TIPS EXAM ONLINE PTD 2021

Calon perlu ketahui bahawa yang akan lulus dalam exam ptd on line ini adalah kurang dari 10 %. Oleh itu calon perlu membuat persiapan yang rapi.

Mental calon perlu disetkan. Jangan fikir susah kerana bila calon fikir susah , ia akan menarik aura negatif kepada calon dan seterusnya memberi kesan bila menjawab soalan nanti.

Pastikan anda sentiasa kemaskini maklumat anda di laman web SPA terutama nombor talipon dan juga  alamat emel anda.Nombor giliran calon dan juga link exam ada dalam emel. Link atau pautan exam berbeza dari calon ke calon.

Anda boleh menjawab soalan samada dirumah atau pun di kafe siber. Pastikan pautan internet anda adalah baik. Menjawab melalui talifon pintar adalah tidak digalakkan kerana mungkin graf atau jadual tidak keluar di paparan talifon.

CARA PEMARKAHAN

Markah lulus biasanya akan ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan SPA. Ini bergantung kepada prestasi semua calon dimana markah semua calon diplotkan menjadi satu taburan Bell Curve. Jika ramai dapat menjawab dengan cemerlang , maka tinggilah markah cut off . Jika ramai tidak menjawab soalan , maka markah cut off ini diturunkan untuk mendapatkan bilangan calon yang layak ke tapisan seterusnya.

Mengikut trend yang lepas, markah lulus adalah lebih dari 80%. Ini bermakna markah calon dalam kesemua seksyen  mesti tinggi. Seksyen A mesti melebihi 80% , Seksyen B  melebihi 80% dan dalam Seksyen C pun melebihi 80%. Oleh itu calon perlu kuasai ketiga tiga Seksyen A, Seksyen B  dan Seksyen C.

Memandangkan masa yang diberikan untuk menjawab soalan adalah terhad, calon disarankan tidak menjawab lebih dari 1 minit untuk setiap soalan.

KATEGORI SOALAN

Terdapat 3 kategori soalan :

1.Soalan senang dan “direct” ( sedikit bilangan )

cth siapa menteri kewangan

2. Soalan sederhana  ( banyak soalan dalam kategori ini): calon perlu membuat pembacaan untuk dapat menjawab dengan betul.

cth : Fungsi SPA dan perbezaan dengan JPApengetahuan-am-39

3. Soalan susah ( sedikit bilangan) : Ia nya bertujuan nak membezakan tahap pengetahuan calon.

cth : Apakah negara kedua yang mula menerima vaksin.?

Satu perkara yang perlu calon ketahui adalah walaupun set soalan adalah sama, namun urutan  soalan adalah berbeza. Cth soalan nombor 5 bagi calon A mungkin menjadi soalan nombor 10 bagi calon B bergantung pada masa calon “log in” dalam exam.

PERSIAPAN TEKNIKAL SEBELUM & SEMASA EXAM

  1. Pastikan calon menggunakan browser yang dalam version terkini seperti : Mozilla Firebox, Google Chrome ataupun Internet Explorer
  2. Pastikan anda offkan  antivirus scan , sebarang update , firewall yang boleh memakan bandwidth internet anda dan melambatkan internet dan komputer anda.
  3. Jawapan anda akan diautosave. Tanda butang hijau menunjukkan jawapan anda sudah disave.Jika bukan butang hijau yang menyala, pilih sekali lagi jawapan anda.seksyen-a-30
  4. Anda boleh login 1 jam sebelum exam untuk memeriksa sambungan atau connection anda. Sebab itu adalah lebih baik jika anda menjawab di kafe siber.

Sementara soalan Seksyen A menguji pengetahuan am dan bersifat analitikal soalan Seksyen B  adalah jenis applied. Seksyen C  pula jenis penguasaan. Calon perlu memahami konsep dan lihat betul betul pada ayat soalan.

Untuk soalan berbentuk matematik, calon disarankan meluang masa untuk mengulangkaji tajuk “min, median dan mod” kerana ia antara soalan yang kerap ditanya.

Memandangkan exam ini bertujuan menguji tahap IQ dan EQ seseorang calon, calon perlulah peka pada isu semasa dan dasar dasar kerajaan. Info ini boleh didapati di portal jabatan jabatan kerajaan.

Oleh kerana jawatan yang ditawarkan adalah Pegawai Tadbir & Diplomatik, adalah wajib bagi calon mengetahui bidang tugas seorang PTD.

Satu lagi tip menjawab soalan ialah dengan menggunakan teknik “elimination” untuk memilih jawapan yang tidak logik.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *