Contoh Soalan Temuduga Penolong Pegawai Pendaftaran Gred KP29
Tahniah kerana anda lulus PSEE dan akan dipanggil ke temuduga Penolong Pegawai Pendaftaran di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) .
Buat persediaan sehabis baik kerana anda hanya selangkah lagi untuk menjadi Penolong Pegawai Pendaftaran Gred KP29.
Tugas tugas Penolong Pegawai Pendaftaran KP29
Berikut merupakan senarai tugas Penolong Pegawai Pendaftaran KP29:
- Mengendalikan urusan pendaftaran kelahiran, kematian, perkahwinan dan penceraian.
- Menyemak dan mengesahkan dokumen yang diterima untuk pendaftaran.
- Memberi khidmat nasihat kepada orang awam mengenai prosedur pendaftaran.
- Menguruskan rekod pendaftaran dan memastikan ia disimpan dengan baik.
- Menyediakan laporan berkaitan pendaftaran untuk rujukan pihak atasan
- Mengendalikan urusan aduan pelanggan dan menyelesaikan masalah berkaitan pendaftaran.
- Menyediakan surat surat rasmi berkaitan urusan pendaftaran
- Melaksanakan tugas tugas pentadbiran lain yang diarahkan oleh pihak atasan.
Dalam erti kata lain ianya meliputi :
a. Pelaksanaan dan Penguatkuasaan Undang-undang b. Urusan Kad Pengenalan c. Urusan Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat d. Urusan Kewarganegaraan e. Urusan Perkahwinan dan Perceraian f. Aktiviti Siasatan dan Pendakwaan |
Maklumat Jawatan
PENOLONG PEGAWAI PENDAFTARAM
Gred: KP29
Taraf: Diploma
Gaji Minimum: RM1,493.00
Gaji Maksimum: RM5,696.00
Kenaikan Gaji Tahunan: RM145.00
Gaji permulaan pada gred KP29 adalah RM1,493.00
Persediaan Temuduga
Untuk persediaan temuduga Penolong Pegawai Pendaftaran Gred KP29, anda perlu tahu info berikut :
- Maklumat jawatan seperti gaji, kelayakan, gred, dll.
- Skop kerja dan tanggungjawab seorang Penolong Pegawai Pendaftaran Gred KP29 .
- Info berkaitan Jabatan Pendaftaran Negara meliputi Visi,Misi,Dasar Kualiti dan Slogan
- Menteri Yang bertanggungjawab keatas JPN
- Carta organisasi JPN.
- Initiatif Madani JPN
- Pengetahuan Am Negara
- Isu-isu semasa terkini
52 Contoh Soalan Temuduga Penolong Pegawai Pendaftaran Jabatan Pendaftaran Negara Gred KP29
Berikut adalah 52 contoh soalan-soalan yang boleh ditanyakan oleh panel penemuduga dalam temuduga Penolong Pegawai Pendaftaran KP29
- Sila perkenalkan diri anda
- Dari manakah kamu berasal?
- Kenapa anda memohon jawatan Penolong Pegawai Pendaftaran ?
- Apakah tugas utama seorang Penolong Pegawai Pendaftaran KP29 ?
- Sebutkan Perkhidmatan Perkhidmatan Yang Disediakan Oleh Jabatan Pendaftaran Negara ?
- Apakah visi dan misi Jabatan Pendaftaran Negara?
- Apakah slogan JPN?
- Terangkan maksud elemen elemen dalam logo JPN
- Namakan 5 kod etika JPN
- Sebutkan 3 polisi JPN
- Bilakah Hari Pendaftaran Negara disambut?
- Tahun ni adalah sambutan Hari Pendaftaran Negara yang keberapa?
- Berapa umur seseorang baru boleh memohon kad pengenalan?
- Berapa caj dikenakan jika hilang kad pengenalan bagi kali pertama?
- Jika hilang kali kedua berapa caj nya pula?
- Untuk kelahiran seorang kanak kanak , namakan 5 pihak yang boleh memaklumkan kelahiran kepada JPN.
- Selepas kematian seseorang, berapa lama tempoh laporan mesti dibuat?
- Bagaimana anda menangani situasi dimana seorang pelanggan tidak puas hati dengan perkhidmatan anda?
- Bagaimana anda memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat dalam pendaftaran?
- Sanggupkah anda bertugas di pendalaman?
- Boleh anda terangkan tentang jenis kad pengenalan?
- Berapakah tempoh masa untuk memproses permohonan kad pengenalan?
- Apa yang anda tahu tentang program MEKAR JPN?
- Apakah khidmat yang ditawarkan dalam program MEKAR?
- Apakah matlamat program MEKAR?
- Sebutkan 5 perkhidmatan dalam talian yang disediakan oleh JPN
- Sebutkan Akta berkaitan pendaftaran kelahiran dan kematian dan juga berkaitan perkahwinan dan penceraian
Bagaimana anda memastikan privasi dan kerahsiaan maklumat yang dikendalikan
Bagaimana anda mengatasi cabaran dalam memastikan proses pendaftaran berjalan dengan lancar dan efisen?
JPN dibawah kementerian mana
Namakan 6 lagi agensi selain JPN yang terletak dibawah Kementerian Dalam Negeri ?
Siapakah Menteri Dalam Negeri Malaysia?
Siapakah Timbalan Menteri Dalam Negeri ?
Siapakah Ketua Setiausaha KDN?
Siapakah Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara ?
- Siapa Yang DiPertuan Agong Malaysia yang ke 17 dan nama RajaPermaisuri Agong?
- Sebutkan Rukun Negara
- Siapakah Perdana Menteri Malaysia yang ke 10?
- Apa slogan kerajaan sekarang?
- Sebutkan 6 teras Madani?
Terangkan maksud warna warna dalam logo Malaysia Madani?
Apa kelebihan awak?
- Apakah perkara asas dalam menyelesaikan sebarang masalah yang timbul di tempat kerja anda?
- Bagaimanakah anda menyerap tekanan semasa bekerja?
- Apakah yang anda rasa yang membuatkan anda lebih layak untuk jawatan ini berbanding calon lain?
- Yang mana satu lebih penting, kreativiti atau kecekapan?
- Bagaimana anda menyelesaikan sesuatu masalah?
- Jawatan ini adalah secara kontrak. Adakah anda masih mahu menerimanya?
- Apakah yang anda tahu mengenai integriti? Sila ceritakannya!
- Apa itu sistem PADU?
- Apa pandangan anda mengenai penghapusan subsidi diesel oleh Kerajaan ?
- Sebelum temuduga berakhir, ada apa-apa nak katakan kepada kami?
Ingin kan jawapan kepada 52 soalan diatas ? Semuanya ada dalam ebook Temuduga Penolong Pegawai Pendaftaran Gred KP29. Disamping itu terdapat soalan extra dan nota ringkas.
Dua pakej ditawarkan :
1) Basic : Ebook Temuduga Penolong Pegawai Pendaftaran Gred KP29 RM39
2) Upgrade :
2 ebook berikut
i) Temuduga Penolong Pegawai Pendaftaran Gred KP29
ii) Pengetahuan Am
iii) Grup Telegram VVIP Penolong Pegawai Pendaftaran Gred KP29
pada harga RM49 .
Rujukan Temuduga Penolong Pegawai Pendaftaran KP29
PENGETAHUAN AM MALAYSIAKU
antara kandungan ebook ini :
Nak ebook Temuduga Penolong Pegawai Pendaftaran KP29 ?
Untuk info lanjut tentang rujukan temuduga , boleh hubungi kami di +60105011537
Atau Wasap kami dengan klik butang dibawah.
NAK COACHING TEMUDUGA?
Yang berminat untuk tahu lebih lanjut, boleh baca DISINI