Contoh Soalan Temuduga Juruterapi Pergigian
Latihan Separa Perubatan
Tahniah kerana anda lulus PSEE dan akan dipanggil ke temuduga memilih pelatih Latihan Separa Perubatan bagi bidang Juruterapi Pergigian.
Buat persediaan sehabis baik kerana anda hanya selangkah lagi untuk menjadi Pelatih Juruterapi Pergigian Separa Perubatan.
Apa itu Juruterapi Pergigian?
Pasti ramai antara kita masih ingat akan kedatangan van klinik pergigian ke sekolah dan jururawat beruniform putih mengangkut kerusi pergigian mudah alih ke bilik rawatan yang diperuntukkan. Tidak lama kemudian, salah satu jururawat tersebut akan muncul di kelas, memanggil satu persatu ke bilik rawatan untuk pemeriksaan gigi. Berapa ramai yang pernah berpura-pura perlu ke tandas ketika itu?
Biasa nya mereka akan datang ke sekolah untuk membuat pemeriksaan pergigian atau memberi pendidikan penjagaan pergigian . Sekarang ni jururawat pergigian sudah dijenamakan kepada Juruterapi Pergigian. Mereka biasanya memakai uniform putih dan tudung berline atau berjalur kuning.
Tugas tugas Juruterapi Pergigian Gred U5
Berikut merupakan antara tugas Juruterapi Pergigian Gred U5:
Tugas-tugas Rawatan Pesakit
- Am
Perkhidmatan kesihatan oral kanak-kanak tadika, sekolah, kanak-kanak istimewa dan warga tua. Juga agensi kerajaan dan pusat-pusat kesihatan. - Diagnosis
Memeriksa, mendiagnosis dan mengatur rawatan pesakit-pesakit dibawah penjagaannya dan merujuk kepada pegawai pergigian untuk tindakan selanjutnya.
- Profilaksis
Pembersihan gigi termasuk prosedur penskoleran, pembersihan dan pengilapan bagi permulaan.
- Restorasi
Menyedia kaviti dan membuat tempahan.
- Cabutan gigi serta mengawal pendarahan setelah cabutan
- Rawatan lain mengikut arahan
Pendidikan Kesihatan Pergigian
- Melaksanakan aktiviti pendidikan kesihatan pergigian melalui latihan memberus gigi, ceramah, pameran kempen kesihatan.
- Menyediakan bahan-bahan pendidikan serta menggunakan alat pandang dengar.
- Kaunseling
- Penjagaan kesihatan Oral.
- Penjagaan di rumah (Home Care).
- Kawalan Jangkitan
- Kejururawatan Komuniti
- Penyelidikan Sistem Kesihatan
- Menganalisa kekurangan dan kelemahan seperti kawalan, jangkitan, restorasi atau bahan tampalan komposit gigi.
- Pentadbiran dan Pengurusan
- Penyelenggaraan, keselamatan dan kelemahan seperti kawalan, jangkitan, restorasi atau bahan tampalan komposit gigi.
Secara ringkas tugas di unit ialah :
- Bertanggungjawab melaksanakan perkhidmatan pergigian dari segi diagnosis, rawatan, pencegahan dan peningkatan kesihatan untuk kanak-kanak berumur 17 tahun ke bawah dengan memberi tumpuan kepada kanak-kanak pra-sekolah, murid sekolah rendah dan menengah di seluruh negara.
- Bertanggungjawab memberi perkhidmatan pergigian yang spesifik untuk mencapai matlamat supaya masyarakat mempunyai kesihatan mulut yang optimum.
Maklumat Jawatan
Juruterapi Pergigian
Gred: U5
Taraf: Diploma
Gaji Minimum: RM 1974.00
Gaji Maksimum: RM 6620.00
Kenaikan Gaji Tahunan: RM145.00
Gaji permulaan pada gred U5 adalah RM 1974.00
Penempatan Juruterapi Pergigian
Juruterapi Pergigian yang baru tamat menjalani latihan akan ditempatkan samada di
- Klinik Pergigian di Hospital Kerajaan
- Klinik Pergigian di Pusat Kesihatan
- Klinik Pergigian Sekolah
- Pasukan Pergigian Bergerak.
Kurikulum Diploma Juruterapi Pergigian
Tempoh pengajian Diploma Juruterapi Pergigian adalah selama 3 tahun atau 6 semester. Dalam tempoh itu , anda akan didedahkan dengan
- Sains Asas
- Sains Pergigian
- Sains Klinikal
- Kelengkapan Pergigian
Setelah menamatkan pengajian dan memperolehi Diploma Jururawat anda akan dilantik ke jawatan Juruterapi Pergigian Gred U5 di Kementerian Kesihatan Malaysia
Tempat Latihan Juruterapi Pergigian
Latihan Juruterapi Pergigian hanya di tawarkan di satu ILKKM iaitu :
- Institut Latihan KKM Georgetown,Pulau Pinang
Persediaan Temuduga
Untuk persediaan temuduga, anda boleh baca tentang:
- Info tentang jawatan seperti gaji, kelayakan, gred, dll.
- Skop kerja dan tanggungjawab seorang Juruterapi Pergigian.
- Peralatan asas berkaitan pergigian.
- Pengetahuan am berkaitan gigi.
- Istilah asas berkaitan perawatan kesihatan.
- Perkhidmatan yang disediakan di Klinik Pergigian
- Menteri Kesihatan dan organisasi KKM.
- Kempen-kempen kesihatan KKM.
- Isu-isu semasa terkini
42 Contoh Soalan Temuduga
Berikut adalah 42 contoh soalan-soalan yang boleh ditanyakan oleh panel penemuduga dalam temuduga Juruterapi Pergigian
1. Sila perkenalkan diri anda
2. Dari manakah kamu berasal?
3. Kenapa anda memilih kerjaya Juruterapi Pergigian ?
4. Apakah skop tugas Juruterapi Pergigian?
5. Berikan nama gigi dan fungsi yang anda tahu?
6. Gigi kanak-kanak ada berapa batang?
7. Gigi orang dewasa ada berapa batang dan sebutkan jenis nya?
8. Bila kah gigi kekal akan mula tumbuh pada kanak kanak?
9. Apakah punca kanser gusi ?
10. Apakah yang dimaksudkan dengan karang gigi?
11. Ceritakan cara memberus gigi dengan betul.
12. Apakah warna jalur yang dipakai pada topi bagi Juruterapi Pergigian ?
13. Apakah visi dan misi Kementerian Kesihatan Malaysia?
14. Apa moto KKM?
15. Dalam logo KKM , apa makna gambar tangan?
16. Apakah jenis peralatan yang digunakan dalam rawatan gigi?
17. Jika gusi bengkak, boleh atau tidak pembedahan dilakukan?
18. Apa yang anda tahu tentang rawatan ortodontik dan periodontik ?
19. Apakah rawatan pergigian yang disediakan di klinik pergigian ?
20. Apakah perbezaan hospital dan klinik?
21. Sebutkan kempen KKM
22. Nyatakan tarikh sambutan Hari Kesihatan Oral Sedunia.
23. Siapakah Menteri Kesihatan Malaysia?
24. Siapakah Timbalan Menteri Kesihatan?
25. Siapakah Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia?
26. Siapakah Ketua Pengarah Kesihatan?
27. Siapakah Pengarah Kesihatan Negeri?
28. Siapa Yang DiPertuan Agong Malaysia sekarang dan baginda YDPA yang ke berapa?
29. Sebutkan Rukun Negara.
30.Berapakah bilangan Institut Latihan Kesihatan KKM?
31. Dimanakah latihan diadakan bagi juruterapi pergigian ?
32. Sebutkan 3 teras budaya koporat KKM
33. Siapa Perdana Menteri Malaysia yang ke 10?
34. Apa slogan kerajaan sekarang ?
35. Sebutkan 6 teras Madani?
36. Sanggupkah anda bertugas di pendalaman?
37.Ceritakan isu semasa dimalaysia sekarang
38. Apa isu semasa Kesihatan sekarang?
39.Kenapa minta separa perubatan sedangkan anda sudah ada diploma?
40. Apa kelebihan awak?
41. Anda fikir anda layak ke menjadi juruterapi pergigian?
42. Sebelum temuduga berakhir, ada apa-apa nak katakan kepada kami?
Ingin kan jawapan kepada 40 soalan diatas ? Semuanya ada dalam ebook Temuduga Juruterapi Pergigian. Disamping itu terdapat soalan extra dan nota ringkas.
Panduan Temuduga Juruterapi Pergigian ini berharga RM39
Anda akan dapat percuma 3 ebook berikut
i) Nota Pantas Temuduga Juruterapi Pergigian
ii) Info KKM
iii) Pengetahuan Am Malaysia Ku
Rujukan Temuduga Separa Perubatan
INFO PENTING KKM
PENGETAHUAN AM MALAYSIAKU
Nak ebook Temuduga Juruterapi Pergigian?
Untuk info lanjut tentang rujukan temuduga , boleh hubungi kami di +60105011537
Atau Wasap kami dengan klik butang dibawah.
NAK COACHING TEMUDUGA?
Yang berminat untuk tahu lebih lanjut, boleh baca DISINI