Contoh Soalan Temuduga Juruteknologi Pergigian Latihan Separa Perubatan

Tahniah kerana anda lulus PSEE dan akan dipanggil ke temuduga memilih pelatih Latihan Separa Perubatan bagi bidang  Juruteknologi Pergigian.

Buat persediaan sehabis baik kerana anda hanya selangkah lagi untuk menjadi Pelatih Juruteknologi Pergigian Separa Perubatan.

Apa itu Juruteknologi Pergigian (JT)?

Pasti kan anda tahu perbezaan Juruterapi Pergigian dengan Juruteknologi Pergigian. Jika Juruterapi Pergigian atau misi gigi berdepan terus dengan pesakit , Juruteknogi Perggian adalah tenaga penting dalam penjagaan pergigian dibelakang tabir.

Juruteknologi Pergigian (JT) adalah orang yang terlibat dalam pembuatan dan pembaikan gigi palsu, implan, peralatan maxillofacial dan ortodontik, tugasnya termasuk pelbagai jenis kerja.
 
Juruteknologi Pergigian pada mulanya disebut sebagai Mekanik Pergigian (1951). Ia ditukarkan kepada Juruteknik Pergigian pada tahun 1959. Akhirnya kepada Juruteknologi Pergigian pada tahun 1996.

Tugas tugas Juruteknologi Pergigian Gred U29

Berikut merupakan antara tugas Juruteknologi Pergigian Gred  U29:

    1. Merangka, memproses dan menghasilkan aplians prostetik, ortodonik, maksilofasial dan restoratif berdasarkan prosedur amalan pergigian yang unggul mengikut jenis bahan akrilik, logam, seramik dan komposit mencukupi aplians berikut : 
      1.  Prostetik
        • Dentur Penuh 
        •  Dentur Sebahagian
      2. Konservatif
        • Korona
        • Inlai
        • Onlai
        • Jambatan (Bridge)
      3. Ortodontik
        • Aplians Boleh Tanggal
        • Aplians Fungsi
        • Komponen-komponen Aplians Tetap
      4. Maksilofasial
        • Obturator
        • Splin
      5. Memperbaiki dan mengubahsuai Aplians kes-kes berikut:
        • Aplians Terfraktur (Fractured Applainces)
        • Penambahan Unit Aplians
        • Lapis Semula (Relining)
        • Landas Semula (Rebasing)
        • Mereplika dentur penuh
      6. Merekabentuk Aplians
        Merangka bersama-sama dengan Pegawai Pergigian dan/atau Pakar Pergigian di dalam surgeri secara terus mengenai pembuatan kes-kes aplians kepada pesakit tertentu.
      7. Menyelenggara dan memperbaiki kelengkapan pergigian
        • Menyelenggara kelengkapan pergigian sesuai dengan prinsip penyelenggaraan pencegahan (preventive maintenance).
        • Memperbaiki kelengkapan pergigian yang rosak.
        • Melaksana pemasangan kelengkapan pergigian.
      8. Pengurusan
        1. Kelengkapan Pergigian
          • Mengurus penyelnggaraan dan pembaikan kelengkapan yang tidak boleh dilaksanakan oleh Juruteknik Pergigian yang memerlukan kepakaran swasta.
          • Menyelia pemasangan kelengkapan pergigian.
          • Menilai kelengkapan pergigian untuk menentukan ‘cost effective’
          • Memberi tunjuk ajar di dalam pengendalian kelengkapan pergigian.
          • Memberi khidmat nasihat teknikal.
        2. Stor
          • Menilai dan menguji bahan pergigian untuk menentukan ‘cost effective’.
          • Mengurus perolehan kelengkapan dan bahan untuk memastikan bahan-bahan kelengkapan menepati spesifikasi yang ditetapkan.

Maklumat Jawatan

Juruteknologi  Pergigian

Gred: U29
Taraf: Diploma
Gaji Minimum: RM1797.00
Gaji Maksimum: RM5753.00
Kenaikan Gaji Tahunan: RM145.00

Gaji permulaan pada gred U29 adalah RM1797.00

Penempatan Juruteknologi Pergigian

Juruteknologi Pergigian  yang baru tamat menjalani latihan akan ditempatkan samada di

  • Klinik Pergigian di Hospital Kerajaan
  • Klinik Pergigian di Pusat Kesihatan

Kurikulum Diploma Juruteknologi Pergigian

Tempoh pengajian Diploma Juruteknologi  Pergigian  adalah selama 3 tahun atau 6 semester. Dalam tempoh itu , anda akan didedahkan  dengan

  • Sains Asas
  • Sains Pergigian
  • Sains Klinikal
  • Kelengkapan Pergigian
Disamping itu pelatih akan menjalani latihan amali untuk perawatan pergigian

Setelah menamatkan pengajian dan memperolehi Diploma Jururawat anda akan dilantik ke jawatan Juruteknologi Pergigian Gred U29 di Kementerian Kesihatan Malaysia

Tempat Latihan Juruteknologi Pergigian

Latihan Juruteknologi Pergigian hanya di tawarkan di satu ILKKM sahaja  iaitu :

  1. Institut Latihan KKM Georgetown,Pulau Pinang

Persediaan Temuduga

Untuk persediaan temuduga, anda boleh baca tentang:

  • Info tentang jawatan seperti gaji, kelayakan, gred, dll.
  • Skop kerja dan tanggungjawab seorang Juruteknologi Pergigian.
  • Peralatan asas berkaitan pergigian.
  • Pengetahuan am berkaitan gigi.
  • Istilah asas berkaitan perawatan kesihatan.
  • Perkhidmatan yang disediakan di Klinik Pergigian
  • Menteri Kesihatan dan organisasi KKM.
  • Kempen-kempen kesihatan KKM.
  • Isu-isu semasa terkini

40 Contoh Soalan Temuduga

Berikut adalah  40  contoh soalan-soalan yang boleh ditanyakan oleh panel penemuduga dalam temuduga Juruteknologi Pergigian4

  1. Sila perkenalkan diri anda
  2. Dari manakah kamu berasal?
  3. Kenapa anda memilih kerjaya  Juruteknologi Pergigian ?
  4. Apakah skop tugas  Juruteknologi Pergigian.?
  5. Berikan nama gigi dan fungsi  yang anda tahu?
  6. Gigi kanak-kanak ada berapa batang?
  7. Gigi orang dewasa ada berapa batang dan sebutkan jenis nya?
  8. Bila kah gigi kekal akan mula tumbuh pada kanak kanak?
  9. Apakah punca kanser gusi ?
  10. Apakah yang dimaksudkan dengan karang gigi?
  11. Apa yang anda faham tentang prostetik?.
  12. Apakah warna jalur yang dipakai pada topi bagi  juruterapi pergigian ?
  13. Apakah visi dan misi Kementerian Kesihatan Malaysia?
  14. Apa moto KKM?
  15. Dalam logo KKM , apa makna gambar tangan?
  16. Apakah perbezaan dentur penuh dengan dentur sebahagian?
  17. Apa itu Maksilofasial?
  18. Apa yang anda tahu tentang rawatan ortodontik dan periodontik ?
  19. Apakah rawatan pergigian yang disediakan di klinik pergigian ?
  20. Apakah perbezaan hospital dan klinik?
  21. Sebutkan kempen KKM
  22. Nyatakan tarikh sambutan Hari Kesihatan Oral Sedunia.
  23. Siapakah Menteri Kesihatan Malaysia?
  24. Siapakah Timbalan Menteri Kesihatan?
  25. Siapakah Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia?
  26. Siapakah Ketua Pengarah Kesihatan?
  27. Siapakah Pengarah Kesihatan Negeri?
  28. Siapa Yang DiPertuan Agong Malaysia sekarang dan baginda YDPA yang ke berapa?
  29. Sebutkan Rukun Negara.
  30. Berapakah bilangan Institut Latihan Kesihatan KKM?
  31. Dimanakah latihan diadakan bagi Juruteknologi Pergigian. ?
  32. Sebutkan 3 teras budaya koporat KKM
  33. Siapa Perdana Menteri Malaysia yang ke 10?
  34. Apa slogan kerajaan sekarang ?
  35. Sebutkan 6 teras Madani?
  36. Sanggupkah anda bertugas di pendalaman?
  37. Kenapa minta separa perubatan sedangkan anda sudah ada diploma?
  38. Apa kelebihan awak?
  39.  Anda fikir anda layak ke menjadi  Juruteknologi Pergigian.?
  40. Sebelum temuduga berakhir, ada apa-apa nak katakan kepada kami?

Rujukan Temuduga Separa Perubatan

Ingin kan jawapan kepada 40 soalan diatas ? Semuanya ada dalam ebook Temuduga Juruteknologi Pergigian.  Disamping itu terdapat soalan extra dan nota ringkas.

Ada 2 pakej ditawarkan.

1) Basic : Ebook Temuduga JuruTeknologi Pergigian  RM29

2) Upgrade : 3 ebook berikut

     i) Temuduga Juruteknologi Pergigian 

     ii) Info KKM

    iii) Pengetahuan Am 

pada harga RM39 .

Rujukan Temuduga Separa Perubatan

INFO PENTING KKM

Antara kandungan ebook ini

PENGETAHUAN AM MALAYSIAKU

antara kandungan ebook ini :

Nak ebook Temuduga Juruteknologi Pergigian ?

Untuk info lanjut tentang rujukan temuduga , boleh hubungi kami di +60105011537

Atau Wasap  kami dengan klik butang dibawah.

NAK COACHING TEMUDUGA?

Yang berminat untuk tahu lebih lanjut, boleh baca DISINI