18 SEBAB GAGAL TEMUDUGA ( SIRI 2)

Siri kedua ini akan membincangkan 5 lagi sebab anda boleh gagal dalam temuduga.

interview5

6. Lupa sediakan maklumat penting

Pastikan anda tahu maklumat penting yang harus dibawa ke sesi temuduga nanti. Lupa adalah satu alasan. Dapatkan maklumat apa yang harus dibawa sebelum hadir ke temuduga dan bawa pada hari temuduga dalam keadaan kemas dan tersusun.

7. Terlalu pemalu dan kurang berinteraksi

Jika anda seorang yang pemalu tidak mengapa, tetapi elakkan daripada terlalu pemalu hinggakan anda menjadi terlalu kekok semasa sesi temuduga. Pekerjaan memerlukan kemahiran komunikasi. Rasa malu harus bertempat.

Malu yang terlampau malu akan mengurangkan sesi berinteraksi bersama panel temuduga. Walhal mereka memanggil anda ke temuduga untuk berkomunikasi dengan anda dan melihat bagaimana anda berkomunikasi untuk tujuan pekerjaan kelak.

Pastikan anda berbual dengan panel temuduga dan selesakan diri anda. Mereka berniat membantu anda dalam pekerjaan. Anda harus bersikap terbuka.
8. Tidak menjaga bahasa badan

Bahasa badan adalah satu lagi bentuk komunikasi. Jaga postur semasa anda duduk di atas kerusi. Jangan terlalu menyandar hinggakan anda nampak seperti mahu menonton televisyen.

Tunjukkan minat anda dengan maklumat yang disampaikan oleh panel temuduga. Ia adalah maklumat penting untuk anda. Jika anda bosan, elakkan daripada menampakkan diri anda bosan kerana itu mencerminkan sikap anda.

Mereka tidak memberitahu anda jika maklumat itu tidak penting. Jadi, fokus dan jaga gaya bahasa badan anda.

9. Bertanya “gaji saya berapa?”

Bertanya tidak salah. Namun bertanya soal gaji sebelum panel temuduga menyentuh soal gaji merupakan satu kesilapan besar. Gaji berbeza-beza mengikut syarikat dan sektor.

Bagi sektor kerajaan, ada tangga gaji yang perlu diikuti. Bagi sektor swasta, gaji adalah pelbagai dan mengikut aktiviti bisnes yang mereka jalankan. Jika ini adalah panggilan pertama anda untuk temuduga selepas tamat belajar, soal gaji menjadi isu sensitif kepada pihak anda dan pihak syarikat.
Satu, anda tiada pengalaman bekerja sebelum ini. Kedua, pihak syarikat tidak tahu sejauh mana potensi anda dalam menjalankan dengan baik.

job interview 2

Oleh itu, bertanya mereka apabila mereka menyentuh soal gaji sahaja. Jika anda berpengalaman, bertanya soal gaji adalah satu kebiasaan kerana anda mempunyai pengalaman kerja dan kemahiran yang telah dibina sewaktu pekerjaan sebelum ini.

10. Merayu dan berlakon drama sedih

Usah merayu dalam sesi temuduga. Merayu dengan niat anda diterima bekerja dan menimbulkan perasaan kasihan, ia kurang berhasil. Ia menandakan anda amat terdesak dengan pekerjaan.

Yakin dengan rezeki anda. Jika disitu bukan tempat anda, itu bermakna tempat anda adalah terbaik di syarikat lain. Berlakon drama sedih dalam sesi temuduga juga membuatkan panel temuduga menjadi rimas. Dan mungkin sesi temuduga anda bakal berakhir dengan lebih awal.

 

Dalam sir 3 , lima sebab lagi akan dibincangkan.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik link berikut: 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *