Untuk calon-calon yang berjaya dalam peperiksaan dalam talian exam PTD, langkah seterusnya adalah menghadiri ujian penilaian kompetensi.Anda akan menerima surat memaklumkan anda berjaya dan perlu hadir ke PTD Assessment Centre (PAC) pada masa yang ditetapkan.
Contoh surat panggilan dibawah.
Komponen penilaian kompetensi adalah seperti berikut :
- Saringan kesihatan : tekanan darah dan denyutan nadi
- Ujian kecergasan jasmani meliputi ujian spt
- Ujian berat & tinggi ( BMI)
- Ujian duduk dan jangkau
- Ujian genggam tangan
- Ujian bangun tubi 1 minit
- Ujian larian ulang alik 20 m ( bleep test)
3. Ujian penulisan esei Bahasa Malaysia dan Inggeris
4. Pengucapan awam Bahasa Malaysia dan Inggeris
5. Perbincangan kumpulan
6. Kerja berkumpulan
Berikut adalah persediaan untuk menghadiri PAC:
- Persediaan fizikal dan “fitness”
- Jaga kesihatan diri dan cuba elakkan dari demam
- Luaskan pengetahuan dengan banyak membaca.
- Tingkatkan interpersonal skill dengan membuat networking
- Tingkatkan skil komunikasi anda dalam Bahasa Malaysia & Inggeris
- Tambahkan keyakinan diri atau self-esteem.
Sekiranya anda berjaya dalam tapisan ini, tinggal satu lagi halangan yang perlu anda tempuhi sebelum anda berjaya menjadi Pegawai Tadbir & Diplomatik iaitu temuduga.