Anda tahu apa itu keterampilan diri ?
Keterampilan diri merujuk kepada kecekapan dan kemampuan seseorang dalam mengurus atau melaksanakan sesuatu tugasan atau menyelesaikan sesuatu masalah.
Ada beberapa kriteria yang mencerminkan keterampilan diri seseorang. Kriteria tersebut adalah dalam segi personaliti, penampilan, komunikasi dan etika kerja.
PERSONALITI
Personaliti bermaksud keperibadian dan perwatakan. Setiap individu mempunyai personaliti yang digambarkan melalui keperibadian dan perwatakannya. Kedua-dua unsur ini mempunyai pertalian yang rapat dan berupaya meningkatkan personaliti seseorang.
- PENAMPILAN
Kajian oleh pakar-pakar psikologi mendapati, paras rupa, gerak-geri dan air muka sangat besar peranannya bagi meningkatkan daya pengaruh seseorang.
Orang yang mempunyai penampilan yang menarik, memiliki keyakinan diri yang lebih tinggi, mempunyai sikap yang lebih optimis dan pandai bercakap (petah) berbanding mereka yang tidak mempunyai sikap tersebut.
Sehubungan itu untuk meninggikan daya pengaruh, pastikan orang yang hendak kita motivasi atau pengaruhi itu menyukai penampilan kita. Penampilan kita akan mencerminkan sikap kita terhadap diri sendiri, orang lain, masa dan tugas yang kita jalankan.
Berjalan dengan tegak dan bertenaga menggambarkan seseorang individiu yang bijak menggunakan masa manakala individu yang berjalan seperti orang malas menggambarkan seolah-oleh masa tidak berharga.
Audiens sentiasa menilai sama ada kita orang yang berjaya, berfikiran terbuka, mempunyai perjuangan atau matlamat, boleh dipercayai, berilmu, berakhlak tinggi, jujur, matang dan lain-lain sewaktu mendengar kita bercakap.