Contoh Soalan Temuduga Diploma Juru X-ray Latihan Separa Perubatan
Tahniah kerana anda lulus PSEE dan akan dipanggil ke temuduga Juru X-ray.
Buat persediaan sehabis baik kerana anda hanya selangkah lagi untuk menjadi Pelatih Juru X-ray Separa Perubatan.
Apa itu Juru X-Ray
Juru X-ray merupakan seorang anggota profesional kesihatan bersekutu yang menggunakan X-ray untuk menghasilkan imej bagi tujuan diagnosis seseorang pesakit. Juru X-ray menggunakan pelbagai jenis mesin X-ray untuk menghasilkan imej, antaranya ialah mesin radiografi am, imbasan CT, MRI dan fluoroskopi.
Tugas Juru X Ray menyiasat samada terdapat sebarang penyakit pada bahagian tubuh badan seorang pesakit . Contohnya pada bahagian perut,dada dan kepala.Juga memeriksa sekiranya berlaku kepatahan terhadap anggota badan. Sinar X di gunakan untuk mengesan keabnormalan yang terdapat dalam tubuh pesakit.
Penggunaan Sinar X dengan tujuan mengesan kehadiran penyakit dikenali sebagai Pengimejan Diagnostik (Radiografi). Juru X-ray yang bertugas dalam bidang ini dikenali Juru X-ray (Diagnostik).
Penggunaan sinar X ( bertenaga tinggi ) dan sinar gamma untuk memusnahkan sel sel kanser dikenali sebagai Radioterapi. Juru X-ray yang bertugas dalam bidang ini dikenali Juru X-ray (Terapi).
Perkhidmatan Pengimejan adalah satu perkhidmatan sokongan yang sangat diperlukan untuk menentukan diagnosis pesakit dan juga sebagai pandu arah dalam prosedur intervensi. Setiap hospital dan sebahagian daripada klinik kesihatan awam tidak boleh berfungsi secara efektif tanpa bantuan perkhidmatan pengimejan.
Teknologi perubatan berkembang dengan pesat di akhir ini. Dengan perkembangan teknologi, wujud modaliti-modaliti pengimejan yang canggih seperti :
a) Ultrasonografi ;
b) Perubatan Nuklear;
c) Multi-Slice & Dual Detector C.T. Scan;
d) Direct Digital Radiography System
e) Digital Fluoroskopi;
f) Angiografi dan radiologi Interventional
g) Magnetic Resonance Imaging ( MRI )
h) Photon Emision Tomography ( PET Scan )
DESKRIPSI TUGAS JURU X-RAY GRED U29
Berikut antara tugas seorang Juru X-Ray:
- Tanggungjawab klinikal
- Aspek pengurusan organisasi
- Perlindungan sinaran terhadap pesakit, orang awam dan staf.
- Memastikan kualiti imej yang dihasilkan selaras dengan garis panduan MS ISO 9002
- .Pendidikan dan latihan.
- Teknologi terkini:
- Pengimejan diagnostik dengan menggunakan sinaran mengion/tidak mengion, medan magnet, ultrabunyi dan denyutan elektronik (digital).
- Rawatan dengan penggunaan sinaran mengion.
Maklumat Jawatan Juru X-Ray
Gred: U29
Taraf: Diploma
Gaji Minimum: RM1797.00
Gaji Maksimum: RM5753.00
Kenaikan Gaji Tahunan: RM145.00
Gaji permulaan pada gred U29 adalah RM1797.00
Penempatan Juru X-ray
Seorang Juru X-ray U29 boleh ditempatkan bertugas di mana-mana fasiliti kesihatan kerajaan seperti
- Hospital Kerajaan
- Klinik Kesihatan
Kurikulum Diploma Juru X-ray
Tempoh pengajian Diploma Juru X-ray adalah selama 3 tahun atau 6 semester. Dalam tempoh itu , anda akan didedahkan dengan :
- Anatomi dan Fisiology
- Fizik Am
- Pengurusan Pesakit
- Sains Tingkah Laku
- Kajian Imej/Fizik Radioterapi
- Teknik Pengimejan/Teknik Radioterapi
- Patologi
- Fizik Sinaran dan Perlindungan Sinaran
- Prinsip Pengimejan/Radioterapi
- Instrumentasi Pengimejan
Setelah menamatkan pengajian dan memperolehi Diploma Juru X-ray anda akan dilantik ke jawatan Juru X-ray Gred U29 di Kementerian Kesihatan Malaysia
Tempat Latihan Juru X-ray
Dua Tempat Latihan Juru X-ray diadakan adalah di:
- Institut Latihan KKM Johor Bahru
- Institut Latihan KKM Sungai Buloh
Persediaan Temuduga
Untuk persediaan temuduga, anda boleh baca tentang:
- Info tentang jawatan seperti gaji, kelayakan, gred, dll.
- Skop kerja dan tanggungjawab seorang Juru X-ray.
- Pengetahuan berkaitan jenis dan Teknik
- Istilah asas berkaitan pengimejan.
- Menteri Kesihatan dan organisasi KKM.
- Kempen-kempen kesihatan KKM.
- Isu-isu semasa terkini
47 Contoh Soalan Temuduga Juru X-ray
Berikut adalah 47 contoh soalan-soalan yang boleh ditanyakan oleh panel penemuduga dalam temuduga Juru X-ray
- 1. Sila perkenalkan diri anda
2. Dari manakah kamu berasal?
3. Kenapa anda memilih kerjaya Juru X-ray ?
4. Apakah skop tugas Juru X-ray?
5. Anda fikir anda layak ke menjadi Juru X-ray?
6. Nyatakan cabang jawatan Juru X-ray dan huraikan ciri-ciri cabang itu.
7. Mengapakah sinaran X berbahaya kepada bayi dalam kandungan?
8. Senaraikan jenis rawatan x-ray .
9. Ceritakan serba sedikit sejarah penemuan Sinar – X.10. Bilakah bidang sinaran X ini bermula di Malaysia ?
11. Nyatakan ciri –ciri sinaran X.
12. Namakan ILKKM yang menawarkan latihan Juru X-ray.
13. Apakah visi dan misi Kementerian Kesihatan Malaysia?
14. Apakah perbezaan Hospital dan Klinik?
15. Apa kempen-kempen kesihatan yang dianjurkan KKM?
16.Sanggupkah anda bertugas di pendalaman?
17. Siapakah Menteri Kesihatan Malaysia?
18. Siapakah Timbalan Menteri Kesihatan?
19. Siapakah Ketua Setiausaha KKM?
20. Siapa kah Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia?
21. Siapakah Pengarah Kesihatan Negeri?
22. Siapa Yang Dipertuan Agong Malaysia?
23. Sebutkan Rukun Negara
24. Berapakah Bilangan Institut Latihan Kesihatan KKM?
25. Apa Fasa Covid-19 Sekarang Di Negara Kita?
26. Terangkan Apa Itu Mysejahtera Dan Kaitan Dengan KKM.
27. Anda Fikir Anda Layak Ke Menjadi Juru X-Ray?
28. Siapa Perdana Menteri Malaysia Yang Ke 10?
29. Apa Slogan Kerajaan Sekarang ?
30. Sebutkan 6 Teras Madani?
31. Terangkan maksud warna warna dalam logo malaysia madani?
32. Apa tema hari kebangsaan tahun ini dan ini sambutan kali keberapa?
33. Apa itu sistem PADU?
34. Ceritakan serba sedikit isu semasa di malaysia ?
35. Apa isu semasa kesihatan sekarang?
36. Apa itu penyakit mpox ?
37. Siapakah Ketua Setiausaha Negara?
38. Siapakah Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) ?
39. Apakah nama skim penjawat awam yang baru ?
40. Apa nama skim lama ?
41. Apa kah teras SSPA ?
42. Apa kah perbezaan SSPA dengan SSM ?
43. Kenapa Minta Separa Perubatan Sedangkan Anda Sudah Ada Diploma?
44.Nyatakan Tarikh Yang Diraikan Bagi Juru X-Ray Setiap Tahun.
45. Sebutkan 3 Teras Budaya Korporat KKM
46. Apa Kelebihan Awak?
47. Sebelum Temuduga Berakhir, Ada Apa-Apa Nak Katakan Kepada Kami?
Dah bersedia untuk temuduga Juru X-ray Latihan Separa Perubatan ?
Ingin kan jawapan kepada 47 soalan diatas ? Semuanya ada dalam ebook Temuduga Juru X-ray. Disamping itu terdapat soalan extra dan nota ringkas.
Dengan bayaran RM39 , anda akan dapat
i) Temuduga Juru X-ray
ii) Pengetahuan Am
iii) Grup VVIP Telegram Juru X-ray
pada harga RM39
Rujukan Temuduga Separa Perubatan
PENGETAHUAN AM MALAYSIAKU
antara kandungan ebook ini :
Nak ebook Temuduga Juru X-ray ?
Untuk info lanjut tentang rujukan temuduga , boleh hubungi kami di +60105011537
Atau Wasap kami dengan klik butang dibawah.
NAK COACHING TEMUDUGA?
Yang berminat untuk tahu lebih lanjut, boleh baca DISINI