Contoh Soalan Temuduga Juruteknologi Makmal Perubatan U29 Latihan Separa Perubatan

Tahniah kerana anda lulus PSEE dan akan dipanggil ke temuduga Juruteknologi Makmal Perubatan.

Buat persediaan sehabis baik kerana anda hanya selangkah lagi untuk menjadi Pelatih  Juruteknologi Makmal Perubatan  Separa Perubatan.

 

Apa itu Juruteknologi Makmal Perubatan ?

 Juruteknologi Makmal Perubatan (JTMP) adalah satu daripada beberapa profesion Sains Kesihatan Bersekutu (SKB). Profesion ini tersembunyi daripada umum sebab mereka  bertugas dibelakang tabir, tidak seperti Jururawat dan Penolong Pegawai Perubatan.

JTMP adalah tunjang kepada perkhidmatan makmal perubatan  yang terlibat dalam dalam semua peringkat perkhidmatan makmal iaitu

  • pra-klinikal
  • klinikal
  • dan pasca-klinikal

JTMP ialah profesional  SKB yang terlibat dalam proses pengdiagnosan untuk rawatan, rehabilitasi dan pencegahan melalui ujian-ujian makmal.

DESKRIPSI TUGAS JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN GRED U29

 

  • Fungsi utama JTMP adalah menjalankan ujian ujian diagnostik di makmal-makmal hospital dan klinik kesihatan bagi menghasilkan keputusan ujian untuk membantu pegawai perubatan membuat diagnosis terhadap sesuatu penyakit.

 

  • Ujian diagnostik dilakukan keatas pelbagai jenis spesimen seperti darah,urin,bendalir badan, tinja(stool) dan sampel tisu , bergantung kepada jenis ujian, bidang perkhidmatan makmal perubatan.

 

  • JTMP bertanggungjawab untuk memastikan kesesuaian spesimen yang diterima daripada pesakit  dengan ujian yang dijalankan dan hasil keputusan yang tepat dalam masa yang paling cepat kepada pegawai perubatan untuk rawatan yang berkesan.

SKOP KERJA JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN U29

Antara lain bidang tugas Juruteknologi Makmal Perubatan dari segi penyelidikan dan pentadbiran adalah:

  1. Penyelidikan
  • Mengambil contoh -contoh untuk kajian dari pesakit pesakit dan binatang binatang
  • Menyediakan ujian dan simpanan  reagcut, media , standard solution suspension dan lain lain.
  • Membantu kerja kerja pembedahan mayat yang berkaitan dengan undang undang. 

2. Pentadbiran

  • Menerima, merekod dan mengirim contoh-contoh untuk ujian
  • Menyelenggara perjalanan, pembersihan dan meminyakkan alat alat kelengkapan makmal
  • Membantu dalam pemesanan bekalan dan menyimpan senarai alat alat kelengkapan(inventory)
  • Mengemukakan semua laporan keputusan ujian dan menyimpan peraturan peraturan yang dijalankan dan keputusan ujian-ujian yang diperolehi bagi perkhidmatan, penyelidikan dan pengajian.
  • Memangku dan mengambil tanggung jawab Juruteknologi Makmal Perubatan Tingkatan Khas semasa ketiadaan beliau
  • Tugas tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa ke semasa. 

Maklumat Jawatan

Juruteknologi Makmal Perubatan

Gred: U29
Taraf: Diploma
Gaji Minimum: RM1797.00
Gaji Maksimum: RM5753.00
Kenaikan Gaji Tahunan: RM145.00

Gaji permulaan pada gred U29 adalah RM1797.00

Penempatan Juruteknologi Makmal Perubatan

Seorang Juruteknologi Makmal Perubatan  U29  biasanya akan ditempatkan di makmal makmal  Hospital ,Klinik Kesihatan dan lain lain Institusi Kesihatan Awam

Kurikulum Diploma Juruteknologi Makmal Perubatan

Tempoh pengajian Diploma Juruteknologi Makmal Perubatan adalah selama 3 tahun atau 6 semester. Dalam tempoh itu , anda akan didedahkan  dengan topik utama seperti

  • Kimia
  • Imunologi
  • Statistik dan Matematik
  • Mikrobiologi Perubatan
  • Patologi Anatomi
  • Parasitologi (Kaji Parasit)
  • Mikrobiologi ( Kaji Kuman)
  • Histopatologi ( kaji Tisu)
  • Sitologi ( Kaji Sel)
  • Hematologi (Kaji Darah)
  • Biochemistry (Patologi Kimia)
  • Imunohematologi /Blood bank( Tabung Darah) 
  • Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
  • Biologi Manusia
  •  Biokimia
  • Patologi Kimia
  • Instrumentasi

Setelah menamatkan pengajian dan memperolehi Diploma anda akan dilantik ke jawatan  Juruteknologi Makmal Perubatan Gred U29 di Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tempat Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan

Pelatih Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan akan menjalani latihan selama 3 tahun di :

1) Institut Latihan KKM Kuching , Sarawak.

2) Institut Latihan KKM Kuala Lumpur ( Teknologi Makmal Perubatan).

Persediaan Temuduga

Untuk persediaan temuduga, anda boleh baca tentang:

  • Info tentang jawatan seperti gaji, kelayakan, gred, dll.
  • Skop kerja dan tanggungjawab seorang Juruteknologi Makmal Perubatan.
  • Pengetahuan am berkaitan nama ujian ujian di makmal.
  • Peralatan alatan asas di makmal 
  • Terma terma yang biasa digunakan di makmal perubatan
  • Menteri Kesihatan dan organisasi KKM.
  • Kempen-kempen kesihatan KKM.
  • Isu-isu semasa terkini

Contoh Ujian Di Makmal Perubatan

Contoh Soalan Temuduga Juruteknologi Makmal Perubatan

Dah bersedia untuk temuduga  Juruteknologi Makmal Perubatan Latihan Separa Perubatan  ?

Ini adalah temuduga jawatan kerajaan. Rujukan persediaan yang paling tepat untuk temuduga Latihan Separa Perubatan ialah Rujukan Temuduga Separa Perubatan. 

  1. Sila perkenalkan diri anda
  2. Dari manakah kamu berasal?
  3. Kenapa anda memilih kerjaya Juruteknologi Makmal Perubatan ?
  4. Apakah skop tugas  Juruteknologi Makmal Perubatan?
  5. Anda fikir anda layak ke menjadi Juruteknologi Makmal Perubatan?
  6. Apakah visi dan misi Kementerian Kesihatan Malaysia?
  7. Apakah perbezaan Hospital dan Klinik?
  8. Namakan 2 jenis ujian dimakmal.
  9. Nyatakan kategori jenis darah.
  10. Mengapakah golongan lain tak dapat menderma kepada darah jenis O?
  11. Sanggupkah anda bertugas di pedalaman Sabah?
  12. Siapakah Menteri Kesihatan Malaysia?
  13. Siapakah Timbalan Menteri Kesihatan?
  14. Siapakah Ketua Pengarah Kesihatan?
  15. Siapakah Pengarah Kesihatan Negeri?
  16. Di Institut Latihan KKM manakah pelatih Juruteknologi Makmal Perubatan akan menjalani latihan diploma? 
  17. Apakah fasa Covid 19 sekarang di negara kita ?
  18. Terangkan apa itu  MySejahtera  dan kaitan dengan KKM?
  19. Mengapa kami perlu pilih anda berbanding dengan calon calon yang lain?
  20. Kenapa pilih Juruteknologi Makmal Perubatan ? kenapa tak pilih Pengawai Kesihatan Persekitaran atau Jururawat
  21. Nyatakan 5 contoh Jabatan yang terdapat di hospital kerajaan
  22. Terangkan mengapa kami harus pilih anda dan bukan calon – calon yang lain
  23. Berapa lamakah anda akan menjalani Latihan bidang ini?
  24. Ujian birilubin adalah untuk mengesan penyakit apa?
  25. Kenapakah setengah ujian sampel perlu dijalankan menggunakan kebuk wasap?
  26. Apakah itu ujian hepar?
  27. Apakah risiko bekerja sebagai Juruteknologi Makmal Perubatan?
  28. Berapakah julat  normal bagi ujian glukosa?
  29.  Sebelum temuduga ini berakhir, anda ada apa apa nak  katakan kepada kami?

Rujukan Temuduga Separa Perubatan

3 BONUS PEMBELIAN

Dengan pembelian  melalui laman ini anda  akan diberikan  3 bonus ebook berikut :

1. Ebook  Infografik Kesihatan  versi terkini .

Ebook infografik  setebal lebih 30 mukasurat  ini akan memudahkan persediaan temuduga  anda!. 

 2. Ebook Temuduga Latihan Separa Perubatan

 3. Ebook Info penting Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM)

NAK COACHING TEMUDUGA?

Yang berminat untuk tahu lebih lanjut, boleh baca DISINI

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *