Deprecated: Function Elementor\DB::is_built_with_elementor is deprecated since version 3.2.0! Use Plugin::$instance->documents->get( $post_id )->is_built_with_elementor() instead. in /home/tips/public_html/wp-includes/functions.php on line 5383

7 KOMPONEN PENTING RESUME ANDA ( Bahagian II)

  1. Sediakan Urutan Latar Belakang Pendidikan Anda Secara Tersusun

7 PPB # 3

Sebagai seorang lepasan universiti, mempamerkan urutan pendidikan yang telah anda terima sebelum ini dapat menonjolkan tahap pendidikan anda berada. Ini amat membantu anda jika panel penilai mementingkan pendidikan akademik. Mereka mahu lihat tahap pendidikan anda sama ada sesuai atau tidak dengan jawatan yang anda sedang mohon.

Oleh itu, sediakan urutan pendidikan anda 2 hingga 3 tahap pendidikan yang tertinggi. Jika anda juga menjalani pendidikan teknikal yang spesifik, kami syorkan juga untuk anda sertakan bersama di dalam resume untuk penilaian panel penilai. Abaikan pencapaian PMR atau UPSR anda kerana ia terlalu jauh untuk digunakan sebagai modal meyakinkan panel penilai.

 

  1. Huraikan Pengalaman Kerja Anda Sebelum Ini

7 PPB # 4Pengalaman kerja yang lebih layak untuk anda pamerkan adalah pengalaman kerja semasa Latihan Industri anda. Latihan Industri dilihat sebagai satu platform kepada pelajar di institusi pengajian tinggi untuk membiasa diri dengan sektor pekerjaan sebelum mereka mula menjejak kaki ke alam pekerjaan sebenar.

Latihan Industri mempunyai penilaian tersendiri. Pensyarah terpilih ditugaskan untuk membuat lawatan ke tempat anda menjalani Latihan Industri dan anda perlu menyiapkan laporan kepada pensyarah tersebut untuk markah akhir tahun anda.

Huraikan secara spesifik dimana anda menjalani Latihan Industri, nyatakan tugasan yang anda telah lakukan sepanjang Latihan Industri dan sebagainya. Ini amat membantu panel penilai melihat sejauh mana anda telah berkecimpung dalam tugasan dan peraturan dalam sesebuah industri.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *