Persediaan Exam Penolong Pegawai Tadbir Gred N29

Persediaan Exam PSEE Penolong Pegawai Tadbir Gred N29;

Masih tercari-cari rujukan soalan untuk menduduki peperiksaan online Penolong Pegawai Tadbir Gred N29? Teruskan membaca jika jawapan anda ya.

Seperti biasa, kami di tim Tips Kerjaya sudah mula menerima permintaan untuk rujukan peperiksaan. Sebelum itu, jom ketahui dulu sedikit sebanyak berkaitan peperiksaan dan jawatan ini.

Seperti mana-mana peperiksaan, persiapan perlu dilakukan untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Begitu juga untuk Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir Gred N29. Sehubungan itu, bagi memudahkan dan membantu calon-calon, berikut adalah contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29.

Untuk pengetahuan calon, peperiksaan online Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 yang akan dijalankan oleh SPA Malaysia bertujuan untuk mengukur kebolehan daya pemikiran calon. Calon akan diuji dengan kemahiran mengaplikasikan maklumat yang dipelajari ketika pembelajaran dan juga pengalaman. Matlamat utama peperiksaan tersebut ialah untuk menguji kebolehan calon yang datang daripada pelbagai latar belakang akademik dengan format soalan peperiksaan online Penolong Pegawai Tadbir Gred N29.

Saya senaraikan di bawah ini beberapa persediaan awal yang boleh anda lakukan untuk menghadapi peperiksaan tersebut. Selebihnya anda perlu dapatkan panduan peperiksaan online Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 sekiranya anda ingin lulus dengan jayanya.

  • Anda mestilah bersedia dengan topik soalan peperiksaan yang mungkin yang mungkin akan keluar dalam exam nanti
  • Anda perlu tahu skema atau cara menjawab soalan yang akan keluar dengan yang tepat dan cepat.
  • Anda perlu mengetahui tugas tugas seorang Penolong Pegawai Tadbir Gred N29

Format Exam N29

Peperiksaan ini bertujuan mengukur daya pemikiran serta kebolehan calon mengaplikasi maklumat yang diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman. Calon-calon yang menduduki peperiksaan adalah dari pelbagai jurusan. Maka soalan-soalan yang dikemukakan meliputi pelbagai bidang dan mempunyai skop yang luas.

Peperiksaan ini melibatkan 2 kertas berasingan. Setiap kertas adalah penting untuk prestasi mengukur calon. Calon-calon perlu menunjukkan prestasi yang baik bagi ke semua kertas. Jika prestasi yang sangat baik dipamerkan pada satu atau dua kertas sahaja, maka prestasi keseluruhan calon kurang memuaskan. Namun, jika calon mendapat markah yang menggalakkan bagi setiap kertas, maka prestasi keseluruhan dianggap baik. Oleh itu, calon-calon dinasihatkan supaya tidak memfokus kepada kertas tertentu sahaja.

Kelulusan peperiksaan ini merupakan satu daripada syarat lantikan ke skim tersebut.

Matlamat peperiksaan ini adalah untuk mengukur kematangan pemikiran calon agar sesuai dengan kualiti serta potensi seorang Penolong Pegawai Tadbir Gred N29.

Seksyen A:

Daya Menyelesaikan Masalah

Penerangan Format

Dalam seksyen ini calon-calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah dengan menggunakan pendekatan seperti berikut:

(i) Kemahiran Logik
(ii) Kemahiran Menginterpretasikan Data
(iii) Konsep Matematik

(i) Kemahiran Logik
Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan kemahiran logik untuk memilih jawapan yang tepat atau mengenal pasti jawapan yang salah.

Contoh Soalan 1

Contoh Soalan 2

Antara nombor-nombor berikut, yang manakah ganjil?

A.64
B. 54
C. 49
D. 4

Jawapan: B

Teknik Menjawab: Kesemua nombor adalah hasil kuasa dua kecuali 54

Contoh soalan 3

Apakah bentuk berikutnya?

Jawapan: C

 Bermula dengan rajah paling kiri dengan satu garis seterusnya tambah menjadi dua, tiga dan empat.

(ii) Kemahiran Menginterpretasikan Data
Beberapa masalah akan dikemukakan menggunakan pelbagai perangkaan dan calon dikehendaki menganalisa data-data tersebut untuk menyelesaikannya. Bagi memudahkan calon menjawab, penggunaan graf, jadual dan sebagainya digalakkan.

Contoh Soalan 1

Contoh soalan 2

Jadual berikut menunjukkan bilangan pengunjung ke sebuah taman tema pada cuti Hari Malaysia tahun lepas. Sekiranya seorang pengunjung dipilih secara rawak, cari kebarangkalian pengunjung yang dipilih adalah seorang kanak-kanak

Jawapan: B

Jumlah pengunjung = 52 + 68 + 104 + 136 = 360 orang
Jumlah pengunjung kanak-kanak = 104 + 136 = 240 orang
Kebarangkalian pengunjung kanak-kanak dipilih = 240/360 = 2/3

 

Contoh Soalan 3

Data di bawah menunjukkan bilangan pelanggan yang datang ke kedai serbaneka dari lima buah taman berhampiran pada satu bulan

Cari nilai kebarangkalian bagi seseorang pelanggan dari Taman Mewah yang datang ke kedai serbaneka tersebut.

A. 18/33
B. 8/35
C. 8/33
D. 3/8

Jawapan: C

4000 / 4500 + 2300 + 2200 + 4000 + 3500 = 8/33

(iii) Konsep Matematik
Konsep Matematik yang digunakan termasuklah kemahiran numeric serta kuantitatif untuk mengukur kemahiran asas Matematik, pemahaman konsep dan kebolehan untuk berfikir secara kuantitatif.

Contoh Soalan

Seksyen B:

Kefahaman Bahasa Inggeris

Penerangan Format

Dalam bahagian ini anda akan dibekalkan dengan sebuah petikan Bahasa Inggeris dan diberikan pilihan jawapan. Dalam seksyen ini calon akan diuji mengenai tahap kefahaman dalam Bahasa Inggeris. Soalan akan merangkumi dua petikan pendek beserta 10 soalan kefahaman dan 20 soalan tatabahasa.

Anda perlu membaca esei, melihat keseluruhan idea esei tersebut dan mula menjawab soalan objektif yang menguji kefahaman anda.

Contoh Soalan

 

Title : Foreign Immigrants

The existence of more than two million foreign immigrants (both legal and illegal) causes major concern of certain parties in the nation. The labor sector for example is monopolized by foreign workers including construction works, house maids, production lines, field work, agriculture and services. The increasing number of incoming immigrants implicates many things.

On the positive side, there are benefits of having foreign laborers. Among the benefits of foreign labor is how cheap they are. With reduced labor costs, it will eventually result in lower production costs. Foreign laborers are also considered productive an efficient as they are known not to complain much. Furthermore, they are considered robust with their willingness to do a multitudes general works which are otherwise considered dirty, dangerous and require a great amount of strength.

In addition, foreign workers are known to have contributed to the Nation’s development. They also help with the public elections. In the long run, foreign immigrants help with the diplomatic relations between countries. Despite all the benefits mentioned, foreign labor is known to cause a lot of problems. With general labor works and services being monopolized by foreign workers, the job market is severely limited for Malaysians to even consider. At times, proper documents are absent for these foreigners which results in numerous issues later on. Furthermore, a lot of foreign workers comprise of incompetent human resource, restricting them to only perform general works or typical labor i.e. cleaning.

With the influx of immigrants, it is difficult to keep track; arising certain issues such as the laborers’ welfare, etc. are usually caught in disregard. This is evident with cases of physical abuse of foreign maids for example. Implications are further evident with the involvement of crime, prostitution and drug trafficking by foreign immigrants. What’s worse is the existence of middlemen, job agencies and corrupt government officials who are simply irresponsible with so many immigrants that are not accounted for.

In conclusion, it can be said that the existence of foreign immigrants have its benefits and as well as downsides. However, the peace and prosperity of our nation must be well-balanced and maintained in order to address this issue.