Calon Simpanan

Dalam setiap iklan peluang kerjaya SPA, akan ada maklumat berikut :

  • Bilangan Kekosongan
  • Simpanan
Maklumat ini penting supaya bakal pemohon mengetahui bagaimana peluang mereka bila memohon nanti. Jika kekosongan itu banyak , maka peluang untuk berjaya lebih cerah.

Bila keputusan temuduga diumumkan oleh SPA , calon akan menerima salah satu dari  3 jawapan berikut ;

>> Berjaya!

>> Gagal..

>> CALON SIMPANAN?

 

Ramai yang keliru dan tak tahu apa itu calon simpanan.

Ok saya kongsikan sikit mengenai kategori simpanan ni.

Calon Simpanan – ini adalah mereka yang telah menghadiri temuduga di SPA dan mendapat result sebagai calon simpanan.

Ini bermakna mereka tidak gagal 100% dalam temuduga yang dijalankan, tetapi

masih juga belum berjaya. Mereka ini boleh dianggap telah melangkah sebelah kaki untuk mendapatkan pekerjaan di sektor awam.

 

INGAT! Sebelah kaki saja. Belum kesemuanya. Calon simpanan ini akan diserap ke dalam sektor awam sekiranya terdapat calon yang telah berjaya di dalam temuduga sebelumnya menolak jawatan yang ditawarkan.

Maknanya dia taknak bekerja dengan kerajaan la walaupun dah berjaya temuduga..

Ada juga kes kena lapor diri di tempat yang jauh dari pasangan. Jadi terpaksa tolak.

 

Jadi, jawatankuasa pemilihan akan memilih calon – calon simpanan yang ada ini untuk menggantikan mereka yang telah menolak jawatan tersebut. Sekiranya calon simpanan tadi juga menolak, calon simpanan kedua pula akan dipilih. Begitulah alkisahnya….

Biasanya, calon simpanan ini diberi tempoh menunggu setahun dan ada juga diberi masa 6 bulan. Maknanya, mereka perlu menunggu dalam tempoh tersebut samada dipanggil untuk melaporkan diri untuk jawatan tetap di sektor awam atau tidak.

 

Jika mereka dipanggil melaporkan diri dalam tempoh tersebut, tahniah diucapkan. Mereka telah berjaya menjawat jawatan di sektor awam dengan status TETAP atau Kontrak SPA.

 

Kedua-dua status ini adalah baik untuk mereka di mana kedua-duanya berjaya memasuki sektor awam. Yang kontrak SPA ini biasanya akan ditukarkan kepada status TETAP dalam masa setahun perkhidmatan.

Ada juga calon yang menunggu hanya dalam 2 bulan sudah dipanggil melaporkan diri untuk jawatan tetap tersebut.

Rezeki….

Walaupun tempoh menunggu dijanjikan setahun, tapi masih ada peluang selepas tempoh tersebut tamat.

Dan ada juga yang memang tak dapat – dapat juga walaupun dah lebih setahun menjadi calon simpanan. Memang tiada rezeki untuk mereka.

 

TAPI YANG PALING PENTING ADALAH BUAT SEHABIS BAIK SEMASA TEMUDUGA!

 

Buat persediaan yang ‘padu’ sebelum temuduga dan follow-up yang ‘mantap’ selepas temuduga.

 

Tak ada istilah hadir temuduga tanpa persediaan.

Rugi.

Sebab mungkin itulah satu-satunya peluang anda dipanggil temuduga…. dan anda lepaskan peluang tu.

Untuk persediaan temuduga , anda boleh baca pos ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *