Contoh Soalan Temuduga Juruteknologi Makmal Perubatan U29 Latihan Separa Perubatan
Tahniah kerana anda lulus PSEE dan akan dipanggil ke temuduga Juruteknologi Makmal Perubatan.
Buat persediaan sehabis baik kerana anda hanya selangkah lagi untuk menjadi Pelatih Juruteknologi Makmal Perubatan Separa Perubatan.
Apa itu Juruteknologi Makmal Perubatan ?
Juruteknologi Makmal Perubatan (JTMP) adalah satu daripada beberapa profesion Sains Kesihatan Bersekutu (SKB). Profesion ini tersembunyi daripada umum sebab mereka bertugas dibelakang tabir, tidak seperti Jururawat dan Penolong Pegawai Perubatan.
Juruteknologi Makmal Perubatan (JTMP) adalah tunjang kepada perkhidmatan makmal perubatan yang terlibat dalam dalam semua peringkat perkhidmatan makmal iaitu
- pra-klinikal
- klinikal
- dan pasca-klinikal
Juruteknologi Makmal Perubatan (JTMP) ialah profesional SKB yang terlibat dalam proses pengdiagnosan untuk rawatan, rehabilitasi dan pencegahan melalui ujian-ujian makmal.
DESKRIPSI TUGAS JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN GRED U29
- Fungsi utama JTMP adalah menjalankan ujian ujian diagnostik di makmal-makmal hospital dan klinik kesihatan bagi menghasilkan keputusan ujian untuk membantu pegawai perubatan membuat diagnosis terhadap sesuatu penyakit.
- Ujian diagnostik dilakukan keatas pelbagai jenis spesimen seperti darah,urin,bendalir badan, tinja(stool) dan sampel tisu , bergantung kepada jenis ujian, bidang perkhidmatan makmal perubatan.
- JTMP bertanggungjawab untuk memastikan kesesuaian spesimen yang diterima daripada pesakit dengan ujian yang dijalankan dan hasil keputusan yang tepat dalam masa yang paling cepat kepada pegawai perubatan untuk rawatan yang berkesan.
SKOP KERJA JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN U29
Antara lain bidang tugas Juruteknologi Makmal Perubatan dari segi penyelidikan dan pentadbiran adalah:
Penyelidikan
Mengambil contoh -contoh untuk kajian dari pesakit pesakit dan binatang binatang
Menyediakan ujian dan simpanan reagcut, media , standard solution suspension dan lain lain.
Membantu kerja kerja pembedahan mayat yang berkaitan dengan undang undang.
2. Pentadbiran
Menerima, merekod dan mengirim contoh-contoh untuk ujian
Menyelenggara perjalanan, pembersihan dan meminyakkan alat alat kelengkapan makmal
Membantu dalam pemesanan bekalan dan menyimpan senarai alat alat kelengkapan(inventory)
Mengemukakan semua laporan keputusan ujian dan menyimpan peraturan peraturan yang dijalankan dan keputusan ujian-ujian yang diperolehi bagi perkhidmatan, penyelidikan dan pengajian.
Memangku dan mengambil tanggung jawab Juruteknologi Makmal Perubatan Tingkatan Khas semasa ketiadaan beliau
Tugas tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa ke semasa.
Maklumat Jawatan
Juruteknologi Makmal Perubatan
Gred: U29
Taraf: Diploma
Gaji Minimum: RM1797.00
Gaji Maksimum: RM5753.00
Kenaikan Gaji Tahunan: RM145.00
Gaji permulaan pada gred U29 adalah RM1797.00
Penempatan Juruteknologi Makmal Perubatan
Seorang Juruteknologi Makmal Perubatan U29 biasanya akan ditempatkan di makmal makmal Hospital ,Klinik Kesihatan dan lain lain Institusi Kesihatan Awam
Kurikulum Diploma Juruteknologi Makmal Perubatan
Tempoh pengajian Diploma Juruteknologi Makmal Perubatan adalah selama 3 tahun atau 6 semester. Dalam tempoh itu , anda akan didedahkan dengan topik utama seperti
- Kimia
- Imunologi
- Statistik dan Matematik
- Mikrobiologi Perubatan
- Patologi Anatomi
- Parasitologi (Kaji Parasit)
- Mikrobiologi ( Kaji Kuman)
- Histopatologi ( kaji Tisu)
- Sitologi ( Kaji Sel)
- Hematologi (Kaji Darah)
- Biochemistry (Patologi Kimia)
- Imunohematologi /Blood bank( Tabung Darah)
- Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
- Biologi Manusia
- Biokimia
- Patologi Kimia
- Instrumentasi
Setelah menamatkan pengajian dan memperolehi Diploma anda akan dilantik ke jawatan Juruteknologi Makmal Perubatan Gred U29 di Kementerian Kesihatan Malaysia.
Tempat Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
Pelatih Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan akan menjalani latihan selama 3 tahun di :
1) Institut Latihan KKM Kuching , Sarawak.
2) Institut Latihan KKM Kuala Lumpur ( Teknologi Makmal Perubatan).
Persediaan Temuduga
Untuk persediaan temuduga, anda boleh baca tentang:
- Info tentang jawatan seperti gaji, kelayakan, gred, dll.
- Skop kerja dan tanggungjawab seorang Juruteknologi Makmal Perubatan.
- Pengetahuan am berkaitan nama ujian ujian di makmal.
- Peralatan alatan asas di makmal
- Terma terma yang biasa digunakan di makmal perubatan
- Menteri Kesihatan dan organisasi KKM.
- Kempen-kempen kesihatan KKM.
- Isu-isu semasa terkini
Contoh Ujian Di Makmal Perubatan
Contoh Soalan Temuduga Juruteknologi Makmal Perubatan
Dah bersedia untuk temuduga Juruteknologi Makmal Perubatan Latihan Separa Perubatan ?
Ini adalah temuduga jawatan kerajaan. Rujukan persediaan yang paling tepat untuk temuduga Latihan Separa Perubatan ialah Rujukan Temuduga Separa Perubatan.
- Sila perkenalkan diri anda
- Dari manakah kamu berasal?
- Kenapa anda memilih kerjaya Juruteknologi Makmal Perubatan ?
- Apakah skop tugas Juruteknologi Makmal Perubatan?
- Anda fikir anda layak ke menjadi Juruteknologi Makmal Perubatan?
- Namakan ILKKM yang menempatkan pelatih Juruteknologi Makmal Perubatan?
- Senaraikan 4 kurikulum yang bakal anda pelajari bagi latihan ini.
- Apakah yang dimaksudkan dengan istilah berikut?Hematologi,Sitologi,Mikrobiologi,Imunologi
- Namakan jenis darah yang anda tahu.
- Adakah darah jenis O boleh diterima oleh penerima darah yang berdarah A,B,AB,O?
- Namakan penyakit yang berkaitan dengan darah.
- Apakah warna pakaian bagi pelatih Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan?
- Namakan komponen yang ada pada darah.
- Apakah fungsi platlet?
- Nyatakan ujian umum yang dijalankan oleh juruteknologi makmal perubatan.
- Namakan jenis darah yang menerima darah lain secara universal.
- Bezakan HIV dan Aids.
- >Apakah yang dimaksudkan urin dan nyatakan contoh warna urin.
- Apakah visi dan misi Kementerian Kesihatan Malaysia?
- Sanggupkah anda bertugas di pedalaman Sabah?
- Siapakah Menteri Kesihatan Malaysia?
- Siapakah Timbalan Menteri Kesihatan?
- Siapakah Ketua Setiausaha KKM?
- Siapakah Ketua Pengarah Kesihatan?
- Siapakah Pengarah Kesihatan Negeri?
- Siapa Yang Dipertuan Agong Malaysia Sekarang dan mana Permaisuri Agong?
- Sebutkan Rukun Negara.
- Berapakah Bilangan Institut Latihan Kesihatan KKM?
- Apakah fasa Covid 19 sekarang di negara kita ?
- Ujian birilubin adalah untuk mengesan penyakit apa?
- Kenapakah setengah ujian sampel perlu dijalankan menggunakan kebuk wasap?
- Sebutkan contoh vaksin
- Apa 3 teras Budaya Korporat KKM?
- Siapa Perdana Menteri Malaysia yang ke 10?
- Apa slogan Kerajaan sekarang ?
- Sebutkan 6 teras Madani?
- Terangkan maksud warna warna dalam logo malaysia madani?
- Apa tema hari kebangsaan tahun ini dan ini sambutan kali keberapa?
- Apa itu sistem PADU?
- Ceritakan serba sedikit isu semasa di malaysia ?
- Apa isu semasa kesihatan sekarang?
- Apa itu penyakit mpox ?
- Siapakah Ketua Setiausaha Negara?
- Siapakah Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) ?
- Apakah nama skim penjawat awam yang baru ?
- Apa nama skim lama ?
- Apa kah teras SSPA ?
- Apa kah perbezaan SSPA dengan SSM ?
- Kenapa Minta Separa Perubatan Sedangkan Anda Sudah Ada Diploma?
- Nyatakan Tarikh Yang Diraikan Bagi Juruteknologi Makmal Perubatan Setiap Tahun.
- Sebutkan 3 Teras Budaya Korporat KKM
- Apa Kelebihan Awak?
- Sebelum Temuduga Berakhir, Ada Apa-Apa Nak Katakan Kepada Kami?
Ingin kan jawapan kepada 53 soalan diatas ? Semuanya ada dalam ebook Temuduga JuruTeknologi Makmal Perubatan. Disamping itu terdapat soalan extra dan nota ringkas.
Dengan bayaran RM39 anda akan dapat
1) Ebook Temuduga JuruTeknologi Makmal Perubatan
2) Ebook Pengetahuan Am
3) Grup VVIP telegram Juruteknologi Makmal Perubatan
PENGETAHUAN AM MALAYSIAKU
Nak ebook Temuduga JuruTeknologi Makmal Perubatan?
Untuk info lanjut tentang rujukan temuduga , boleh hubungi kami di +60105011537
Atau Wasap kami dengan klik butang dibawah.
NAK COACHING TEMUDUGA?
Yang berminat untuk tahu lebih lanjut, boleh baca DISINI