Contoh Soalan Temuduga Penolong Pegawai Perubatan Latihan Separa Perubatan

Tahniah kerana anda lulus PSEE dan akan dipanggil ke temuduga Penolong Pegawai Perubatan.

Buat persediaan sehabis baik kerana anda hanya selangkah lagi untuk menjadi Pelatih Penolong Pegawai Perubatan  Separa Perubatan.

Apa itu Penolong Pegawai Perubatan ?

 Penolong Pegawai Perubatan (PPP) atau Assistant Medical Officer (AMO) merupakan satu profesion yang unik di Malaysia kerana ianya satu satu pekerjaan yang mempunyai akta tersendiri.

Semua Penolong Pegawai Perubatan terikat kepada Akta Pembantu Perubatan 1977.

Nama lain bagi Penolong Pegawai Perubatan adalah Medical Assistant (MA) .Sebelum itu di kenali dengan nama HA(Hospital Assistant).

 

DESKRIPSI TUGAS PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN GRED U29

Skop Tugas Penolong Pegawai Perubatan adalah amat luas meliputi memberi perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat dari aspek penjagaan kuratif, rehabilitatif,pencegahan dan promosi dan pemulihan dalam sistem kesihatan negara.

Penolong Pegawai Perubatan mempunyai tugas dan tanggung jawab yang besar di Kesihatan Primer seperti Klinik Kesihatan,Klinik Komuniti, Jabatan Kecemasan Dan Kemalangan serta klinik klinik pakar di hospital sebagai rakan kongsi kepada profesion lain di bidang Sains Perubatan dan Kesihatan .

Berikut merupakan antara tugas Penolong Pegawai Perubatan Gred  U29:

    • Peranan Primer

      1.1 Penjagaan Perubatan Primer

      • Memeriksa , mendiagnosis dan merawat penyakit yang ringan
      • Memberikan Pendidikan kesihatan berkaitan kepada individu kumpulan dan masyarakat
      • Mendispess,memesan dan menyimpan ubat ubatan
      • Membantu dalam program Latihan para medical dan auksiliari kakitangan dibawah selianya
      • Menyimpan semua rekod yang berkaitan dengan pendaftaran, penjagaan pesakit dan kematian
       

      1.2 Penjagaan Kemalangan Dan Kecemasan

      • Penjagaan kemalangan dan kecemasan
      • Memberi rawatan awal dan segera serta sokongan bagi semua kes kecemasan dan merujukan kes kes berkenaan untuk pengedalian selanjutnya kepada pengawai perubatan
      • Sebagai ketua pasukan ambulance dan memberi jawatan kecemasan mengikut protokal yang telah ditetatapkan
       

      1.3 Pentadbiran

      • Tugas tugas penyeliaan kakitangan dibawah jagaannya serta memeriksa dan menyimpan alat pemulihan dan bekalan perubatan di Jabatan Pesakit Luar, Jabatan Kemalangan dan Kecemasan serta Ambulance
      • Menguruskan bilik mayat dan pemeriksaan bedah siasat mayat di hospital
       

      2)Peranan Khusus  

    • Penjagaan khusus di Unit- Unit  khas dan wad- wad seperti Unit Ortopedik, Psikiatrik , Kardiologi dan lain lain.

    • Menjalankan tugas tugas pentadbiran dan mengendalikan latihan di jabatan atau program tertentu

Maklumat Jawatan

Penolong Pegawai Perubatan

Gred: U29
Taraf: Diploma
Gaji Minimum: RM1797.00
Gaji Maksimum: RM5753.00
Kenaikan Gaji Tahunan: RM145.00

Gaji permulaan pada gred U29 adalah RM1797.00

Penempatan Penolong Pegawai Perubatan

Seorang Penolong Pegawai Perubatan  U29  biasanya akan ditempatkan di

  • di Hospital Kerajaan
  • Klinik Kesihatan

Kurikulum Diploma Penolong Pegawai Perubatan

Tempoh pengajian Diploma Penolong Pegawai Perubatan adalah selama 3 tahun atau 6 semester. Dalam tempoh itu , anda akan didedahkan  dengan

  • Sains Perubatan Asas
  • Sains Kejururawatan
  • Sains Perubatan dan Pembedahan 
  • Sains Kesihatan Komuniti
  • Sains Tingkah Laku

Setelah menamatkan pengajian dan memperolehi Diploma Penolong Pegawai Perubatan anda akan dilantik ke jawatan Penolong Pegawai Perubatan Gred U29 di Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tempat Latihan Penolong Pegawai Perubatan

6 Tempat Latihan Penolong Pegawai Perubatan dibawah KKM:

  1. Institut Latihan KKM Sultan Azlan Shah
  2. Institut Latihan KKM Johor Bahru
  3. Institut Latihan KKM Kota Kinabalu
  4. Institut Latihan KKM Kuching
  5. Institut Latihan KKM Seremban (Pembantu Perubatan)
  6. Institut Latihan KKM Alor Setar (Pembantu Perubatan)

Persediaan Temuduga

Untuk persediaan temuduga, anda boleh baca tentang:

  • Info tentang jawatan seperti gaji, kelayakan, gred, dll.
  • Skop kerja dan tanggungjawab seorang Penolong Pegawai Perubatan.
  • Peralatan asas berkaitan perawatan kesihatan.
  • Pengetahuan am berkaitan perawatan kesihatan.
  • Istilah asas berkaitan perawatan kesihatan.
  • Menteri Kesihatan dan organisasi KKM.
  • Kempen-kempen kesihatan KKM.
  • Isu-isu semasa terkini

52 Contoh Soalan Temuduga Penolong Pegawai Perubatan

Berikut adalah 64 contoh soalan-soalan yang boleh ditanyakan oleh panel penemuduga dalam temuduga Penolong Pegawai Perubatan  

  1. Sila perkenalkan diri anda
  2. Dari manakah kamu berasal?
  3. Kenapa anda memilih kerjaya Penolong Pegawai Perubatan ?
  4. Apakah skop tugas Penolong Pegawai Perubatan?
  5. Anda fikir anda layak ke menjadi Penolong Pegawai Perubatan?
  6. Apakah visi dan misi Kementerian Kesihatan Malaysia?
  7. Apakah perbezaan Hospital dan Klinik?
  8. Apakah fungsi organ organ dalam badan?
  9. Apakah itu penyakit kardiovascular?
  10. Apa yang anda faham tentang piramid makanan?
  11. Sebutkan 5 kempen-kempen kesihatan yang dianjurkan KKM.
  12. Apakah BMI?
  13. Bagaimana cara mengira BMI?
  14. Apakah penyakit terkini yang anda tahu?
  15. Sanggupkah anda bertugas di pedalaman Sabah?
  16. Apakah nama jantung dlm bahasa inggeris?
  17. Siapakah Menteri Kesihatan Malaysia?
  18. Siapakah Timbalan Menteri Kesihatan?
  19. Siapakah Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia?
  20. Siapakah Ketua Pengarah Kesihatan?
  21. Siapakah Pengarah Kesihatan Negeri?
  22. Siapa Yang Dipertuan Agong Malaysia Sekarang?
  23. Sebutkan Rukun Negara.
  24. Berapakah bilangan Insitut Latihan Kesihatan KKM?
  25. Apakah fasa Covid 19 sekarang di negara kita ?
  26. Terangkan apa itu MySejahtera dan kaitan dengan KKM?
  27. Anda Fikir Anda Layak Ke Menjadi Penolong Pegawai Perubatan?
  28. Namakan 5 Penyakit Berjangkit
  29. Namakan 5 Penyakit Tidak Berjangkit
  30. Apakah Suhu Badan Normal?
  31. Apakah Suhu Badan Seorang Yang Demam Dan Simptom?
  32. Sebutkan Beberapa Contoh Vaksin
  33. Apakah Vital Signs Bila Merawat Pesakit
  34. Dimana Letaknya Kedudukan Femur?
  35. Berapakah Tempoh Masa Untuk Melakukan CPR?
  36. Apakah Tujuan CPR Dilakukan Terhadap Mangsa Yang Tidak Bernafas?
  37. Apakah Alat Yang Digunakan Untuk Mendengar Rentak Degupan Jantung Seorang Pesakit?
  38. Terangkan Fungsi Darah
  39.  Nyatakan Jenis Saluran Darah
  40. Apakah Fungsi Kapileri,Arteri Dan Vena ?
  41. Terangkan Sistem Endokrin
  42.  Senaraikan Jenis Kelenjar Manusia Yang Anda Tahu ?
  43.  Bilakah Hari Pembantu Perubatan Sedunia ?
  44.  Nyatakan 3 Jenis Hormon Yang Dihasilkan Oleh Kelenjar Manusia 
  45. Senaraikan jenis suntikan imunisasi kepada bayi , kanak – kanak dan dewasa.
  46. Sebutkan 3 Teras Budaya Korporat KKM
  47. Siapa Perdana Menteri Malaysia yang ke 10?
  48. Apa slogan Kerajaan sekarang ?
  49. Sebutkan 6 teras Madani?
  50. Terangkan maksud warna warna dalam logo malaysia madani?
  51.  Apa tema hari kebangsaan tahun ini dan ini sambutan kali keberapa?
  52. Apa itu sistem PADU?
  53.  Ceritakan serba sedikit isu semasa di malaysia ?
  54.  Apa isu semasa kesihatan sekarang?
  55.  Apa itu penyakit mpox ?
  56. Siapakah Ketua Setiausaha Negara?
  57. Siapakah Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) ?
  58.  Apakah nama skim penjawat awam yang baru ?
  59.  Apa nama skim lama ?
  60. Apa kah teras SSPA ?
  61.  Apa kah perbezaan SSPA dengan SSM ?
  62. Kenapa minta separa perubatan sedangkan anda sudah ada diploma?
  63. Apa Kelebihan Awak?
  64. Sebelum temuduga ini berakhir, anda ada apa apa nak katakan kepada kami?

Ingin kan jawapan kepada 64 soalan diatas ? Semuanya ada dalam ebook Temuduga Penolong Pegawai Perubatan.  Disamping itu terdapat soalan extra dan nota ringkas.

Dengan bayaran RM39 sahaja , anda akan dapat :

     i) Temuduga Penolong Pegawai Perubatan 

     ii) Pengetahuan Am 

    iii) Grup VVIP Telegram Penolong Pegawai Perubatan 

Rujukan Temuduga Separa Perubatan

PENGETAHUAN AM MALAYSIAKU

antara kandungan ebook ini :

Nak ebook Temuduga Penolong Pegawai Perubatan ?

Untuk info lanjut tentang rujukan temuduga , boleh hubungi kami di +60105011537

Atau Wasap  kami dengan klik butang dibawah.

NAK COACHING TEMUDUGA?

Yang berminat untuk tahu lebih lanjut, boleh baca DISINI