Biasanya kita akan memperkatakan tentang kaedah untuk lulus dengan cemerlang dalam sesi temuduga kerja.
Baik kerja kerajaan atau swasta, temuduga kerja di antara kedua-duanya tidak mempunyai banyak perbezaan. Kali ini kita akan perhatikan 9 cara mudah gagal temuduga kerja.
Bukan kerana kita mahukan kegagalan namun kita mahu elakkan 9 perkara ini daripada berlaku. Boleh jadi kita lupa 9 perkara ini hingga kita terbawa-bawa ke dalam sesi temuduga.
- Tidak serius semasa temuduga.Apa yang dikatakan serius dalam temuduga ialah anda hadir dengan persediaan yang rapi dan penampilan yang menepati keperluan sebagai seorang bakal pekerja.
Anda tidak bersedia dengan segala maklumat yang berkaitan dengan diri anda dan maklumat yang berkaitan dengan kerja yang diperlukan.
- Masuk ke bilik temuduga bukan sepenuh hati.Dengan sikap yang tidak yakin, anda masuk ke bilik temuduga dengan goyah.Tanpa sebarang persediaan maklumat, anda masuk begitu sahaja tanpa menunjukkan sebarang kesungguhan.Mimik muka anda juga tergambar rasa hambar atau lebih tepat lagi muka yang tiada perasaan.
- Tidak menghulurkan resume pada penemuduga. Semasa anda diminta untuk memberikan fail yang mengandungi resume anda, lihat bagaimana kedudukan tangan penemuduga.Jika tangannya sedang menadah fail anda, terus hulurkan pada beliau. Usah letakkan di atas meja penemuduga.Mengapa? Ia adalah tindakan yang tidak beradab. Lain yang disuruh, lain yang dibuat.