Contoh Soalan Temuduga Sijil Pembantu Kesihatan Awam

Tahniah kerana anda dipanggil ke temuduga Pembantu Kesihatan Awam.

Buat persediaan sehabis baik kerana anda hanya selangkah lagi untuk menjadi Pelatih Separa Perubatan  Pembantu Kesihatan Awam.

 

Apa itu Pembantu Kesihatan Awam?

Pembantu Kesihatan Awam atau Public Health Asistant (PHA) adalah merupakan kumpulan sokongan  dalam bidang kesihatan dan perubatan dinegara kita.

Merekalah yang biasa kita lihat melakukan fogging ( menyembur asap) bagi mencegah penularan demam dinggi dan malaria.

Uniform mereka biasanya baju putih dengan seluar dan kasut hitam.

DESKRIPSI TUGAS PEMBANTU KESIHATAN AWAM GRED U19

Berikut merupakan antara tugas Pembantu Kesihatan Awam:

Bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja pengawalan dan pencegahan dalam program kebersihan alam sekeliling,kebersihan dan keselamatan makanan serta kawalan penyakit berjangkit yang berkaitan dengan tugasnya dengan menggunakan kaedah/ pendekatan kesihatan primer (Control and Prevention & Primary Health Care Approach)

Membantu dalam melaksanakan aktiviti aktiviti pengawalan dan pencegahan berkaitan :

  • Kawalan Penyakit Berjangkit
  • Bekalan Air dan Kebersihan Alam Sekeliling (BAKAS)
  • Kawalan Mutu Air Minum (KMAM)
  • Keselamatan dan Kualiti Makanan
  • Kesihatan Am

Maklumat Jawatan

Pembantu Kesihatan Awam

Gred: U19

Taraf: Sijil

Gaji Minimum: RM1360.00

Gaji Maksimum: RM4052.00

Kenaikan Gaji Tahunan: RM100.00

Kurikulum Sijil Pembantu Kesihatan Awam

Selama tempoh latihan 2 tahun atau 4 semester  , pelatih akan didedahkan dengan subjek atau topik berikut:

  • Anatomi Dan Fisiologi
  • Kimia
  • Sains Am
  • Fizik
  • Mikrobiologi
  • Pelupusan Kumbahan Pelimbahan
  • Kaji parasit
  • Kebersihan makanan
  • Matematik Persekitaran
  • Kawalan vektor
  • Asas Kerja Binaan
  • Kawalan Penyakit
  • Pengenalan Kesihatan Persekitaran
  • Prosedur Penguatkuasaan
  • Pelupusan sisa pepejal
  • Pendidikan Kesihatan
  • Bekalan Air
  • Bahasa Inggeris Komunikasi

Setelah menamatkan pengajian selama 2 tahun dan memperolehi Sijil Pembantu Kesihatan Awam, anda akan dilantik ke jawatan Pembantu Kesihatan Awam Gred U19 di Kementerian Kesihatan Malaysia

TEMPAT LATIHAN PEMBANTU KESIHATAN AWAM

  • Institut Latihan KKM Sungai Buloh, Selangor
  • Institut Latihan KKM Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak
  • Institut Latihan KKM Kuching ( Kesihatan Awam) Sarawak

Persediaan Temuduga

 Untuk persediaan temuduga, anda boleh baca tentang:

  • Info tentang jawatan seperti gaji, kelayakan, gred, dll.
  • Skop kerja dan tanggungjawab seorang Pembantu Kesihatan Awam.
  • Pengetahuan am berkaitan kesihatan awam.
  • Menteri Kesihatan dan organisasi KKM.
  • Kempen-kempen kesihatan KKM.
  • Isu-isu semasa terkini

60 Contoh Soalan Temuduga

Berikut adalah 60 contoh soalan-soalan yang boleh ditanyakan oleh panel penemuduga dalam temuduga Pembantu Kesihatan Awam

1) Sila perkenalkan diri anda
2) Dari manakah kamu berasal?
3) Kenapa anda memilih kerjaya Pembantu Kesihatan Awam ?
4) Apakah skop tugas Pembantu Kesihatan Awam?
5) Anda fikir anda layak ke menjadi Pembantu Kesihatan Awam?
6) Nyatakan kitaran hidup nyamuk
7) Deman Denggi berpunca dari nyamuk apa?
8) Apakah visi dan misi Kementerian Kesihatan Malaysia?
9) Apakah perbezaan Hospital dan Klinik?
10)Nyatakan tanda tanda demam denggi
11) Namakan jenis demam denggi
12)Nyatakan kaedah merawat demam denggi ?
13)Sebutkan kempen KKM.
14) Namakan akta yang melibatkan kawalan penyakit berjangkit
15)Akta apakah yang berkaitan dengan pengendalian dan kebersihan makanan.
16) Apakah yang dimaksudkan dengan IPU?
17)Apakah tahap IPU yang sangat berbahaya?
18) Senaraikan kesan jerebu kepada kesihatan manusia.
19) Senaraikan jenis semburan kabus.
20) Haiwan apa perlu dikawal oleh seorang Pembantu Kesihatan Awam
21) Apakah yang dimaksudkan dengan kawalan perosak?
22) Nyatakan tarikh hari Kesihatan Sedunia setiap tahun?.
23) Apakah penyakit terkini yang anda tahu?
24) Sanggupkah anda bertugas di pedalaman Sabah atau Sarawak?
25) Siapakah Menteri Kesihatan Malaysia sekarang?
26) Siapakah Timbalan Menteri Kesihatan?
27) Siapakah Ketua Setiausaha KKM ?
28) Siapakah Ketua Pengarah Kesihatan?
29) Siapakah Pengarah Kesihatan Negeri?
30) Siapa Yang Dipertuan Agong Malaysia Sekarang?
31) Sebutkan Rukun Negara.
32) Berapakah Bilangan Institut Latihan Kesihatan KKM?
33) Apa Fasa Covid-19 Sekarang Di Negara Kita?
34)Terangkan Apa Itu Mysejahtera Dan Kaitan Dengan KKM.
35) Sebutkan penyakit bawaan air dan makanan tercemar.
36) Namakan 5 Penyakit Berjangkit:
37) Namakan 5 Penyakit Tidak Berjangkit:
38) Sebutkan Beberapa Contoh Vaksin
39) Sebutkan 3 Teras Budaya Koporat KKM :
40) Dimanakah Latihan Diadakan Bagi Pembantu Kesihatan Awam?
41) Siapa Perdana Menteri Malaysia yang ke 10?
42) Apa slogan Kerajaan sekarang ?
43) Sebutkan 6 teras Madani?
44) Terangkan Maksud Warna Warna Dalam Logo Malaysia Madani?
45) Setakat yang anda maklum,apakah tugas yang bakal anda pikul.?
46)Apa tema Hari kebangsaan tahun ini dan sambutan kali ke berapa?
47) Apa Itu Sistem PADU?
48)Apakah isu semasa sekarang ini ?
49) Apa pula isu semasa berkaitan Kesihatan sekarang?
50) Apa itu Mpox?
51) Apakah yang dimaksudkan dengan vektor ?
52)Kenapa minta separa perubatan sedangkan anda sudah ada diploma?
53) Apa Kelebihan Awak?
54).Siapakah Ketua Setiausaha Negara?
55). Siapakah Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sekarang ?
56). Apakah nama sistem penjawat awam yang baru diumumkan ?
57). Apa nama skim lama ?
58). Apa kah teras SSPA ?
59). Apa kah perbezaan SSPA dengan SSM ?
60). Sebelum Temuduga Berakhir, Ada Apa-Apa Nak Katakan Kepada Kami?

 

Anda ingin  lebih soalan ,nota dan jawapan kepada soalan diatas ?  Disamping itu ada 16 soalan situasi beserta cadangan jawapan. Jadi jumlah soalan beserta jawapan dalam ebook ini adalah 76 .  

Ebook ini berharga RM 39 sahaja . Anda boleh hubungi kami  di http://wasap.my/60105011537/ebookPKA     atau klik link dibawah

Berikut bonus pembelian yang bernilai RM140 diberi percuma :

  1. Ebook Pengetahuan Am : Malaysia Ku yang bernilai RM40
  2. Grup VVIP Telegram Pembantu Kesihatan Awam yang bernilai RM50
  3. Sesi Google Meet dan rakaman yang bernilai RM50