CONTOH SOALAN EXAM PEGAWAI IMIGRESEN KP19
Tahniah diucapkan kepada calon yang terpilih untuk menghadapi Peperiksaan PSEE Pegawai Imigresen KP19 .
Anda memang hebat kerana melepasi tapisan awal yang telah ditetapkan oleh SPA. Ribuan lagi pemohon gagal melepasi tapisan pertama ini.
Untuk makluman calon, calon akan menghadapi dua seksyen iaitu :
- Seksyen A (Daya Menyelesaikan Masalah) 10 soalan yang perlu dijawab dalam masa 25 minit
- Seksyen B (Kefahaman Bahasa Inggeris) 20 soalan yang perlu dijawab dalam masa 20 minit
Contoh Soalan Peperiksaan Seksyen A
Dalam seksyen ini calon diuji dengan kemahiran berfikir yang berfokuskan berkaitan matematik seperti algebra, trigonometri dan pembezaan.
Tapii !! calon tidak perlu risau kerana soalan seksyen ini tidak akan melebihi aras soalan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
15 TAJUK UTAMA DALAM SEKSYEN A : DAYA MENYELESAIKAN MASALAH
Sukatan peperiksaan bagi Seksyen A adalah Matematik SPM.
Berikut saya senaraikan 15 tajuk utama atau untuk calon exam gred 19 membuat ulangkaji:
• 1. Min,Mod dan Median
• 2. Luas dan Isipadu
• 3. Laju,Jarak dan Masa
• 4. Pecahan,Perpuluhan & Peratus
• 5. Nisbah dan Perkadaran
• 6. Kebarangkalian
• 7. Operasi Biasa Matematik
• 8. Kemahiran Berfikir & Analisa (Soalan POLA)
• 9. Kecerunan dan Garis Lurus
• 10. Persamaan dan Ketaksamaan
• 11. Asas Nombor
• 12. Teorem Phytagoras
• 13. Aplikasi Trigonometri
• 14. Set
. 15.Sudut dan Bulatan
1 ) Sebuah kereta dipandu pada kelajuan purata 98km/j sejauh 343km dan sampai ke destinasi tujuannya pada pukul 3.30 petang. Pukul berapakah ia memulakan perjalanan?
A) 1200 tengah hari
B) 1210 tengah hari
C) 1230 tengah hari
D) 100 tengah hari
Jawapan :
Masa = jarak /laju = 343 /98 = 3.5 jam = 3 jam 30 minit ( 1 jam =60 minit)
Sampai pukul 3.30 ptg atau 15:30 . Masa mula = 15:30 – 3 :30 = 12:00 (A)
2) Pernyataan berikut menunjukkan maklumat markah ujian kertas matematik bagi 12 orang pelajar: 5 orang pelajar mendapat markah 41 hingga 70 dan 7 orang pelajar mendapat markah 71 hingga 100. Berdasarkan maklumat tersebut berapakah min markah mereka?
A) 73
B) 79
C) 81
D) 82
Jawapan :
Ambil nombor median atau tengah bagi band markah:
Band 41 – 70 = ( 70+41)/2 = 55.5 Band 71- 100 = ( 100+ 71)/2 = 85.5
Min markah = jumlah markah dibahagi dengan bilangan pelajar
=[ ( 5 x 55.5) + ( 7 x 85.5)]/12 = [277.5 + 598.5]/12 = 876/12 = 73 (A)
3) 12 buah kotak jus epal yang mempunyai isi padu sebanyak 600ml setiap satu boleh dimasukkan ke dalam satu kotak besar. Berapakah isi padu keseluruhan jus epal yang boleh memenuhi 24 kotak besar yang serupa?
A) 144 liter
B) 1440 liter
C) 8 liter
D) 1728 liter
Jawapan :
1 kotak ada 12 kotak jus epal
24 kotak ada 24 x 12 =288 kotak jus ( 1 kotak jus 600 ml)
24 kotak ada 288 x 600 ml = 172,800 ml ( 1 liter = 1000 ml)
= 172,800/1000 = 172.8 liter (C)
4) Seguni gandum yang mempunyai berat 45kg dibahagikan mengikut nisbah 3:4:5. Berapakah berat bahagian yang paling banyak?
A) 9.25kg
B) 10.75kg
C) 18.75kg
D) 32.14kg
Jawapan :
Jumlah bahagian = 3+4 + 5 = 12 bahagian
Berat 1 bahagian = 45 /12 = 3.75 kg
Berat bahagian yang paling banyak = 5 x 3.75 kg = 18.75 kg (C)
5) Zaidi membuka gerai minuman dan dalam tempoh sebulan hasil jualan yang diperolehinya ialah RM3540. Modal yang dikeluarkan adalah sebanyak 35% daripada hasil jualan tersebut. Berapakah keuntungan yang diperolehi oleh Zaidi dalam tempoh tersebut?
A) RM1,239
B) RM2,301
C) RM2,655
D) RM3,505
Jawapan :
Modal 35% dari jualan = 0.35 x 3540 = RM 1,239
Untung = jualan – kos = 3540 -1239 =RM 2,301 (B)
6. {26, 39, M, 65, N, 91, 104} adalah jujukan nombor mengikut pola tertentu. Apakah nilai (MN) ?
A) 130
B) 3,042
C) 4,056
D) 5,278
Jawapan C
7.Amran membeli 190 buah buku cerita dengan diskaun 15% bagi setiap buku. Jumlah yang dibayar olehnya ialah RM 2,987.75. Berapakah purata harga asal bagi sebuah buku tersebut.
A) RM 16.50
B) RM 17.90
C) RM 18.50
D) RM 19.90
Jawapan B
8.Sebuah Van dengan kos RM 38,000 telah dibeli pada 1 Januari 2007, aset ini disusutnilaikan 10% setahun mengikut kaedah baki berkurang. Kirakan belanja susut nilai untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010.
A) RM 2,770.20
B) RM 3,078.00
C) RM 3,420.00
D) RM 3,800.00
Jawapan A
9.25 biji belon sama saiz berisi air mempunyai jumlah berat keseluruhan 2,450g. Selepas beberapa ketika 8 biji belon pecah. Berapakah berat biji belon berisi air yang belum pecah
A) 1,666g
B) 1,764g
C) 2,229g
D) 2,254g
Jawapan A
10.Jumlah penduduk di sebuah taman perumahan ialah 5,760 orang. Jumlah penduduk yang berumur lebih 55 tahun ialah 32.5% daripada jumlah tersebut. Berapakah bilangan penduduk yang berumur 55 tahun dan ke bawah?
A) 3,859
B) 1,872
C) 3,888
D) 1,843
Jawapan C
Contoh Soalan Peperiksaan Seksyen B
TAJUK UTAMA DALAM SEKSYEN B : KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS
Bagi Seksyen B , calon calon akan diuji dari segi penguasaan tatabahasa ( Grammar) dan juga pemahaman petikan esei ( Comprehension)
Grammar meliputi pengunaan yang betul bagi tajuk tajuk berikut :
🔹• 1. Noun
🔹• 2. Pronoun
🔹• 3. Adjective
🔹• 4. Verb
🔹• 5. Adverb
🔹• 6. Conjunction
🔹• 7. Interjection
🔹• 8. Preposition
🔹• 9. Phrasal Verbs
🔹• 10. Proverbs
🔹• 11. Idioms
🔹• 12. Spelling
Baca Petikan Di Bawah
Malay food derives its flavor from the use of spices and ingredients such as lemon grass, shallots, ginger, coriander, tamarind and many others. Another ingredient commonly found in Malay cooking is santan ( coconut milk). The milk is squeezed from the flesh of grated coconut.
The staple food of Malays is rice, boiled to a white fluffy texture and usually served with dishes of meat (chicken or beef), fish and vegetables. Meat and fish are usually fried or prepared as a sambal (chilly paste) or curry dish. As far as Muslims are concerned, the meat used in their cooking must be ‘halal’ (slaughtered according to the Islamic rites).
Malay food is prepared and enjoyed by all races. A staple breakfast favourite is nasi lemak, a simple but satisfying meal of rice cooked in coconut milk with fragrance pandan leaves and accompanied by side dishes such as sambal ikan bilis, boiled egg, peanuts, sliced cucumber, prawns and fried fish.
The traditional Malay way of eating is by using the right hand. The use of the left hand is considered bad manners. However, those who are comfortable using the fork and spoon may do so if they want to. Using the right hand also applies to giving or receiving things.
In eating stalls or homes where the hand is used to eat, guests will be provided with a small pot of water to wash their hands before and after the meal. Remember, this water is not for drinking!
(Adapted from The Langkawi Tourism Newsletter)
- From the passage below, we know that Malays
A use flavouring when they cook.
B use spices in their cooking.
C eat vegetables everyday.
D eat spicy food only.
Jawapan : B - The phrase ‘staple food’ (line 5) means
A main ingredient in a dish
B main food that a person eats
C food that is eaten by everyone
D food that is everyone’s favourite
Jawapan : B The main reason people take ‘nasi lemak’ for breakfast is that it
A) has coconut oil in it
B) has local ingredients
C) is cooked with spices
D) is simply delicious
Jawapan : D
Ingin Dapatkan Rujukan Soalan Peperiksaan Pegawai Imigresen KP19
Dalam rujukan ini mengandungi aneka contoh soalan termasuk jawapan lengkap yang boleh dijadikan modul latih tubi kepada calon.
Dapatkan Rujukan Peperiksaan PSEE Pegawai Imigresen KP19 Dengan Klik Button Di Bawah
Atau terus klik Laman Jualan Rujukan di bawah