7 KOMPONEN PENTING RESUME KERJA ANDA ( Bahagian Akhir)

  1. Pilih Rujukan Terbaik dan Nyatakan Hubungan Anda Dengan Mereka

7 PPB # 7Mengapa anda perlu mempamerkan rujukan anda dalam resume kerja anda? Secara mudahnya, rujukan ini adalah penama yang anda pilih untuk menjadi saksi bagi anda. Sediakan maklumat rujukan dengan tepat dan mudah untuk dihubungi seperti nama, emel dan nombor telefon. Pilih seorang atau dua orang sudah memadai sebagai penama rujukan. Elakkan daripada memilih ahli keluarga sebagai penama rujukan untuk bebaskan anda daripada sebarang syak wasangka atau kompromi.

Jika anda menjadi pilihan panel penilai di antara beratus-ratus resume yang mereka terima, mereka mungkin perlukan seseorang yang boleh dirujuk untuk bertanya tentang perihal anda. Jadi, pastikan anda maklumkan kepada penama tersebut yang anda memilih mereka sebagai rujukan di dalam resume kerja anda supaya mereka lebih bersedia jika dihubungi oleh panel penilai atau wakil majikan.

Sebagai bonus tambahan, perkara seterusnya perlu anda adakan.

  1. Kepilkan Portfolio Anda Sebagai Bukti Kukuh

Bercakap tanpa bukti sukar untuk diterima. Oleh itu, jika anda mempunyai portfolio (hasil kerja) yang baik untuk dipamerkan, kami amat syorkan kepada anda untuk kepilkan bersama resume kerja anda sebagai lampiran.

Sebagai contoh, lukisan draf AutoCAD anda digunakan oleh Fakulti Seni Bina sebagai lukisan panduan untuk membina sebuah taman sains di kolej anda. Jika anda mahir membina website, pamerkan hasil kerja anda sama anda secara bercetak atau menyediakan URL untuk panel penilai layari.

Hasil kerja anda ini menjadi bukti bahawa anda tidak bercakap kosong. Anda harus ingat bahawa kaedah begini lebih cenderung meyakinkan panel penilai mengenali lebih lanjut tentang anda. Oleh itu, peluang anda ke sesi temuduga menjadi amat luas. Pancing mereka di sini!

Good Luckā€¦!!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *