Contoh Soalan Temuduga Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Latihan Separa Perubatan

Tahniah kerana anda lulus PSEE dan akan dipanggil ke temuduga Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran.

Buat persediaan sehabis baik kerana anda hanya selangkah lagi untuk menjadi Pelatih Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran  Separa Perubatan.

Apa itu Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran ?

Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) yang juga pernah dikenali sebagai Inspektor Kesihatan (IK) atau Merinyu Kesihatan adalah pekerja awam yang bertanggungjawab untuk menyiasat hazard kepada kesihatan dan persekitaran dalam pelbagai lokasi yang berbeza, kemudian mengambil tindakan untuk meminimumkan dan menghapuskan hazard. 

Kerjaya Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran meliputi aspek pengawalan, pencegahan dan penguatkuasaan undang-undang dalam aktiviti-aktiviti kesihatan umum seperti kawalan mutu makanan dan kawalan penyakit berjangkit serta kawalan penyakit bawaan vector, kesihatan cara kerja, kesihatan antarabangsa, kebersihan alam sekitar dan aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan.

Di bawah Program Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan, jawatan Inspektor Kesihatan yang bermula dengan gelaran Merinyu Kesihatan, cukup penting bagi meningkatkan taraf kesihatan rakyat di negara ini, sejak sekian lama.

Pada pertengahan tahun 1999 gelaran itu bertukar lagi kepada Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP). Pada 2005, skim jawatan IK (PPKP) dinaik taraf kepada skim bersepadu yang membolehkan mereka berpeluang dinaikkan pangkat daripada kumpulan sokongan kepada kumpulan Profesional dan Pengurusan, seperti juga dinikmati oleh lain-lain anggota paramedik dalam kementerian..

DESKRIPSI TUGAS PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN GRED U29

Peranan utama Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) dalam kesihatan awam adalah mencegah dari berlakunya kejadian penyakit berjangkit dan mengawal apabila berlaku kejadian wabak di sesuatu kawasan.

Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) memberi perkhidmatan kepada Unit Unit dibawah Kementerian Kesihatan atau agensi agensi kerajaan seperti berikut :

  • Pihak Berkuasa Kerajaan Tempatan
  • Kementerian Pertahanan Malaysia

Berikut adalah unit-unit utama di bawah seliaan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) :

  1. Unit Inspektorat dan Perundangan (UIP)
  2. Unit Kawalan Penyakit Berjangkit ( CDC, SURVELAN, TB/KUSTA, AIDS/STI)
  3. Unit Kawalan Penyakit Bawaan VEKTOR
  4. Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM)
  5. Unit Kawalan Mutu Air Minum (KMAM)
  6. Unit Bekalan Air & Kesihatan Alam Sekeliling (BAKAS)
  7. Unit Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar (KPAS)
  8. Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD : LSD & MessVip)
  9. Unit Kesihatan Antarabangsa (PMA)
  10. Unit Promosi Kesihatan (UPK)

Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) juga merupakan pegawai penguatkuasa & pegawai penyiasat yang menjalankan penguatkuasaan serta pegawai pendakwa kes-kes melibatkan pelanggaran undang-undang yang berkaitan kesihatan awam.

RINGKASAN TUGAS Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) :

Bertanggungjawab merancang, mengurus, menilai dan melaksana aktiviti kesihatan awam dan kesihatan persekitaran mengikut bidang tugas yang ditetapkan.

  • Kawalan Penyakit (Penyakit Berjangkit, Penyakit Tidak Berjangkit, Penyakit Bawaan Vektor)
  • Keselamatan dan Kualiti Makanan.
  • Bekalan Air dan Kebersihan Alam Sekeliling (BAKAS).
  • Kawalan Mutu Air Minum (KMAM).
  • Kesihatan Awam di Pintu Masuk (Lapangan Terbang, Pelabuhan dan Darat).
  • Penguatkuasaan dan Perundangan.  

Maklumat Jawatan

Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran

Gred: U29
Taraf: Diploma
Gaji Minimum: RM1797.00
Gaji Maksimum: RM5753.00
Kenaikan Gaji Tahunan: RM145.00

Gaji permulaan pada gred U29 adalah RM1797.00

Penempatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran

Seorang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran  U29  biasanya akan ditempatkan di Unit Kesihatan Awam Jabatan Kesihatan Negeri.

Kurikulum Diploma Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran

Tempoh pengajian Diploma Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran adalah selama 3 tahun atau 6 semester. Dalam tempoh itu , anda akan didedahkan  dengan

  • Anatomi
  • Sains Tingkah Laku
  • Krisis Kesihatan
  • Kebersihan makanan
  • Kesihatan Antarabangsa
  • Sains Am
  • Toksikologi Persekitaran
  • Perundangan Kesihatan
  • Sanitasi Persekitaran

Setelah menamatkan pengajian dan memperolehi Diploma Penolong Pegawai Perubatan anda akan dilantik ke jawatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29 di Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tempat Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran

Tempat Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran adalah di Institut Latihan KKM Sungai Buloh,Selangor

Persediaan Temuduga

Untuk persediaan temuduga, anda boleh baca tentang:

  • Info tentang jawatan seperti gaji, kelayakan, gred, dll.
  • Skop kerja dan tanggungjawab seorang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran.
  • Peralatan asas berkaitan perawatan kesihatan.
  • Pengetahuan am berkaitan kesihatan persekitaran.
  • Penyakit berjangkit disebabkan persekitaran kesihatan yang tidak baik.
  • Menteri Kesihatan dan organisasi KKM.
  • Kempen-kempen kesihatan KKM.
  • Isu-isu semasa terkini

35 Contoh Soalan Temuduga Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran

Berikut adalah 35 contoh soalan-soalan yang boleh ditanyakan oleh panel penemuduga dalam temuduga Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran  

  1. Sila perkenalkan diri anda
  2. Dari manakah kamu berasal?
  3. Kenapa anda memilih kerjaya Penolong Kesihatan Persekitaran ?
  4. Apakah skop tugas  Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran?
  5. Anda fikir anda layak ke menjadi Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran?
  6. Apakah visi dan misi Kementerian Kesihatan Malaysia?
  7. Apakah perbezaan Hospital dan Klinik?
  8. Apakah amalan amalan penguna tandas yang bijak?
  9. Bagaimanakah cara untuk mengawal dan mencegah penyakit demam denggi?
  10. Sebutkan 5 kempen-kempen kesihatan yang dianjurkan KKM.
  11. Apakah nama nyamuk yang menyebabkan penyakit Malaria? 
  12. Apakah penyakit terkini yang anda tahu?
  13. Sanggupkah anda bertugas di pedalaman Sabah atau Sarawak?
  14. Siapakah Menteri Kesihatan Malaysia sekarang?
  15. Siapakah nama Menteri Kesihatan sebelum ini?
  16. Siapakah Timbalan Menteri Kesihatan?
  17. Siapakah Ketua Pengarah Kesihatan?
  18. Siapakah Pengarah Kesihatan Negeri?
  19. Berapakah bilangan Insitut Latihan  Kesihatan KKM?
  20. Apakah fasa Covid 19 sekarang di negara kita ?
  21. Dimanakah tempat tempat yang biasanya nyamuk Aedes membiak?
  22. Kenapa pilih Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran ? kenapa tak pilih Penolong Pengawai Perubatan atau Juruteknologi Makmal Perubatan
  23. Terangkan sedikit mengenai penyakit zika
  24. Apakah aktiviti berkaitan kawalan penyakit dan vektor yang dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah?
  25. Sebutkan penyakit bawaan vektor yang kamu tahu.
  26. Siapakah kumpulan sasar Kempen Keluarga Bebas dadah?
  27. Anda boleh kerja berpasukan?
  28. Senaraikan 3 jenis penyakit yang berpunca dari air tercemar
  29. Sebutkan unit unit yang terdapat dalam Unit Kesihatan Awam
  30. Nyatakan 5 contoh Jabatan yang terdapat di hospital kerajaan
  31. Cuba ceritakan kepada kami tentang penyakit kolera.
  32. Terangkan mengapa kami harus pilih anda dan bukan calon  calon yang lain
  33. Berapa lamakah anda akan menjalani Latihan bidang ini?
  34.  Kenapa Pengendali premis makanan perlu mendapat suntikan sebelum dibenarkan beroperasi ?
  35. Anda ada apa apa soalan?

Rujukan Temuduga Separa Perubatan

Dah bersedia untuk temuduga  Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran ?

Ini adalah temuduga jawatan kerajaan. Rujukan persediaan yang paling tepat untuk temuduga Latihan Separa Perubatan ialah Rujukan  Temuduga Separa Perubatan. Contoh jawapan  bagi contoh soalan diatas terdapat dalam Rujukan

3 BONUS PEMBELIAN

Dengan pembelian  melalui laman ini anda  akan diberikan  3 bonus ebook berikut :

1. Ebook  Infografik Kesihatan  versi terkini .

Ebook infografik  setebal lebih 30 mukasurat  ini akan memudahkan persediaan temuduga  anda!. 

 2. Ebook Temuduga Latihan Separa Perubatan

 3. Ebook Info penting Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM)

NAK COACHING TEMUDUGA?

Yang berminat untuk tahu lebih lanjut, boleh baca DISINI