Contoh Soalan Temuduga Jurupulih Perubatan Carakerja
Tahniah kerana anda lulus PSEE dan akan dipanggil ke temuduga Jurupulih Perubatan Carakerja.
Buat persediaan sehabis baik kerana anda hanya selangkah lagi untuk menjadi Pelatih Jurupulih Perubatan Carakerja Separa Perubatan.
Apa itu Jurupulih Perubatan Carakerja?
Ianya adalah satu kerjaya yang memberi fokus kepada rawatan pemulihan keatas individu yang mengalami kecacatan anggota, gangguan mental, berpenyakit dan uzur untuk menjalani kehidupan berdikari , produktif dan bermakna.
DESKRIPSI TUGAS JURUPULIH PERUBATAN CARAKERJA GRED U29
Berikut merupakan antara tugas Jurupulih Perubatan Carakerja Gred U29:
- Menyedia dan mengendalikan program rawatan yang disesuaikan dengan keperluan pesakit bagi meningkatkan keupayaan pesakit dalam menjalani kehidupan harian.
- Mengendalikan penilaian dan mencadangkan pengubahsuaian yang perlu pada kediaman, persekitaran dan tempat kerja untuk membolehkan pesakit hidup berdikari.
- Memberi preskripsi dan latihan menggunakan alat alat bantuan sementara/kekal berdasarkan keperluan pesakit.
- Memberi pendidikan, nasihat serta cara penjagaan yang berkesan dan selamat kepada pesakit ahli keluarga dan penjaga.
Maklumat Jawatan
Jurupulih Perubatan CaraKerja
Gred: U29
Taraf: Diploma
Gaji Minimum: RM1797.00
Gaji Maksimum: RM5753.00
Kenaikan Gaji Tahunan: RM145.00
Gaji permulaan pada gred U29 adalah RM1797.00
Kurikulum Diploma Jurupulih Perubatan Carakerja
Tempoh pengajian Diploma Jurupulih Perubatan adalah selama 3 tahun atau 6 semester. Dalam tempoh itu , anda akan didedahkan dengan
Sains Asas
- Anatomi dan Fisiologi
- Neorosains
- Sains Klinikal
- Sains Tingkah Laku
- Biomekanik
Pemulihan Carakerja
- Bidang Pekerjaan
- Konteks dan Persekitaran
- Aplikasi Pemulihan Carakerja
- Skil skil Pengendalian dan tuntutan Aktiviti
- Penempatan Klinikal
Setelah menamatkan pengajian dan memperolehi Diploma Jurupulih Perubatan anda akan dilantik ke jawatan Jurupulih Perubatan Gred U29 di Kementerian Kesihatan Malaysia
Tempat Latihan Jurupulih Perubatan Carakerja
2 Tempat Latihan Jururawat dibawah KKM:
- Institut Latihan KKM Sungai Buloh,Selangor
- Institut Latihan KKM Johor Bahru
Persediaan Temuduga
Untuk persediaan temuduga, anda boleh baca tentang:
- Info tentang jawatan seperti gaji, kelayakan, gred, dll.
- Skop kerja dan tanggungjawab seorang Jurupulih Perubatan Carakerja.
- Peralatan asas berkaitan pemulihan kesihatan.
- Pengetahuan am berkaitan pemulihan kesihatan.
- Istilah asas berkaitan pemulihan kesihatan.
- Menteri Kesihatan dan organisasi KKM.
- Kempen-kempen kesihatan KKM.
- Isu-isu semasa terkini carakerja
57 Contoh Soalan Temuduga Juru X-ray
Berikut adalah 57 contoh soalan-soalan yang boleh ditanyakan oleh panel penemuduga dalam temuduga Jurupulih Perubatan Carakerja7
1.Sila Perkenalkan Diri Anda.
2.Dari Manakah Kamu Berasal?
3.Kenapa Anda Memilih Kerjaya Jurupulih Perubatan CaraKerja?
4.Apa Nama Terapi Carakerja Dalam Bahasa Inggeris?
5.Apakah Maksud Terapi CaraKerja ?
6.Apakah Skop Tugas Jurupulih Perubatan CaraKerja?
7.Apa perbezaan Terapi Fisioterapi dengan Terapi CaraKerja?
8.Terangkan Fungsi Terapi CaraKerja.
9.Apakah Alatan Yang Boleh Digunakan Untuk Terapi CaraKerja Bagi Seseorang Kanak-Kanak?
10.Apakah Maksud Biomekanik?
11.Berikan Contoh Hukum Sains Yang Melibatkan Terapi CaraKerja.
12.Terangkan Maksud Daya.
13.Apakah Ciri-Ciri Sistem Jasad Tubuh Manusia?
14.Berikan 3 Contoh Satah Anatomi.
15.Terangkan 3 Satah Anatomi Manusia.
16.Berikan Contoh Alat Sokongan Sementara Dan Kekal Dalam Proses Terapi CaraKerja.
17.Nyatakan Perkhidmatan Yang Disediakan Oleh Jurupulih Perubatan CaraKerja.
18.Apakah Kepentingan Hidroterapi Kepada Manusia?
19.Bilakah Tarikh Hari Terapi CaraKerja Yang Disambut Pada Setiap Tahun?
20.Di Manakah Tempat Latihan Anda Sebagai Pelatih Jurupulih Perubatan CaraKerja?
21.Nyatakan Alat Sokongan Digunakan Dalam Terapi CaraKerja.
22.Nyatakan Warna Pakaian Bagi Pelatih Jurupulih Carakerja.
23.Nyatakan Kurikulum Yang Bakal Anda Pelajari Sebagai Pelatih.
24.Apakah Visi Dan Misi Kementerian Kesihatan Malaysia?
25.Apakah Perbezaan Hospital Dan Klinik?
26.Sebutkan Kempen KKM
27.Sanggupkah Anda Bertugas Di Pendalaman?
28.Siapakah Menteri Kesihatan Malaysia?
29.Siapakah Timbalan Menteri Kesihatan
30.Siapakah Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia?
31.Siapakah Ketua Pengarah Kesihatan?
32.Siapakah Pengarah Kesihatan Negeri?
33.Siapa Yang Dipertuan Agong Malaysia Yang Ke 17 Dan Nama Raja Permaisuri Agong?
34.Sebutkan Rukun Negara.
35.Berapakah Bilangan Institut Latihan Kesihatan KKM?
36.Apa Fasa Covid-19 Sekarang Di Negara Kita?
37.Terangkan Apa Itu My Sejahtera Dan Kaitan Dengan KKM.
38.Anda Fikir Anda Layak Ke Menjadi Jurupulih Perubatan CaraKerja?
39 . Sebutkan 3 Teras Budaya Korporat KKM
40.Siapa Perdana Menteri Malaysia Yang Ke 10?
41.Apa Slogan Kerajaan Sekarang ?
42.Sebutkan 6 Teras Madani?
43. Terangkan maksud warna warna dalam logo malaysia madani?
44. Apa tema hari kebangsaan tahun ini dan ini sambutan kali keberapa?
45. Apa itu sistem PADU?
46. Ceritakan serba sedikit isu semasa di malaysia ?
47. Apa isu semasa kesihatan sekarang?
48. Apa itu penyakit mpox ?
49. Siapakah Ketua Setiausaha Negara?
50. Siapakah Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) ?
51. Apakah nama skim penjawat awam yang baru ?
52. Apa nama skim lama ?
53. Apa kah teras SSPA ?
54. Apa kah perbezaan SSPA dengan SSM ?
55. Kenapa minta separa perubatan sedangkan anda sudah ada diploma?
56. Apa kelebihan awak?
57. Sebelum temuduga berakhir, ada apa-apa nak katakan kepada
kami?
Ingin kan jawapan kepada 57 soalan diatas ? Semuanya ada dalam ebook Temuduga Jurupulih Perubatan Carakerja. Disamping itu terdapat soalan extra dan nota ringkas.
Dengan bayaran RM39 , anda akan dapat:
1) Ebook Temuduga Jurupulih Perubatan Carakerja RM29
2) Ebook Pengetahuan Am
3) Grup VVIP Telegram Jurupulih Perubatan Carakerja
Rujukan Temuduga Separa Perubatan
PENGETAHUAN AM MALAYSIAKU
antara kandungan ebook ini :
Nak ebook Temuduga Jurupulih Perubatan Carakerja ?
Untuk info lanjut tentang rujukan temuduga , boleh hubungi kami di +60105011537
Atau Wasap kami dengan klik butang dibawah.
NAK COACHING TEMUDUGA?
Yang berminat untuk tahu lebih lanjut, boleh baca DISINI