STRATEGI KERJAYA

Ramai graduan yang sudah menamatkan pengajian  mengeluh tentang susahnya untuk mencari kerja . Bagi yang menghadapi masalah yang sama ini cadangan saya .

Bertenang dan buat perancangan Ingat pepatah  Inggeris

Failure to plan2

Kita tidak merancang untuk gagal tapi kita gagal untuk merancang.

Oleh itu ambil masa sedikit dan buat perancangan memburu kerja.

Selaras dengan perkembangan teknologi maklumat yang begitu cepat dan pesat saya cadangkan anda mencari pekerjaan yang sesuai dgn kelayakan dan minat melalui atas talian atau online. Untuk jangka  masa katakan 2 bulan , fokuskan pencarian anda dengan usaha online dan abaikan sementara  usaha mencari kerja secara fizikal iaitu offline.

Langkah seterusnya iailah menetapkan platform sasaran anda. Seperti yang anda maklum, didalam internet terdapat pelbagai laman web  yang menyediakan khidmat mencari kerja . Antara laman web yang mesti anda layari ialah

  • jobstreet.com.my
  • com
  • jobmalaysia.gov.my,
  • malaysia.recruit.net
  • spa.gov.my.

Satu tip penting bila mengisi borang online  ialah pastikan anda mengisi segala maklumat dengan betul dan tepat. Buat dengan teliti. Borang yang diisi dngan tepat akan meningkatkan keberangkalian  anda untuk menarik perhatian  bakal majikan  dan dipanggil temuduga.

Untuk permohonan kerja kerajaan , pastikan anda memilih jawatan yang sepadan dengan kelayakan  akademik anda. Cth Jika anda mempunyai ijazah , elakkan dari memohon jawatan yang  memerlukan kelayakan diploma.

Cara mudah seterusnya  ialah dengan anda melanggan  mana-mana blog atau website yang sentiasa memberi maklumat terkini tentang kerja kosong. Cara melanggan ialah dengan memberikan nama dan alamat emel anda dilaman tersebut.

Nasihat saya jangan terlalu banyak melanggan . Nanti anda akan tenggelam dalam banjiran maklumat atau apa dipanggil information overload.

social media icons

Dengan kebanjiran banyak media social sekarang seperti Facebook, Twitter, Instagram, Whatsapp, pergunakan sebaik mungkin untuk mencari kerja kosong.

Jika di Facebook , taip sahaja “ kerja kosong “ dan anda akan dibawa kepada banyak fanpage berkaitan. Pilih fanpage yang aktif sahaja dengan melihat tarikh update terkini mereka.

Pak cik Google pun boleh membantu. Di Google search , taip  sahaja  “Kerja Kosong 2021”, “Website Kerja Kosong”  dan sebagainya. Lawatilah laman web yang tersenarai  untuk membantu pencarian kerja  anda.

Akhirnya jangan lupa berdoa supaya dimudahkan pencarian kerja anda, Minta juga ibu bapa untuk berdoa untuk anda.

Ingatlah menganggur selama 6 bulan hingga 1 tahun ada satu lumrah sekarang. Kejayaan adalah jambatan  selepas kegagalan.

succes over failure

Selamat berusaha  dan never give up

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *