Contoh Soalan Temuduga Penolong Pegawai Farmasi U29 Latihan Separa Perubatan

Tahniah kerana anda lulus PSEE dan akan dipanggil ke temuduga Penolong Pegawai Farmasi.

Buat persediaan sehabis baik kerana anda hanya selangkah lagi untuk menjadi Pelatih Penolong Pegawai Farmasi  Separa Perubatan.

Apa itu Penolong Pegawai Farmasi ?

 Penolong Pegawai Farmasi merupakan penolong kepada Pegawai Farmasi.

Farmasi adalah satu kerjaya dalam bidang kesihatan yang melibatkan aktiviti aktiviti antara lainnya penyediaan,peramuan,penstabilan pengawetan dan pendispensan ubat ubatan serta membekal maklumat tentang ubat.Farmaseutikal pula adalah  nama bagi kajian tentang penghasilan ubat daripada bahan kimia.

Pegawai Farmasi atau Ahli Farmasi  berupaya  memahami  mekanisma biokimia termasuk tindakan dadah, kegunaan dadah, peranan terapeutik, kesan sampingan, potensi tindak balas dadah  dan parameter pemantauan.

Pengetahuan ini digabungkan dengan anatomi, fisiologi dan patofisiologi.

DESKRIPSI TUGAS PENOLONG PEGAWAI FARMASI GRED U29

Antara Skop Tugas Penolong Pegawai Farmasi  adalah :

  1. Memastikan kebersihan farmasi ubat  khasnya di kaunter farmasi ubat, kebersihan gelas -gelas  sukatan dan semua alatan lain.
  2. Memeriksa dan memenuh semua botol botol bancuhan yang kosong, pil pil, losen untuk penyediaan perkhidmatan  pada hari itu.
  3. Pembahagian ubatan kepada pesakit dan memberi keterangan yang jelas dan betul atas kegunaan ubat yang diberikan dengan bahasa yang difahami oleh pesakit.
  4. Membekal campuran losen dan ointment kepada wad wad dengan menentukan label label dengan terang dan bersih.
  5. Membantu Pegawai Farmasi Kanan didalam pungutan hasil.
  6. Membantu didalam menyediakan stok stok yang banyak seperti butir butir campuran, losyen,ointment dan membotolkan dengan segera untuk pembahagian.
  7. Menjalankan kerja digedung ubat atau klinik sebagaimana diarah oleh Penguasa Ahli Kimia Ubat untuk memastikan kelincinan perkhidmatan farmasi.

Senarai Tugas Lain Penolong Pegawai Farmasi

  1. Melaksanakan aktiviti aktivi dalam perkhidmatan  farmasi pesakit luar, farmasi pesakit dalam dan farmasi makmal
  2. Melaksanakan aktiviti kawalan inventori ubat-ubatan dan alat alatan gunahabis
  3. Menjalankan aktiviti kualiti dan penambahbaikan
  4. Menunjukajar  pelatih farmasi  dalam melaksanakan aktiviti aktiviti  perkhidmatan farmasi
  5. Menyelenggara peralatan supaya sentiasa berfungsi dengan baik.

Maklumat Jawatan

Penolong Pegawai Farmasi

Gred: U29
Taraf: Diploma
Gaji Minimum: RM1797.00
Gaji Maksimum: RM5753.00
Kenaikan Gaji Tahunan: RM145.00

Gaji permulaan pada gred U29 adalah RM1797.00

Penempatan Penolong Pegawai Farmasi

Seorang Penolong Pegawai Farmasi  U29  biasanya akan ditempatkan di Jabatan Farmasi Hospital.

Bidang Farmasi Hospital boleh dibahagikan kepada :

  • Pentadbiran Farmasi
  • Farmasi Pesakit Luar dan Kaunseling
  • Perkhidmatan Maklumat Ubat
  • Farmasi Bekalan Wad
  • Perkhidmatan Farmakokinetik
  • Farmasi Onkologi
  • Farmasi  Nutrisi Parenteral Total
  • Perkhidmatan Sediaan Admikstur Intravena
  • Farmasi Perolehan dan Inventori
  • Farmasi Nuklear atau Radiofarmasi

Kurikulum Diploma Penolong Pegawai Farmasi

Tempoh pengajian Diploma Penolong Pegawai Farmasi adalah selama 3 tahun atau 6 semester. Dalam tempoh itu , anda akan didedahkan  dengan topik utama seperti

  • Kimia
  • Biologi
  • Fisiologi
  • Farmaseutik
  • Farmakologi
  • Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
  • Pengenalan Amalan Farmasi
  • Mikrobiologi Asas
  • Kemahiran teknikal Farmasi
  • Sains Tingkah Laku
  • Mikrobiologi Farmaseutik
  • Bahasa Inggeris

Setelah menamatkan pengajian dan memperolehi Diploma Penolong Pegawai Perubatan anda akan dilantik ke jawatan Penolong Pegawai Farmasi Gred U29 di Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tempat Latihan Penolong Pegawai Farmasi

Pelatih Latihan Penolong Pegawai Farmasi akan menjalani latihan selama 3 tahun di Institut Latihan KKM Sultan Azlan Shah, Perak.

Persediaan Temuduga

Untuk persediaan temuduga, anda boleh baca tentang:

  • Info tentang jawatan seperti gaji, kelayakan, gred, dll.
  • Skop kerja dan tanggungjawab seorang Penolong Pegawai Farmasi.
  • Pengetahuan am berkaitan farmasi dan ubat ubatan.
  • Menteri Kesihatan dan organisasi KKM.
  • Kempen-kempen kesihatan KKM.
  • Isu-isu semasa terkini

65 Contoh Soalan Temuduga Penolong Pegawai Farmasi

Berikut adalah 65 contoh soalan-soalan yang boleh ditanyakan oleh panel penemuduga dalam temuduga Penolong Pegawai Farmasi

  1. Sila perkenalkan diri anda
  2. Dari manakah kamu berasal?
  3. Kenapa anda memilih kerjaya Penolong Pegawai Farmasi ?
  4. Apakah skop tugas  Penolong Pegawai Farmasi?
  5. Anda fikir anda layak ke menjadi Penolong Pegawai Farmasi?
  6. Ceritakan sejarah kewujudan perkhidmatan farmasi di Malaysia.bilakah ianya diwujudkan.
  7. Namakan bahagian yang terdapat dalam Bahagian Perkhidmatan Farmasi  Malaysia.
  8. Berikan contoh akta dan polisi dalam bahagian perkhidmatan farmasi malaysia
  9. Bagaimana kah pengiraan ubat dibuat
  10. Apakah jenis peralatan yang digunakan untuk pemberian ubat kepada kanak-kanak?
  11. Namakan ubat yang diambil ketika demam .
  12. Apakah kesan pengambilan paracetamol secara berlebihan?
  13. Individu yang manakah dilarang mengambil paracetamol tanpa nasihat doktor?
  14. Di manakah tempat latihan anda sebagai pelatih penolong pegawai farmasi?
  15. Nyatakan tarikh Hari Farmasi Sedunia diraikan pada setiap tahun.
  16. Dimanakah permohonan lesen racun boleh dibuat?
  17. Adakah pengiklanan produk kosmetik memerlukan kelulusan Lembaga Iklan Ubat (LUI)?
  18. Apakah kegunaan ubat?
  19. Namakan 3 jenis ubat yang biasa diberikan oleh pegawai perubatan .
  20. Macam mana nak beza ubat cecair yg boleh minum ataupun tak boleh minum?
  21.  Apa fungsi ubat antibiotik?
  22. Bagaimana rawatan untuk jangkitan disebabkan virus?
  23.  Sebutkan 3 bahan beracun dalam kosmetik
  24. Andaikan seorang penolong pegawai farmasi tersalah bagi ubat, boleh kah dia di saman?
  25. Bagaimana untuk mengelakkan kesilapan seperti ini berlaku?
  26. Sebutkan gred pangkat kakitangan farmasi
  27. Apa pegawai farmasi cakap/pesan semasa memberi ubat batuk kpd pesakit?
  28. Apa kempen farmasi KKM yang anda tahu?
  29. Apakah visi dan misi Kementerian Kesihatan Malaysia?
  30. Apakah perbezaan hospital dan klinik?
  31. Namakan lima Jabatan yang terdapat di hospital.
  32. Apa kempen2 kesihatan yang dianjurkan oleh KKM?
  33. Siapakah Menteri Kesihatan Malaysia?
  34. Siapakah Timbalan Menteri Kesihatan?
  35. Siapakah Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia?
  36. Siapakah Ketua Pengarah Kesihatan?
  37. Siapakah Pengarah Kesihatan Negeri?
  38. Siapa Yang Dipertuan Agong Malaysia sekarang?
  39. Sebutkan Rukun Negara.
  40. Berapakah bilangan Institut Latihan Kesihatan KKM?
  41. Apa fasa Covid-19 sekarang di negara kita?
  42. Terangkan apa itu MySejahtera dan kaitan dengan KKM.
  43. Terangkan apakah objektif kempen “Kenali Ubat Anda”yang dianjurkan
    KKM ?
  44.  Anda fikir anda layak ke menjadi penolong pegawai farmasi?
  45. Sebutkan beberapa contoh vaksin
  46. Senaraikan jenis suntikan imunisasi kepada bayi , kanak – kanak dan
    dewasa.
  47. Sebutkan 3 teras budaya korporat KKM
  48. Siapa Perdana Menteri Malaysia yang ke 10?
  49. Apa slogan kerajaan sekarang ?
  50. Sebutkan 6 teras Madani?
  51. Terangkan maksud warna warna dalam logo malaysia madani?
  52. Apa tema hari kebangsaan tahun ini dan ini sambutan kali keberapa?
  53. Apa itu sistem PADU?
  54. Ceritakan serba sedikit isu semasa di malaysia ?
  55. Apa isu semasa kesihatan sekarang?
  56. Apa itu penyakit mpox ?
  57. Siapakah Ketua Setiausaha Negara?
  58. Siapakah Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) ?
  59. Apakah nama skim penjawat awam yang baru ?
  60. Apa nama skim lama ?
  61. Apa kah teras SSPA ?
  62. Apa kah perbezaan SSPA dengan SSM ?
  63. Kenapa minta separa perubatan sedangkan anda sudah ada diploma?
  64. Apa kelebihan awak?
  65. Sebelum temuduga berakhir, ada apa-apa nak katakan kepada kami?

Ingin kan jawapan kepada semua soalan diatas ? Semuanya ada dalam ebook Temuduga Penolong Pegawai Farmasi.  Disamping itu terdapat soalan extra dan nota ringkas.

Dengan bayaran RM39 anda akan dapat :

1) Ebook Temuduga Penolong Pegawai Farmasi 

2) Ebook Pengetahuan Am 

3) Grup VVIP telegram Penolong Pegawai Perubatan

PENGETAHUAN AM MALAYSIAKU

antara kandungan ebook ini :

Nak ebook Temuduga Penolong Pegawai Farmasi ?

Untuk info lanjut tentang rujukan temuduga , boleh hubungi kami di +60105011537

Atau Wasap  kami dengan klik butang dibawah.

NAK COACHING TEMUDUGA?

Yang berminat untuk tahu lebih lanjut, boleh baca DISINI