Temuduga Penolong Pegawai Pendaftaran JPN Gred KP29

Contoh Soalan Temuduga Penolong Pegawai Pendaftaran Gred KP29

Tahniah kerana anda lulus PSEE dan akan dipanggil ke temuduga Penolong Pegawai Pendaftaran di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) .

Buat persediaan sehabis baik kerana anda hanya selangkah lagi untuk menjadi  Penolong Pegawai Pendaftaran   Gred KP29.

Tugas tugas Penolong Pegawai Pendaftaran KP29

Berikut merupakan senarai tugas Penolong Pegawai Pendaftaran KP29:

  1. Mengendalikan urusan pendaftaran kelahiran, kematian, perkahwinan dan penceraian.
  2. Menyemak dan mengesahkan dokumen yang diterima untuk pendaftaran.
  3. Memberi khidmat nasihat kepada orang awam mengenai prosedur pendaftaran.
  4. Menguruskan rekod pendaftaran dan memastikan ia disimpan dengan baik.
  5. Menyediakan laporan berkaitan pendaftaran untuk rujukan pihak atasan
  6. Mengendalikan urusan aduan pelanggan dan menyelesaikan masalah berkaitan pendaftaran.
  7. Menyediakan surat surat rasmi berkaitan urusan pendaftaran
  8. Melaksanakan tugas tugas pentadbiran lain yang diarahkan oleh pihak atasan.

Dalam erti kata lain ianya meliputi  :

a.      Pelaksanaan dan Penguatkuasaan Undang-undang

b.     Urusan Kad Pengenalan

c.      Urusan Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat

d.     Urusan Kewarganegaraan

e.     Urusan Perkahwinan dan Perceraian

f.       Aktiviti Siasatan dan Pendakwaan

 

Maklumat Jawatan

PENOLONG PEGAWAI PENDAFTARAM

Gred: KP29
Taraf: Diploma
Gaji Minimum: RM1,493.00
Gaji Maksimum: RM5,696.00
Kenaikan Gaji Tahunan: RM145.00

Gaji permulaan pada gred KP29 adalah RM1,493.00

Persediaan Temuduga

Untuk persediaan temuduga Penolong Pegawai Pendaftaran Gred KP29, anda perlu  tahu info berikut :

  • Maklumat jawatan seperti gaji, kelayakan, gred, dll.
  • Skop kerja dan tanggungjawab seorang Penolong Pegawai Pendaftaran Gred KP29 .
  • Info berkaitan Jabatan Pendaftaran Negara meliputi Visi,Misi,Dasar Kualiti dan Slogan
  • Menteri Yang bertanggungjawab keatas JPN
  • Carta organisasi JPN.
  • Initiatif Madani JPN
  • Pengetahuan Am Negara
  • Isu-isu semasa terkini 

52 Contoh Soalan Temuduga Penolong Pegawai Pendaftaran Jabatan Pendaftaran Negara Gred KP29

Berikut adalah  52 contoh soalan-soalan yang boleh ditanyakan oleh panel penemuduga dalam temuduga Penolong Pegawai Pendaftaran KP29

  1. Sila perkenalkan diri anda
  2. Dari manakah kamu berasal?
  3. Kenapa anda memohon jawatan Penolong Pegawai Pendaftaran ?
  4. Apakah tugas utama seorang Penolong Pegawai Pendaftaran KP29 ?
  5. Sebutkan Perkhidmatan Perkhidmatan Yang Disediakan Oleh Jabatan Pendaftaran Negara ?
  6. Apakah visi dan misi Jabatan Pendaftaran Negara?
  7. Apakah slogan JPN?
  8. Terangkan maksud elemen elemen dalam logo JPN
  9. Namakan 5 kod etika JPN
  10. Sebutkan 3 polisi JPN
  11. Bilakah Hari Pendaftaran Negara disambut?
  12. Tahun ni adalah sambutan Hari Pendaftaran Negara yang keberapa?
  13. Berapa umur seseorang baru boleh memohon kad pengenalan?
  14. Berapa caj dikenakan jika hilang kad pengenalan bagi kali pertama?
  15. Jika hilang kali kedua berapa caj nya pula?
  16. Untuk kelahiran seorang kanak kanak , namakan 5 pihak yang boleh memaklumkan kelahiran kepada JPN.
  17. Selepas kematian seseorang, berapa lama tempoh laporan mesti dibuat?
  18. Bagaimana anda menangani situasi dimana seorang pelanggan tidak puas hati dengan perkhidmatan anda?
  19. Bagaimana anda memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat dalam pendaftaran?
  20. Sanggupkah anda bertugas di pendalaman?
  21. Boleh anda terangkan tentang jenis kad pengenalan?
  22. Berapakah tempoh masa untuk memproses permohonan kad pengenalan?
  23. Apa yang anda tahu tentang program MEKAR JPN?
  24. Apakah khidmat yang ditawarkan dalam program MEKAR?
  25. Apakah matlamat program MEKAR?
  26. Sebutkan 5 perkhidmatan dalam talian yang disediakan oleh JPN
  27. Sebutkan Akta berkaitan pendaftaran kelahiran dan kematian dan juga berkaitan perkahwinan dan penceraian
  28.  Bagaimana anda memastikan privasi dan kerahsiaan maklumat yang dikendalikan

  29. Bagaimana anda mengatasi cabaran dalam memastikan proses pendaftaran berjalan dengan lancar dan efisen?

  30. JPN dibawah kementerian mana

  31. Namakan 6 lagi agensi selain JPN yang terletak dibawah Kementerian Dalam Negeri ?

  32. Siapakah Menteri Dalam Negeri Malaysia?

  33. Siapakah Timbalan Menteri  Dalam Negeri ?

  34. Siapakah Ketua Setiausaha KDN?

  35. Siapakah Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara ?

  36. Siapa Yang DiPertuan Agong Malaysia yang ke 17 dan nama RajaPermaisuri Agong?
  37. Sebutkan Rukun Negara
  38. Siapakah Perdana Menteri Malaysia yang ke 10?
  39. Apa slogan kerajaan sekarang?
  40.  Sebutkan 6 teras Madani?
  41. Terangkan maksud warna warna dalam logo Malaysia Madani?

  42. Apa kelebihan awak?

  43.  Apakah perkara asas dalam menyelesaikan sebarang masalah yang timbul di tempat kerja anda?
  44.  Bagaimanakah anda menyerap tekanan semasa bekerja?
  45.  Apakah yang anda rasa yang membuatkan anda lebih layak untuk jawatan ini berbanding calon lain?
  46.  Yang mana satu lebih penting, kreativiti atau kecekapan?
  47.  Bagaimana anda menyelesaikan sesuatu masalah?
  48.  Jawatan ini adalah secara kontrak. Adakah anda masih mahu menerimanya?
  49.  Apakah yang anda tahu mengenai integriti? Sila ceritakannya!
  50.  Apa itu sistem PADU?
  51.  Apa pandangan anda mengenai penghapusan subsidi diesel oleh Kerajaan ?
  52.  Sebelum temuduga berakhir, ada apa-apa nak katakan kepada kami?

Ingin kan jawapan kepada 52 soalan diatas ? Semuanya ada dalam ebook Temuduga Penolong Pegawai Pendaftaran Gred KP29.  Disamping itu terdapat soalan extra dan nota ringkas.

Dua pakej ditawarkan :

1) Basic : Ebook Temuduga Penolong Pegawai Pendaftaran Gred KP29  RM39

2) Upgrade

 2 ebook berikut

     i) Temuduga Penolong Pegawai Pendaftaran Gred KP29

     ii) Pengetahuan Am

iii) Grup Telegram VVIP Penolong Pegawai Pendaftaran Gred KP29

 pada harga RM49 .

Rujukan Temuduga Penolong Pegawai Pendaftaran KP29

PENGETAHUAN AM MALAYSIAKU

antara kandungan ebook ini :

Nak ebook Temuduga Penolong Pegawai Pendaftaran KP29 ?

Untuk info lanjut tentang rujukan temuduga , boleh hubungi kami di +60105011537

Atau Wasap  kami dengan klik butang dibawah.

NAK COACHING TEMUDUGA?

Yang berminat untuk tahu lebih lanjut, boleh baca DISINI

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *