Contoh Soalan Temuduga Jururawat Latihan Separa Perubatan

Tahniah kerana anda lulus PSEE dan akan dipanggil ke temuduga Jururawat.

Buat persediaan sehabis baik kerana anda hanya selangkah lagi untuk menjadi Pelatih Jururawat Separa Perubatan.

Apa itu Jururawat?

 Anda semua kenal Jururawat sejak dari sekolah rendah lagi.Biasa nya mereka akan datang ke sekolah untuk membuat pemeriksaan kesihatan atau memberi pendidikan kesihatan . Mereka  biasanya memakai uniform putih.

Jururawat merupakan sebahagian dari pasukan perubatan yang anda akan temui di hospital dan klinik tak kira milik kerajaan ataupun swasta.Di Malaysia  adalah dianggarkan terdapat lebih kurang  seramai 130,000 jururawat dalam kedua dua sektor.

Tugas tugas Jururawat Gred U29

Berikut merupakan antara tugas Jururawat Gred  U29:

  • Menjalankan perawatan pemulihan anggota pesakit  melalui senaman, cahaya elektrik, sejuk air, urut dan tenaga elektrik
  • Merancang program rawatan kepada pesakit supaya dapat memberi kesan yang diperlukan.
  • Membantu doktor menentukan jenis penyakit  melalui pelbagai ujian ujian keatas pesakit.
  • Menyimpan laporan kemajuan pesakit terutama  penyakit yang mengambil masa panjang seperti polio.
  • Memaklumkan kepada pegawai perubatan atau doktor  mengenai kesesuaian  sesuatu skim rawatan terhadap seseorang pesakit.
  • Membuat pesanan  bekalan peralatan.
  • Mengajar pesakit pesakit mengenai senaman yang perlu dilakukan  di rumah .
  • Menjalankan tugas tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan.
Selain dari tugas asas diatas, tanggungjawab Jururawat juga boleh dibahagikan mengikut penempatan samada di Hospital atau di Unit Kesihatan Awam.

Tugas- tugas Jururawat di Hospital

  • Di hospital, jururawat bertugas di Wad-wad ,Dewan Bedah, Jabatan Pesakit Luar dan Klinik Klinik Pakar. Fungsi utama ialah memberi perawatan bersepadu atau holistic kepada semua pesakit.

Berikut adalah deskripsi tugas Jururawat di Hospital.

1) Penjagaan Pesakit

  • Mengurus dan melayan makan minum pesakit
  • Mengurus dan menjaga kebersihan pesakit
  • Penjagaan dan  merawat ibu selepas bersalin
  • Penjagaan dan merawat bayi selepas kelahiran

2) Membantu doktor dalam menjalankan tugas tugas perawatan.

3) Menyelia Penolong Jururawat ,Bidan dan kakitangan bawahan

4) Membantu Ketua Jururawat dalam pentadbiran wad dan penilaian pelatih pelatih.

5) Rawatan -rawatan lain mengikut arahan.

 

Tugas- tugas Jururawat di Unit Kesihatan

  • Di Unit Kesihatan Awam, jururawat bertugas sebagai ahli pasukan kesihatan awam  dalam memberi jagaan kesihatan keluarga dan perkhidmatan kesihatan awam dengan objektif untuk meningkatkan taraf kesihatan masyarakat.

Berikut adalah deskripsi tugas Jururawat di Unit Kesihatan:

1) Perawatan Kesihatan Keluarga

  • Perkhidmatan kesihatan ibu dan kanak kanak 
  • Perkhidmatan lawatan ke rumah.
  • Perkhidmatan kesihatan disekolah
  • Perkhidmatan perancang keluarga
  • Pendidikan kesihatan

2) Latihan 

  • Membantu dalam mengajar pelbagai kategori pelatih separa perubatan semasa latihan mereka

3) Menyelia 

  • Menyelia pekerja pekerja “Auxilliary” dan kakitangan kesihatan lain dalam kawasan operasi.
  • Menyelia bidan kampung dan bidan swasta berdaftar.

4) Pentadbiran 

  • Mentadbir klinik
  • Merancang dan menjalankan lawatan ke rumah 
  • Menyimpan  rekod -rekod dan reten perkhidmatan kesihatan keluarga di dalam kawasan operasi
  • Membantu dalam penilaian kakitangan bawahan.

 

Maklumat Jawatan

Jururawat

Gred: U29
Taraf: Diploma
Gaji Minimum: RM1797.00
Gaji Maksimum: RM5753.00
Kenaikan Gaji Tahunan: RM145.00

Gaji permulaan pada gred U29 adalah RM1797.00

Penempatan Jururawat

Jururawat yang baru lamat menjalani latihan akan ditempatkan samada di Hospital atau pun di Klinik Kesihatan.

Kurikulum Diploma Jururawat

Tempoh pengajian Diploma Jururawat  adalah selama 3 tahun atau 6 semester. Dalam tempoh itu , anda akan didedahkan  dengan

  • Sains Kesihatan
  • Perawatan Medikal
  • Perawatan Obstetrik
  • Perawatan Kesihatan Komuniti
  • Perawatan Kecemasan
  • Sains Tingkah Laku
  • Perawatan Surgikal
  • Perawatan Pediatrik
  • Perawatan Ginekologi
  • Bahasa Inggeris

Setelah menamatkan pengajian dan memperolehi Diploma Jururawat anda akan dilantik ke jawatan Jururawat Gred U29 di Kementerian Kesihatan Malaysia

Tempat Latihan Jururawat

14 Tempat Latihan Jururawat dibawah KKM:

  1. Institut Latihan KKM Sultan Azlan Shah
  2. Institut Latihan KKM Alor Setar ( Kejururawatan)
  3. .Institut Latihan KKM Bertam ( Kejururawatan)
  4. Institut Latihan KKM Kuala Pilah (Kejururawatan)
  5. Institut Latihan KKM Batu Pahat (Kejururawatan)
  6. Institut Latihan KKM Johor Bahru
  7. Institut Latihan KKM Kubang Kerian (Kejururawatan)
  8. Institut Latihan KKM Sibu (Kejururawatan)
  9. Institut Latihan KKM Kota Kinabalu
  10. Institut Latihan KKM Kangar (Kejururawatan)
  11. Institut Latihan KKM Kuching
  12. Institut Latihan KKM Tawau (Kejururawatan)
  13. Institut Latihan KKM Sandakan ( Kejururawatan)
  14. Institut Latihan KKM Sungai Buloh.

Persediaan Temuduga

Untuk persediaan temuduga, anda boleh baca tentang:

  • Info tentang jawatan seperti gaji, kelayakan, gred, dll.
  • Skop kerja dan tanggungjawab seorang Jururawat.
  • Peralatan asas berkaitan perawatan kesihatan.
  • Pengetahuan am berkaitan perawatan kesihatan.
  • Istilah asas berkaitan perawatan kesihatan.
  • Menteri Kesihatan dan organisasi KKM.
  • Kempen-kempen kesihatan KKM.
  • Isu-isu semasa terkini

50 Contoh Soalan Temuduga

Berikut adalah 50 contoh soalan-soalan yang boleh ditanyakan oleh panel penemuduga dalam temuduga Jururawat 

  1. Sila perkenalkan diri anda
  2. Dari manakah kamu berasal?
  3. Kenapa anda memilih kerjaya Jururawat ?
  4. Apakah skop tugas Jururawat?
  5. Anda fikir anda layak ke menjadi jururawat?
  6. Anda seorang lelaki ( untuk calon lelaki),mengapa memilih kerjaya sebagai jururawat sedangkan kerjaya ini sinonim dengan jururawat?
  7. Jangan jadi jururawatlah. Jadi surirumah lagi baik
  8. Apakah visi dan misi Kementerian Kesihatan Malaysia?
  9. Apakah perbezaan Hospital dan Klinik?
  10. Apakah fungsi organ- organ dalam badan?
  11. Apakah itu penyakit kardiovascular?
  12. Apa yang anda faham tentang piramid makanan?
  13. Apa kempen-kempen kesihatan yang dianjurkan KKM?
  14. Apakah BMI?
  15. Bagaimana mengira BMI?
  16. Apakah penyakit terkini yang anda tahu?
  17. Sanggupkah anda bertugas di pendalaman?
  18. Sanggupkah anda basuh najis pesakit?
  19. Boleh anda terangkan tentang 3 jenis tulang?
  20. Apakah nama jantung dalam Bahasa Inggeris?
  21. Siapakah Menteri Kesihatan Malaysia?
  22. Siapakah Timbalan Menteri Kesihatan?
  23. Siapakah Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia?
  24. Siapakah Ketua Pengarah Kesihatan?
  25. Siapakah Pengarah Kesihatan Negeri?
  26. Siapa Yang Dipertuan Agong Malaysia?
  27. Sebutkan Rukun Negara
  28. Berapakah bilangan Insitut Latihan Kesihatan KKM?
  29. Apakah fasa Covid 19 sekarang di negara kita ?
  30. Terangkan apa itu MySejahtera dan kaitan dengan KKM?
  31. Anda fikir anda layak ke menjadi Jururawat?
  32. Namakan 5 Penyakit Berjangkit
  33. Namakan 5 Penyakit Tidak Berjangkit
  34. Apakah Suhu Badan Normal?
  35. Apakah Suhu Badan Seorang Yang Demam Dan Simptom?
  36. Sebutkan Beberapa Contoh Vaksin
  37. Apakah Vital Signs Bila Merawat Pesakit?
  38. Sebutkan 3 Teras Budaya Koperat KKM
  39. Apakah Pangkat Pangkat Jururawat?
  40. Jelaskan Perbezaan Antara Matron Dan Sister Dalam Bidang Jururawat.
  41. Senaraikan Ciri Ciri Penyayang Seorang Jururawat
  42. Senaraikan 3 Shift Berkerja Jururawat
  43. Apakah Jabatan Yang Selalu Dimasuki Oleh Jururawat Untuk Tujuan Rawatan?
  44. Senaraikan Jenis Suntikan Imunisasi Kepada Bayi , Kanak – Kanak Dan Dewasa.
  45. Siapa Perdana Menteri Malaysia yang ke 10?
  46. Apa slogan Kerajaan sekarang ?
  47. Sebutkan 6 teras Madani?
  48. Terangkan maksud warna warna dalam logo malaysia madani?
  49.  Apa tema hari kebangsaan tahun ini dan ini sambutan kali keberapa?
  50.  Apa itu sistem PADU?
  51.  Ceritakan serba sedikit isu semasa di malaysia ?
  52.  Apa isu semasa kesihatan sekarang?
  53. Apa itu penyakit mpox ?
  54.  Siapakah Ketua Setiausaha Negara?
  55. Siapakah Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sekarang ?
  56.  Apakah nama skim penjawat awam yang baru ?
  57.  Apa nama skim lama ?
  58.  Apa kah teras SSPA ?
  59. Apa kah perbezaan SSPA dengan SSM ?
  60. Kenapa minta separa perubatan sedangkan anda sudah ada diploma?
  61. Apa Kelebihan Awak? 
  62. Sebelum temuduga ini berakhir, anda ada apa apa nak katakan kepada kami?

Ingin kan jawapan kepada 62 soalan diatas ? Semuanya ada dalam ebook Temuduga Jururawat.  Disamping itu terdapat soalan extra dan nota ringkas.

Dengan bayaran RM39 , anda akan dapat  ebook berikut

     i) Temuduga Jururawat 

     ii) Pengetahuan Am 

    iii) Grup VVIP Telegram Jururawat

Rujukan Temuduga Separa Perubatan

PENGETAHUAN AM MALAYSIAKU

antara kandungan ebook ini :

Nak ebook Temuduga Jururawat ?

Untuk info lanjut tentang rujukan temuduga , boleh hubungi kami di +60105011537

Atau Wasap  kami dengan klik butang dibawah.

NAK COACHING TEMUDUGA?

Yang berminat untuk tahu lebih lanjut, boleh baca DISINI