Tahniah kerana anda lulus PSEE dan akan dipanggil ke temuduga Juru X-ray.
Buat persediaan sehabis baik kerana anda hanya selangkah lagi untuk menjadi Pelatih Juru X-ray Latihan Separa Perubatan.
Apa itu Juru X-ray?
Juru X-ray atau Radiographer (RG) adalah seorang anggota profesional Kesihatan Bersekutu yang menggunakan X-ray untuk menghasilkan imej bagi tujuan diagnosis seseorang pesakit.
Juru X-ray menggunakan pelbagai jenis mesin X-ray untuk menghasilkan imej antaranya
- mesin radiografi am
- imbasan CT
- MRI dan
- Fluoroskopi
Mendiognasis pesakit bererti menyiasat samada terdapat penyakit pada bahagian tubuh badan pesakit.Contohnya pada bahagian perut, dada dan kepala. Juga memeriksa sekiranya ada kepatahan terhadap anggota badan.
Boleh disimpulkan sinar X digunakan untuk mengesan keabnormalan yang terdapat didalam tubuh badan pesakit. Kerja ini dilakukan mengikut arahan/permintaan dari doktor.