Anda pasti selalu dengar bahawa JIKA ANDA JATUH, MAKA JANGAN TAKUT UNTUK BANGKIT SEMULA.
Benar, kegagalan merupakan pengalaman untuk kita bangkit dengan lebih yakin dalam menuju kejayaan. Namun, berapa kalikah kita perlu menghadapi kegagalan ini? Selagi anda tidak mengetahui apakah punca sebenar kegagalan itu, maka tidak mustahil anda akan menghadapi kegagalan berulang kali.