18 SEBAB GAGAL TEMUDUGA ( Siri 1)

Tahukah anda, bila anda berjaya dipanggil untuk temuduga, anda sebenarnya sudah hampir untuk mendapat kerja.Temuduga merupakan tapisan untuk mendapat calun yang terbaik dari senarai pendek calun.

terpilih

Terdapat 18 sebab mengapa anda gagal dalam temuduga.Siri 1 ini akan menyentuh 5 sebab yang pertama.

1. Imej kurang professional

Ini perkara penting sekali. Tidak kira siapa anda, latarbelakang anda, taraf ekonomi anda, anda harus mempamerkan imej diri yang professional semasa hadir ke sesi temuduga.

Imej professional bukan bermakna anda harus memiliki pakaian yang mahal dan dijual di butik-butik termahal di pasaran. Ia sekadar sejuk mata memandang bagi panel temuduga dan tidak terlalu gah laksana pertunjukkan model.

interview 8Ingat, ini temuduga kerja bukan pertunjukkan fesyen. Terutamanya bagi calon perempuan. Kelihatan cantik amat perlu, cuma anda perlu berhati-hati supaya tidak merimaskan pandangan mata panel temuduga.

Anda mungkin berhadapan dengan pelbagai kerenah panel temuduga. Untuk titik selamat, cukup sekadar bersederhana dan kelihatan professional.

2. Terlebih ramah dan santai

Anda berhadapan dengan saat gentar sebelum hadir ke temuduga dan sewaktu di tempat temuduga. Relak…itu sifat normal bagi seorang manusia yang normal. Fokus kepada perkara yang menghilangkan perasaan gentar anda.

Terdapat calon yang cuba hilang- kan gentar mereka dengan menjadi terlalu peramah sehingga ia menimbulkan kurang selesa kepada pihak lain. Sesi temuduga adalah satu sesi yang formal. Anda boleh bersantai apabila panel temuduga menukar sesi kepada santai.

Jika tidak, kekalkan tahap normal anda. Terlebih ramah bertanya semasa sesi temuduga boleh menimbulkan perspektif yang kurang baik kepada tahap komunikasi anda. Bercakap apabila disoal dan bertanya soalan. Ikut rentak mereka. Hilangkan rasa gentar sebelum temuduga dengan membaca, mendengar muzik, berdoa, berzikir dan lakukan senaman ringkas.

Relak..anda bukan dihukum. Anda hanya disoal.

3. Lagak gaya berlebihan

Walau apa pun pencapaian anda dalam pelajaran atau bidang pekerjaan sebelum ini, usah meninggikan diri dalam percakapan anda. Ia berbeza dengan menyatakan kelebihan diri anda.

Panel temuduga, mereka dilatih untuk memahami bahasa badan dan gaya bahasa calon. Mereka dapat lihat sama ada anda meninggikan diri atau tidak melalui cara jalan anda, gaya percakapan. Bersederhana dalam percakapan anda. Atau dalam erti kata lain, elakkan daripada cakap besar.

Mereka mempunyai pelbagai teknik mengeluarkan maklumat diri anda melalui soalan yang mereka ajukan. Mereka professional, anda juga harus professional. Berlebih- lebihan tidak membantu anda.

4. Lambat dan tiada persediaan

Oh tidak…usah sesekali lambat di hari yang bermakna untuk kerjaya anda. Ini mencerminkan sikap anda dan pengurusan masa anda yang lemah.

Buat persediaan seawal yang mungkin bagi mencari lokasi temuduga dan kawasan tempat letak kenderaan jika anda hadir menggunakan kenderaan sendiri.

Lambat hanya untuk mereka yang benar-benar mengalami masalah yang tidak diduga dalam perjalanan awal ke tempat temuduga. Memberi alasan kesesakan lalu lintas adalah satu kesilapan yang besar. Usah mengeruhkan lagi keadaan dengan pelbagai alasan kerana kurangnya persediaan anda.

Penyelesaian terbaik, bersedia lebih awal. Hadir ke kawasan temuduga lebih awal. Memberi alasan tidak membantu anda berjaya dalam temuduga.

5. Maklumat palsu dalam resume

Resume anda tanggungjawab anda. Pastikan maklumat dalam resume anda adalah tepat dan benar tentang diri anda. Jika tidak, ia seolah-olah meletakkan label palsu pada sesuatu produk.

Ada kemungkinan tinggi panel temuduga menyemak resume anda pada waktu temuduga berlangsung dan mereka dapat bertanya terus kepada anda tentang maklumat yang anda tulis dalam resume anda.

Penulisan resume yang palsu dan hebat dengan niat memancing ke temuduga satu persepsi yang kurang tepat kerana anda mungkin berjaya semasa pemilihan resume tetapi tidak pada temuduga sebenar. Jadi… awas!

Dalam siri 2 , lima lagi sebab gagal dalam temuduga akan dibincangkan.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik link berikut: 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *