Contoh Soalan Temuduga Jururawat PSL
Tahniah kerana anda lulus PSEE dan akan dipanggil ke temuduga Jururawat PSL.
Buat persediaan sehabis baik kerana anda hanya selangkah lagi untuk terpilih menjadi pelatih latihan Separa Perubatan. Tamat latihan anda dinaikan gred menjadi Jururawat Gred U29.
Sebelum itu pastikan anda tahu tugas tugas seorang Jururawat Gred U29.
Tugas tugas Jururawat Gred U29
Berikut merupakan antara tugas Jururawat Gred U29:
- Menjalankan perawatan pemulihan anggota pesakit melalui senaman, cahaya elektrik, sejuk air, urut dan tenaga elektrik
- Merancang program rawatan kepada pesakit supaya dapat memberi kesan yang diperlukan.
- Membantu doktor menentukan jenis penyakit melalui pelbagai ujian ujian keatas pesakit.
- Menyimpan laporan kemajuan pesakit terutama penyakit yang mengambil masa panjang seperti polio.
- Memaklumkan kepada pegawai perubatan atau doktor mengenai kesesuaian sesuatu skim rawatan terhadap seseorang pesakit.
- Membuat pesanan bekalan peralatan.
- Mengajar pesakit pesakit mengenai senaman yang perlu dilakukan di rumah .
- Menjalankan tugas tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan.
Tugas- tugas Jururawat di Hospital
- Di hospital, jururawat bertugas di Wad-wad ,Dewan Bedah, Jabatan Pesakit Luar dan Klinik Klinik Pakar. Fungsi utama ialah memberi perawatan bersepadu atau holistic kepada semua pesakit.
Berikut adalah deskripsi tugas Jururawat di Hospital.
1) Penjagaan Pesakit
- Mengurus dan melayan makan minum pesakit
- Mengurus dan menjaga kebersihan pesakit
- Penjagaan dan merawat ibu selepas bersalin
- Penjagaan dan merawat bayi selepas kelahiran
2) Membantu doktor dalam menjalankan tugas tugas perawatan.
3) Menyelia Penolong Jururawat ,Bidan dan kakitangan bawahan
4) Membantu Ketua Jururawat dalam pentadbiran wad dan penilaian pelatih pelatih.
5) Rawatan -rawatan lain mengikut arahan.
Tugas- tugas Jururawat di Unit Kesihatan
- Di Unit Kesihatan Awam, jururawat bertugas sebagai ahli pasukan kesihatan awam dalam memberi jagaan kesihatan keluarga dan perkhidmatan kesihatan awam dengan objektif untuk meningkatkan taraf kesihatan masyarakat.
Berikut adalah deskripsi tugas Jururawat di Unit Kesihatan:
1) Perawatan Kesihatan Keluarga
- Perkhidmatan kesihatan ibu dan kanak kanak
- Perkhidmatan lawatan ke rumah.
- Perkhidmatan kesihatan disekolah
- Perkhidmatan perancang keluarga
- Pendidikan kesihatan
2) Latihan
- Membantu dalam mengajar pelbagai kategori pelatih separa perubatan semasa latihan mereka
3) Menyelia
- Menyelia pekerja pekerja “Auxilliary” dan kakitangan kesihatan lain dalam kawasan operasi.
- Menyelia bidan kampung dan bidan swasta berdaftar.
4) Pentadbiran
- Mentadbir klinik
- Merancang dan menjalankan lawatan ke rumah
- Menyimpan rekod -rekod dan reten perkhidmatan kesihatan keluarga di dalam kawasan operasi
- Membantu dalam penilaian kakitangan bawahan.
Maklumat Jawatan
Jururawat
Gred: U29
Taraf: Diploma
Gaji Minimum: RM1797.00
Gaji Maksimum: RM5753.00
Kenaikan Gaji Tahunan: RM145.00
Gaji permulaan pada gred U29 adalah RM1797.00
Penempatan Jururawat
Jururawat yang terpilih akan ditempatkan samada di Hospital atau pun di Klinik Kesihatan.
Persediaan Temuduga
Untuk persediaan temuduga, anda boleh baca tentang:
- Info tentang jawatan seperti gaji, kelayakan, gred, dll.
- Skop kerja dan tanggungjawab seorang Jururawat.
- Pengetahuan am berkaitan perawatan kesihatan.
- Istilah asas berkaitan perawatan kesihatan.
- Menteri Kesihatan dan organisasi KKM.
- Kempen-kempen kesihatan KKM.
- Isu-isu semasa terkini
75 Contoh Soalan Temuduga
Berikut adalah 75 contoh soalan-soalan yang boleh ditanyakan oleh panel penemuduga dalam temuduga Jururawat PSL
1. Sila perkenalkan diri anda
2. Dari manakah kamu berasal?
3. Kenapa anda memilih kerjaya Jururawat ?
4. Apakah skop tugas Jururawat?
5. Apakah visi dan misi Kementerian Kesihatan Malaysia?
6. Apakah perbezaan Hospital dan Klinik?
7. Apakah fungsi organ- organ dalam badan?
8. Apakah itu penyakit kardiovascular?
9. Apa yang anda faham tentang piramid makanan?
10. Apa kempen-kempen kesihatan yang dianjurkan KKM?
11. Apakah BMI?
12. Bagaimana mengira BMI?
13. Apakah penyakit terkini yang anda tahu?
14. Sanggupkah anda bertugas di pendalaman?
15. Boleh anda terangkan tentang 3 jenis tulang?
16. Apakah nama jantung dalam Bahasa Inggeris?
17. Namakan 5 Penyakit Berjangkit
18. Namakan 5 Penyakit Tidak Berjangkit
19. Apakah Suhu Badan Normal?
20. Apakah Suhu Badan Seorang Yang Demam Dan Simptom?
21. Sebutkan Beberapa Contoh Vaksin
22. Apakah Vital Signs Bila Merawat Pesakit?
23. Dimana Letaknya Kedudukan Femur?
24. Berapakah Tempoh Masa Untuk Melakukan CPR?
25. Apakah Tujuan CPR Dilakukan Terhadap Mangsa Yang Tidak Bernafas?
26. Apakah Alat Yang Digunakan Untuk Mendengar Rentak Degupan Jantung Seorang Pesakit?
27. Namakan Jenis Darah Yang Anda Tahu.
28. Adakah Darah Jenis O Boleh Diterima Oleh Penerima Darah Yang Berdarah A,B,Ab,O?
29. .Namakan Penyakit Yang Berkaitan Dengan Darah.
30. Namakan Komponen Yang Ada Pada Darah.
31. Apakah Fungsi Platlet?
32. Terangkan Fungsi Darah
33. Nyatakan Jenis Saluran Darah :
34 . Apakah Fungsi Kapileri,Arteri Dan Vena :
35. Sebutkan 7 R Dalam Memberi Ubat ( Admistration Medications)
36. Sebutkan Konsep 5b Dalam Memberi Ubat
37. Namakan Ubat Yang Diambil Ketika Demam .
38. Apakah Kesan Pengambilan Paracetamol Secara Berlebihan?
39.Individu Yang Manakah Dilarang Mengambil Paracetamol Tanpa Nasihat Doktor?
40 . Terangkan Sistem Endokrin
41 . Senaraikan Jenis Kelenjar Manusia Yang Anda Tahu
42. Nyatakan 3 Jenis Hormon Yang Dihasilkan Oleh Kelenjar Manusia
43. Senaraikan jenis suntikan imunisasi kepada bayi , kanak – kanak dan
dewasa.
44. Sebutkan 3 Teras Budaya Korporat KKM
45. Apakah Pangkat Pangkat Jururawat?
46. Jelaskan Perbezaan Antara Matron Dan Sister Dalam Bidang Jururawat.
47. Senaraikan Ciri Ciri Penyayang Seorang Jururawat
48.Senaraikan 3 Shift Berkerja Jururawat
49. Apakah Jabatan Yang Selalu Dimasuki Oleh Jururawat Untuk Tujuan Rawatan?
50. Senaraikan Jenis Suntikan Imunisasi Kepada Bayi , Kanak – Kanak Dan Dewasa.
51.Siapakah Menteri Kesihatan Malaysia?
52. Siapakah Timbalan Menteri Kesihatan?
53.Siapakah Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia?
54. Siapakah Ketua Pengarah Kesihatan?
55. Siapakah Pengarah Kesihatan Negeri?
56. Siapa Yang Dipertuan Agong Malaysia?
57. Sebutkan Rukun Negara
58. Apakah fasa Covid 19 sekarang di negara kita ?
59. Terangkan apa itu MySejahtera dan kaitan dengan KKM?
60. Siapa Perdana Menteri Malaysia yang ke 10?
61. Apa slogan Kerajaan sekarang ?
62. Sebutkan 6 teras Madani?
63. Terangkan maksud warna warna dalam logo malaysia madani?
64. Apa tema hari kebangsaan tahun ini dan ini sambutan kali keberapa?
65. Apa itu sistem PADU
66. Ceritakan serba sedikit isu semasa di malaysia ?
67. Apa isu semasa kesihatan sekarang?
68. Apa itu penyakit mpox ?
69. Siapakah Ketua Setiausaha Negara (KSN)?
70. Siapakah Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sekarang ?
71. Apakah nama skim penjawat awam yang baru ?
72. Apa nama skim lama ?
73. Apa kah teras SSPA ?
74. Apa kah perbezaan SSPA dengan SSM ?
75. Sebelum temuduga berakhir, ada apa-apa nak katakan kepada kami?
Ingin kan jawapan kepada 75 soalan diatas ? Semuanya ada dalam ebook Temuduga Jururawat PSL. Disamping itu terdapat soalan extra dan nota ringkas.
Rujukan Temuduga Jururawat PSL
BONUS BELIAN
PENGETAHUAN AM MALAYSIAKU
antara kandungan ebook ini :
Nak ebook Temuduga Jururawat PSL ?
Ebook ini berharga RM39 sahaja dan anda akan mendapat 3 bonus diatas yang bernilai RM140 secara percuma.
Untuk tempahan , hubungi kami sekarang di http://wasap.my/60105011537/ebookNursePSL
Atau hubungi kami dengan klik butang dibawah.
NAK COACHING TEMUDUGA?
Yang berminat untuk tahu lebih lanjut, boleh baca DISINI