KEWANGAN DAN ANDA

Dalam perjalanan menuju kekayaan dan kejayaan, sudah pasti ada banyak rintangan, kesilapan dan kegagalan SEMENTARA.

Anda pasti selalu dengar bahawa JIKA ANDA JATUH, MAKA JANGAN TAKUT UNTUK BANGKIT SEMULA.

Benar, kegagalan merupakan pengalaman untuk kita bangkit dengan lebih yakin dalam menuju kejayaan. Namun, berapa kalikah kita perlu menghadapi kegagalan ini? Selagi anda tidak mengetahui apakah punca sebenar kegagalan itu, maka tidak mustahil anda akan menghadapi kegagalan berulang kali.

Ini kerana ramai yang ingin memulakan perjalanan kekayaan tanpa mengetahui apakah punca kegagalan dalam mencapai matlamat tersebut.

Hakikatnya, Kegagalan ini adalah berpunca dari sikap mengambil lewa tentang kewangan. KEWANGAN adalah faktor utama kejayaan sesebuah perniagaan. Tiada perniagaan yang tidak melibatkan wang. Selagi anda tidak melakukan XRAY KEWANGAN anda, selagi itulah anda tidak tahu penyakit apa yang perlu anda ubati dalam perniagaan anda. Tahukah anda bahawa wujudnya CANCER WANG? Perlukah anda menunggu sehingga cancer ini tidak boleh dirawat lagi? XRAY LAH KEWANGAN ANDA sekarang sebelum terlambat.