Contoh Soalan Temuduga Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Latihan Separa Perubatan
Tahniah kerana anda lulus PSEE dan akan dipanggil ke temuduga Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran.
Buat persediaan sehabis baik kerana anda hanya selangkah lagi untuk menjadi Pelatih Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Separa Perubatan.
Apa itu Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran ?
Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) yang juga pernah dikenali sebagai Inspektor Kesihatan (IK) atau Merinyu Kesihatan adalah pekerja awam yang bertanggungjawab untuk menyiasat hazard kepada kesihatan dan persekitaran dalam pelbagai lokasi yang berbeza, kemudian mengambil tindakan untuk meminimumkan dan menghapuskan hazard.
Kerjaya Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran meliputi aspek pengawalan, pencegahan dan penguatkuasaan undang-undang dalam aktiviti-aktiviti kesihatan umum seperti kawalan mutu makanan dan kawalan penyakit berjangkit serta kawalan penyakit bawaan vector, kesihatan cara kerja, kesihatan antarabangsa, kebersihan alam sekitar dan aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan.
Di bawah Program Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan, jawatan Inspektor Kesihatan yang bermula dengan gelaran Merinyu Kesihatan, cukup penting bagi meningkatkan taraf kesihatan rakyat di negara ini, sejak sekian lama.
Pada pertengahan tahun 1999 gelaran itu bertukar lagi kepada Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP). Pada 2005, skim jawatan IK (PPKP) dinaik taraf kepada skim bersepadu yang membolehkan mereka berpeluang dinaikkan pangkat daripada kumpulan sokongan kepada kumpulan Profesional dan Pengurusan, seperti juga dinikmati oleh lain-lain anggota paramedik dalam kementerian..
DESKRIPSI TUGAS PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN GRED U29
Peranan utama Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) dalam kesihatan awam adalah mencegah dari berlakunya kejadian penyakit berjangkit dan mengawal apabila berlaku kejadian wabak di sesuatu kawasan.
Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) memberi perkhidmatan kepada Unit Unit dibawah Kementerian Kesihatan atau agensi agensi kerajaan seperti berikut :
- Pihak Berkuasa Kerajaan Tempatan
- Kementerian Pertahanan Malaysia
Berikut adalah unit-unit utama di bawah seliaan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) :
- Unit Inspektorat dan Perundangan (UIP)
- Unit Kawalan Penyakit Berjangkit ( CDC, SURVELAN, TB/KUSTA, AIDS/STI)
- Unit Kawalan Penyakit Bawaan VEKTOR
- Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM)
- Unit Kawalan Mutu Air Minum (KMAM)
- Unit Bekalan Air & Kesihatan Alam Sekeliling (BAKAS)
- Unit Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar (KPAS)
- Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD : LSD & MessVip)
- Unit Kesihatan Antarabangsa (PMA)
- Unit Promosi Kesihatan (UPK)
Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) juga merupakan pegawai penguatkuasa & pegawai penyiasat yang menjalankan penguatkuasaan serta pegawai pendakwa kes-kes melibatkan pelanggaran undang-undang yang berkaitan kesihatan awam.
RINGKASAN TUGAS Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) :
Bertanggungjawab merancang, mengurus, menilai dan melaksana aktiviti kesihatan awam dan kesihatan persekitaran mengikut bidang tugas yang ditetapkan.
- Kawalan Penyakit (Penyakit Berjangkit, Penyakit Tidak Berjangkit, Penyakit Bawaan Vektor)
- Keselamatan dan Kualiti Makanan.
- Bekalan Air dan Kebersihan Alam Sekeliling (BAKAS).
- Kawalan Mutu Air Minum (KMAM).
- Kesihatan Awam di Pintu Masuk (Lapangan Terbang, Pelabuhan dan Darat).
- Penguatkuasaan dan Perundangan.
Maklumat Jawatan
Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
Gred: U29
Taraf: Diploma
Gaji Minimum: RM1797.00
Gaji Maksimum: RM5753.00
Kenaikan Gaji Tahunan: RM145.00
Gaji permulaan pada gred U29 adalah RM1797.00
Penempatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
Seorang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29 biasanya akan ditempatkan di Unit Kesihatan Awam Jabatan Kesihatan Negeri.
Kurikulum Diploma Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
Tempoh pengajian Diploma Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran adalah selama 3 tahun atau 6 semester. Dalam tempoh itu , anda akan didedahkan dengan
- Anatomi
- Sains Tingkah Laku
- Krisis Kesihatan
- Kebersihan makanan
- Kesihatan Antarabangsa
- Sains Am
- Toksikologi Persekitaran
- Perundangan Kesihatan
- Sanitasi Persekitaran
Setelah menamatkan pengajian dan memperolehi Diploma Penolong Pegawai Perubatan anda akan dilantik ke jawatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29 di Kementerian Kesihatan Malaysia.
Tempat Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
Tempat Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran adalah di:
- Institut Latihan KKM Sungai Buloh,Selangor
- Institut Latihan KKM Kuching ( kesihatan Awam),Sarawak
Persediaan Temuduga
Untuk persediaan temuduga, anda boleh baca tentang:
- Info tentang jawatan seperti gaji, kelayakan, gred, dll.
- Skop kerja dan tanggungjawab seorang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran.
- Peralatan asas berkaitan perawatan kesihatan.
- Pengetahuan am berkaitan kesihatan persekitaran.
- Penyakit berjangkit disebabkan persekitaran kesihatan yang tidak baik.
- Menteri Kesihatan dan organisasi KKM.
- Kempen-kempen kesihatan KKM.
- Isu-isu semasa terkini
61 Contoh Soalan Temuduga Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
Berikut adalah 61 contoh soalan-soalan yang boleh ditanyakan oleh panel penemuduga dalam temuduga Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
- Sila perkenalkan diri anda
- Dari manakah kamu berasal?
- Kenapa anda memilih kerjaya Penolong Kesihatan Persekitaran ?
- Apakah skop tugas Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran?
- Anda fikir anda layak ke menjadi Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran?
- Nyatakan kitaran hidup nyamuk
- Deman Denggi berpunca dari nyamuk apa?
- Apakah visi dan misi Kementerian Kesihatan Malaysia?
- Apakah perbezaan Hospital dan Klinik?
- Nyatakan tanda tanda deman denggi
- Namakan jenis demam denggi
- Nyatakan kaedah merawat demam denggi ?
- Sebutkan kempen
- Namakan akta yang melibatkan kawalan penyakit berjangkit
- Akta apakah yang berkaitan dengan pengendalian dan kebersihan makanan.
- Apakah yang dimaksudkan dengan IPU?
- Apakah tahap IPU yang sangat berbahaya
- Senaraikan kesan jerebu kepada kesihatan manusia.
- Senaraikan jenis semburan kabus.
- Haiwan apa perlu dikawal oleh seorang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran.
- Apakah yang dimaksudkan dengan kawalan perosak?
- Apa yang anda tahu tentang penyakit bawaan vektor dan sebutkan beberapa contoh penyakit.
- Apa itu patogen?
- Vektor itu apa?
- Chikungunya merupakan penyakit bawaan vektor apa?
- Senaraikan 3 jenis penyakit yang berpunca dari air tercemar
- Apa yang anda faham yentang unit kesihatan awam
- Sebutkan unit unit yang terdapat dalam unit kesihatan awam
- Apa tugas ppkp di pintu masuk negara seperti di lapangan terbang dan Pelabuhan
- Bilakah tarikh yang diraikan bagi Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran pada setiap tahun?
- Apakah penyakit terkini yang anda tahu?
- Sanggupkah anda bertugas di pendalaman?
- Siapakah Menteri Kesihatan Malaysia?
- Siapakah Timbalan Menteri Kesihatan?
- Siapakah Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia?
- Siapakah Ketua Pengarah Kesihatan?
- Siapakah Pengarah Kesihatan Negeri?
- Siapa Yang DiPertuan Agong Malaysia yang ke 17 dan nama baginda.
- Sebutkan rukun negara.
- Berapakah bilangan Institut Latihan Kesihatan KKM?
- Apa fasa covid-19 sekarang di negara kita?
- Terangkan apa itu mysejahtera dan kaitan dengan KKM.
- Anda fikir anda layak ke menjadi Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran?
- Apa beza penyakit berjangkit dengan penyakit tidak berjangkit?
- Namakan penyakit berjangkit
- Namakan penyakit tidak berjangkit
- Penyakit berjangkit disebarkan oleh medium apa?
- Apakah nama nyamuk yang membawa penyakit malaria?
- Apakah nama bakteria yang menyebabkan penyakit kepialu?
- Apa persamaan cara jangkitan penyakit kepialu dan kolera?
- Leptospirosis dibawa oleh haiwan apa?
- Sebutkan beberapa contoh vaksin
- Sebutkan 3 teras budaya korporat KKM
- Dimanakah latihan diadakan bagi Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran?
- Siapa Perdana Menteri Malaysia yang ke 10?
- Apa slogan kerajaan sekarang ?
- Sebutkan 6 teras madani?
- Terangkan maksud warna warna dalam logo malaysia madani?
- Apa tema hari kebangsaan tahun ini dan ini sambutan kali keberapa?
- Apa itu sistem PADU?
- Ceritakan serba sedikit isu semasa di malaysia ?
- Apa isu semasa kesihatan sekarang?
- Apa itu penyakit mpox ?
- Siapakah Ketua Setiausaha Negara?
- Siapakah Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sekarang ?
- Apakah nama skim penjawat awam yang baru ?
- Apa nama skim lama ?
- Apa kah teras SSPA ?
- Apa kah perbezaan SSPA dengan SSM ?
- Kenapa minta separa perubatan sedangkan anda sudah ada diploma?
- Setakat yang anda maklum,apakah tugas yang bakal anda pikul.?
- Apa kelebihan awak?
- Sebelum temuduga berakhir, ada apa-apa nak katakan kepada kami?
Ingin kan jawapan kepada 61 soalan diatas ? Semuanya ada dalam ebook Temuduga Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran. Disamping itu terdapat soalan extra dan nota ringkas.
Ada 2 pakej ditawarkan.
1) Basic : Ebook Temuduga Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran RM29
2) Upgrade : 3 ebook berikut
i) Temuduga Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
ii) Info KKM
iii) Pengetahuan Am
pada harga RM39 .
Rujukan Temuduga Separa Perubatan
PENGETAHUAN AM MALAYSIAKU
antara kandungan ebook ini :
Nak ebook Temuduga Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran ?
Untuk info lanjut tentang rujukan temuduga , boleh hubungi kami di +60105011537
Atau Wasap kami dengan klik butang dibawah.
NAK COACHING TEMUDUGA?
Yang berminat untuk tahu lebih lanjut, boleh baca DISINI