat persediaan sehabis baik kerana anda hanya selangkah lagi untuk menjadi Pelatih Jururawat Separa Perubatan.
Apa itu Jururawat?
Anda semua kenal Jururawat sejak dari sekolah rendah lagi.Biasa nya mereka akan datang ke sekolah untuk membuat pemeriksaan kesihatan atau memberi pendidikan kesihatan . Mereka biasanya memakai uniform putih.
Jururawat merupakan sebahagian dari pasukan perubatan yang anda akan temui di hospital dan klinik tak kira milik kerajaan ataupun swasta.Di Malaysia adalah dianggarkan terdapat lebih kurang seramai 130,000 jururawat dalam kedua dua sektor.