Tahniah kerana anda lulus PSEE dan akan dipanggil ke temuduga Jurupulih Perubatan Carakerja.
Buat persediaan sehabis baik kerana anda hanya selangkah lagi untuk menjadi Pelatih Jurupulih Perubatan Carakerja Separa Perubatan.
Apa itu Jurupulih Perubatan Carakerja?
Ianya adalah satu kerjaya yang memberi fokus kepada rawatan pemulihan keatas individu yang mengalami kecacatan anggota, gangguan mental, berpenyakit dan uzur untuk menjalani kehidupan berdikari , produktif dan bermakna.