Salah satu syarat utama untuk anda  dapat menjawab dengan baik adalah dengan mengetahui  skop tugas  jawatan yang anda diuji.

Dengan mengetahui skop tugas  anda akan fahami  ciri ciri personaliti yang dicari oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Apa cabaran besar Ujian Psikometrik ini ?

Cabaran terbesar dalam ujian ini adalah calon yang ramai dan kuota pengambilan yang terhad. Difahamkan puluhan ribu calon dipanggil untuk penilaian ini .

Ramai calon yang tidak melepasi penilaian  disebabkan  mereka tidak konsisten dalam jawapan mereka. Dalam 564 soalan yang dinilai , ada beberapa tajuk akan diulang tanya tapi dalam bentuk berbeza. Ramai calon  gagal mengekalkan konsistensi dalam jawapan ni dan sering terperangkap dalam soalan soalan berbentuk ini.

3 contoh soalan terkini :

Pernahkah terlintas  difikiran anda  bahawa ibubapa anda membenci anda?

A) Sangat Setuju

B) Setuju

C) Tidak Pasti

D) Tidak Setuju

E) Sangat Tidak Setuju

Adakah anda berangan angan  berhubungan romantik?

A) Sangat Setuju

B) Setuju

C) Tidak Pasti

D) Tidak Setuju

E) Sangat Tidak Setuju

Pernahkah anda berasa sangsi tentang keupayaan  hubungan romantik anda?

A) Sangat Setuju

B) Setuju

C) Tidak Pasti

D) Tidak Setuju

E) Sangat Tidak Setuju