Contoh 2
Daripada menjadi pengikut, saya lebih suka menjadi ketua
A – YA
B – TIDAK
Apa jawapan anda? Mesti ramai yang jawab A kan?
Tapi jawapan yang kami berikan adalah B!
Jeng jeng jeng ~
Korang rasa?
Jawapannya memang B
Penilaian Psikometrik ni satu penilaian yang besar.
Tapi dalam penilaian exam online ini, ianya akan menjadi ‘scoring’ anda sebelum dipanggil ke temuduga.
Jadi anda perlu berada pada tahap “NILAIAN POSITIF” sentiasa.
Faham tak? Macam kompleks sangat pula explaination ni.
Jadi dalam soalan ini “NILAIAN POSITIF” adalah menjadi staf yang membawa harmoni pada organisasi dan berjiwa “team work”.
Bukan bermakna anda tak boleh atau tak mahu jadi LEADER, tapi anda berjiwa FOLLOWER.
Ini mantra nilaian positif ini;
“A good LEADER is a good FOLLOWER”
Maka jawapan yang memberikan score nilaian positif adalah B!
—
Daripada menjadi pengikut, saya lebih suka menjadi ketua
A – YA
B – TIDAK
—
Nampak tak?
Ini yang kita terangkan dalam rujukan, tonjolkan nilaian positif untuk ‘SCORING’ anda.