CONTOH SOALAN TEMUDUGA SIJIL PEMBANTU
PEMBEDAHAN PERGIGIAN

Tahniah kerana anda dipanggil ke temuduga Pembantu Pembedahan Pergigian.

Buat persediaan sehabis baik kerana anda hanya selangkah lagi untuk menjadi Pelatih Separa Perubatan  Pembantu Pembedahan Pergigian.

Apa itu Pembantu Pembedahan Pergigian?

Pembantu Pembedahan Pergigian atau Dental Surgery Assistant (DSA) . Biasa orang panggil misi gigi dan memakai uniform putih seperti Jururawat

Pembantu Pembedahan Pergigian ialah ahli dalam kumpulan pergigian bersama sama dengan Juruterapi Pergigian,Juruteknologi Pergigian dan Doktor Pergigian

DESKRIPSI TUGAS PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN GRED U19 SPA

Berikut merupakan tugas Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U19:

  • Menyambut dan mendaftar para pesakit.
  • Menjalankan pembasmian kuman dan bakteria pada perkakasan pergigian.
  • Menolong Pakar Pergigian, Pegawai Pergigian serta Jururawat Pergigian dalam urusan pembedahan pesakit.
  • Mendaftar dan merekod urusan kewangan, sijil sakit dan penerangan untuk pesakit.
  • Menolong Pegawai Pergigian dan Jururawat Pergigian ketika lawatan ke sekolah-sekolah.
  • Menempah dan merekod alat-alat kelengkapan, memeriksa inventori dan lain-lain peralatan termasuk troli dan mesin.
  • Memastikan penyata bulanan dan graf tersedia.
  • Bertanggungjawab menyediakan bahan-bahan pendidikan kesihatan pergigian.

Maklumat Jawatan

Pembantu Pembedahan Pergigian

Gred: U19
Taraf: Sijil
Gaji Minimum: RM1360
Gaji Maksimum: RM4052
Kenaikan Gaji Tahunan: RM100

Gaji permulaan pada gred U19 adalah RM1418.12

Penempatan Pembantu Pembedahan Pergigian

Seorang Pembantu Pembedahan Pergigian U19  biasanya akan ditempatkan di

·        Klinik Pergigian di Hospital Kerajaan

·        Klinik Pergigian di Pusat Kesihatan

·        Klinik Pergigian Sekolah

·        Pasukan Pergigian Bergerak

Kurikulum Sijil Pembantu Pembedahan Pergigian

Tempoh pengajian sijil Pembantu Pembedahan Pergigian adalah selama 2 tahun atau 4 semester. Dalam tempoh itu , anda akan didedahkan  dengan

  • Sains Asas
  • Sains Pergigian
  • Sains Klinikal
  • Sains Tingkah laku
  • Teknologi Maklumat
  • Kelengkapan Pergigian
  • Pengurusan Kesihatan

Setelah menamatkan pengajian dan memperolehi Sijil Pembantu Pembedahan Pergigian  anda akan dilantik ke jawatan Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U19 di Kementerian Kesihatan Malaysia

Tempat Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian

  1. Institut Latihan KKM Pulau Pinang

Persediaan Temuduga

Untuk persediaan temuduga, anda boleh baca tentang:

  • Info tentang jawatan seperti gaji, kelayakan, gred, dll.
  • Skop kerja dan tanggungjawab seorang Pembantu Pembedahan Pergigian.
  • Peralatan berkaitan pergigian.
  • Pengetahuan am berkaitan gigi.
  • Istilah asas berkaitan pergigian.
  • Menteri Kesihatan dan organisasi KKM.
  • Kempen-kempen kesihatan KKM.
  • Isu-isu semasa terkini

52 Contoh Soalan Temuduga

Berikut adalah 52 contoh soalan-soalan yang boleh ditanyakan oleh panel penemuduga dalam temuduga Pembantu Pembedahan Pergigian 

1. Sila perkenalkan diri anda
2. Dimanakah kamu berasal ?
3. Kenapa anda memilih kerjaya Pembantu Pembedahan Pergigian ?
4. Apakah skop tugas Pembantu Pembedahan Pergigian?
5. Berikan nama gigi dan fungsi yang anda tahu?
6. Gigi kanak-kanak ada berapa batang?
7. Gigi orang dewasa ada berapa batang?
8. Bila kah gigi kekal akan mula tumbuh pada kanak kanak
9. .Apakah punca kanser gusi ?
10.Apakah yang dimaksudkan dengan karang gigi,nyatakan punca nya?
11.Ceritakan cara memberus gigi dengan betul.
12. Apakah warna jalur yang dipakai bagi jururawat pergigian ?
13. Apakah visi dan misi Kementerian Kesihatan Malaysia?
14. Apa moto KKM
15. Dalam logo KKM , apa makna gambar tangan?
16.Apakah jenis peralatan yang digunakan dalam rawatan gigi?
17.Jika gusi bengkak, boleh atau tidak pembedahan dilakukan?
18. Apa yang anda tahu tentang rawatan ortodontik dan periodontik?
19. Apakah rawatan pergigian yang disediakan di klinik pergigian ?
20.Apakah perbezaan Hospital dan Klinik?
21. Sebutkan kempen KKM.
22.Bilakah sambutan Hari Kesihatan Oral Sedunia ?
23. Siapakah Menteri Kesihatan Malaysia?
24. Siapakah Timbalan Menteri Kesihatan?
25.Siapakah Ketua Setiausaha KKM ?
26. Siapakah Ketua Pengarah Kesihatan?
27. Siapakah Pengarah Kesihatan Negeri?
28.Siapa Yang Dipertuan Agong Malaysia Sekarang?
29.Sebutkan Rukun Negara.
30.Berapakah Bilangan Institut Latihan Kesihatan KKM?
31.Sebutkan 3 Teras Budaya Korporat KKM :
32. Dimanakah Latihan Diadakan Bagi Pembantu Pembedahan Pergigian?
33. Siapa Perdana Menteri Malaysia yang ke 10?
34. Apa slogan Kerajaan sekarang ?
35. Sebutkan 6 teras Madani?
36. Terangkan Maksud Warna Warna Dalam Logo Malaysia Madani?
37. Apa tema Hari kebangsaan tahun ini dan sambutan kali keberapa?
38. Sanggupkah anda bertugas di pedalaman Sabah atau Sarawak?
39.Kenapa minta separa perubatan sedangkan anda sudah ada diploma?
40. Apa Kelebihan Awak?
41. Anda fikir anda layak ke menjadi Pembantu Pembedahan Pergigian?
42. Apa Itu Sistem PADU?
43. Apakah isu semasa sekarang ini ?

44. Apa pula isu semasa berkaitan Kesihatan?
45. Apa itu Mpox?
46.Siapakah Ketua Setiausaha Negara?
47. Siapakah pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sekarang ?
48. Apakah nama skim penjawat awam yang baru ?
49. Apa nama skim lama ?
50. Apa kah teras SSPA ?
51. Apa kah perbezaan SSPA dengan SSM ?
52.Sebelum temuduga berakhir, ada apa-apa nak katakan kepada kami?

Inginkan jawapan kepada soalan diatas beserta lebih soalan dan nota ringkas ? Dapatkan ebook khas Temuduga Pembantu Pembedahan Pergigian berikut :

Ebook ini berharga RM 39 sahaja . Anda boleh hubungi kami  di http://wasap.my/60105011537/ebookPPP    atau klik link dibawah

Berikut adalah bonus pembelian :

  1. ebook Pengetahuan Am
  2. Grup VVIP telegram
  3.  Google Meet