Contoh Soalan Temuduga Jururawat Gred U29
Tahniah kerana anda lulus PSEE dan akan dipanggil ke temuduga Jururawat.
Buat persediaan sehabis baik kerana anda hanya selangkah lagi untuk menjadi Jururawat Gred U29.
Jururawat merupakan sebahagian dari pasukan perubatan yang anda akan temui di hospital dan klinik tak kira milik kerajaan ataupun swasta.Di Malaysia adalah dianggarkan terdapat lebih kurang seramai 130,000 jururawat dalam kedua dua sektor
Tugas tugas Jururawat Gred U29
Berikut merupakan antara tugas Jururawat Gred U29:
- Menjalankan perawatan pemulihan anggota pesakit melalui senaman, cahaya elektrik, sejuk air, urut dan tenaga elektrik
- Merancang program rawatan kepada pesakit supaya dapat memberi kesan yang diperlukan.
- Membantu doktor menentukan jenis penyakit melalui pelbagai ujian ujian keatas pesakit.
- Menyimpan laporan kemajuan pesakit terutama penyakit yang mengambil masa panjang seperti polio.
- Memaklumkan kepada pegawai perubatan atau doktor mengenai kesesuaian sesuatu skim rawatan terhadap seseorang pesakit.
- Membuat pesanan bekalan peralatan.
- Mengajar pesakit pesakit mengenai senaman yang perlu dilakukan di rumah .
- Menjalankan tugas tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan.
Tugas- tugas Jururawat di Hospital
- Di hospital, jururawat bertugas di Wad-wad ,Dewan Bedah, Jabatan Pesakit Luar dan Klinik Klinik Pakar. Fungsi utama ialah memberi perawatan bersepadu atau holistic kepada semua pesakit.
Berikut adalah deskripsi tugas Jururawat di Hospital.
1) Penjagaan Pesakit
- Mengurus dan melayan makan minum pesakit
- Mengurus dan menjaga kebersihan pesakit
- Penjagaan dan merawat ibu selepas bersalin
- Penjagaan dan merawat bayi selepas kelahiran
2) Membantu doktor dalam menjalankan tugas tugas perawatan.
3) Menyelia Penolong Jururawat ,Bidan dan kakitangan bawahan
4) Membantu Ketua Jururawat dalam pentadbiran wad dan penilaian pelatih pelatih.
5) Rawatan -rawatan lain mengikut arahan.
Tugas- tugas Jururawat di Unit Kesihatan
- Di Unit Kesihatan Awam, jururawat bertugas sebagai ahli pasukan kesihatan awam dalam memberi jagaan kesihatan keluarga dan perkhidmatan kesihatan awam dengan objektif untuk meningkatkan taraf kesihatan masyarakat.
Berikut adalah deskripsi tugas Jururawat di Unit Kesihatan:
1) Perawatan Kesihatan Keluarga
- Perkhidmatan kesihatan ibu dan kanak kanak
- Perkhidmatan lawatan ke rumah.
- Perkhidmatan kesihatan disekolah
- Perkhidmatan perancang keluarga
- Pendidikan kesihatan
2) Latihan
- Membantu dalam mengajar pelbagai kategori pelatih separa perubatan semasa latihan mereka
3) Menyelia
- Menyelia pekerja pekerja “Auxilliary” dan kakitangan kesihatan lain dalam kawasan operasi.
- Menyelia bidan kampung dan bidan swasta berdaftar.
4) Pentadbiran
- Mentadbir klinik
- Merancang dan menjalankan lawatan ke rumah
- Menyimpan rekod -rekod dan reten perkhidmatan kesihatan keluarga di dalam kawasan operasi
- Membantu dalam penilaian kakitangan bawahan.
Maklumat Jawatan
Jururawat
Gred: U29
Taraf: Diploma
Gaji Minimum: RM1797.00
Gaji Maksimum: RM5753.00
Kenaikan Gaji Tahunan: RM145.00
Gaji permulaan pada gred U29 adalah RM1797.00
Penempatan Jururawat
Jururawat yang terpilih akan ditempatkan samada di Hospital atau pun di Klinik Kesihatan.
Kurikulum Diploma Jururawat
Calon Jururawat pastinya telah melalui subjek berikut yang diajar di ILKKM semasa belajar dulu tak kira dimana anda belajar .
- Sains Kesihatan
- Perawatan Medikal
- Perawatan Obstetrik
- Perawatan Kesihatan Komuniti
- Perawatan Kecemasan
- Sains Tingkah Laku
- Perawatan Surgikal
- Perawatan Pediatrik
- Perawatan Ginekologi
Jadi buat persediaan temuduga dengan mengulang kaji subjek diatas.
Persediaan Temuduga
Untuk persediaan temuduga, anda boleh baca tentang:
- Info tentang jawatan seperti gaji, kelayakan, gred, dll.
- Skop kerja dan tanggungjawab seorang Jururawat.
- Pengetahuan am berkaitan perawatan kesihatan.
- Istilah asas berkaitan perawatan kesihatan.
- Menteri Kesihatan dan organisasi KKM.
- Kempen-kempen kesihatan KKM.
- Isu-isu semasa terkini
76 Contoh Soalan Temuduga
Berikut adalah 76 contoh soalan-soalan yang boleh ditanyakan oleh panel penemuduga dalam temuduga Jururawat Gred U29
- Sila perkenalkan diri anda
- Dari manakah kamu berasal?
- Kenapa anda memilih kerjaya Jururawat ?
- Apakah skop tugas Jururawat?
- Anda fikir anda layak ke menjadi jururawat?
- Anda seorang lelaki ( untuk calon lelaki),mengapa memilih kerjaya sebagai jururawat sedangkan kerjaya ini sinonim dengan jururawat?
- Apakah visi dan misi Kementerian Kesihatan Malaysia?
- Apakah perbezaan Hospital dan Klinik?
- Apakah fungsi organ- organ dalam badan?
- Apakah itu penyakit kardiovascular?
- Apa yang anda faham tentang piramid makanan?
- Apa kempen-kempen kesihatan yang dianjurkan KKM?
- Apakah BMI?
- Bagaimana mengira BMI?
- Apakah penyakit terkini yang anda tahu?
- Sanggupkah anda bertugas di pendalaman?
- Sanggupkah anda basuh najis pesakit?
- Boleh anda terangkan tentang 3 jenis tulang?
- Apakah nama jantung dalam Bahasa Inggeris?
- Namakan 5 Penyakit Berjangkit
- Namakan 5 Penyakit Tidak Berjangkit
- Apakah Suhu Badan Normal?
- Apakah Suhu Badan Seorang Yang Demam Dan Simptom?
- Sebutkan Beberapa Contoh Vaksin
- Apakah Vital Signs Bila Merawat Pesakit?
- Dimana Letaknya Kedudukan Femur?
- Berapakah Tempoh Masa Untuk Melakukan CPR?
- Apakah Tujuan CPR Dilakukan Terhadap Mangsa Yang Tidak Bernafas?
- Apakah Alat Yang Digunakan Untuk Mendengar Rentak Degupan Jantung Seorang Pesakit?
- Namakan Jenis Darah Yang Anda Tahu.
- Adakah Darah Jenis O Boleh Diterima Oleh Penerima Darah Yang Berdarah A,B,Ab,O?
- .Namakan Penyakit Yang Berkaitan Dengan Darah.
- Namakan Komponen Yang Ada Pada Darah
- Apakah Fungsi Platlet?
- Terangkan Fungsi Darah
- Nyatakan Jenis Saluran Darah :
- Apakah Fungsi Kapileri,Arteri Dan Vena
- Sebutkan 7 R Dalam Memberi Ubat ( Admistration Medications?
- Sebutkan Konsep 5b Dalam Memberi Ubat
- .Namakan Ubat Yang Diambil Ketika Demam .
- Apakah Kesan Pengambilan Paracetamol Secara Berlebihan?
- Individu Yang Manakah Dilarang Mengambil Paracetamol Tanpa Nasihat Doktor?
- Bagaimana Kah Pengiraan Ubat Dibuat
- Apakah Formula Bagi Pengiraan Iv Drip
- Terangkan Sistem Endokrin
- Senaraikan Jenis Kelenjar Manusia Yang Anda Tahu
- Nyatakan 3 Jenis Hormon Yang Dihasilkan Oleh Kelenjar Manusia
- Senaraikan jenis suntikan imunisasi kepada bayi , kanak – kanak dan dewasa.
- Sebutkan 3 Teras Budaya Koporat KKM
- Apakah Pangkat Pangkat Jururawat?
- Jelaskan Perbezaan Antara Matron Dan Sister Dalam Bidang Jururawat.
- Senaraikan Ciri Ciri Penyayang Seorang Jururawat
- Senaraikan 3 Shift Berkerja Jururawat
- Apakah Jabatan Yang Selalu Dimasuki Oleh Jururawat Untuk Tujuan Rawatan?
- Senaraikan Jenis Suntikan Imunisasi Kepada Bayi , Kanak – Kanak Dan Dewasa.
- Siapakah Menteri Kesihatan Malaysia?
- Siapakah Timbalan Menteri Kesihatan?
- Siapakah Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia?
- Siapakah Ketua Pengarah Kesihatan?
- Siapakah Pengarah Kesihatan Negeri?
- Siapa Yang Dipertuan Agong Malaysia?
- Sebutkan Rukun Negara
- Apakah fasa Covid 19 sekarang di negara kita ?
- Terangkan apa itu MySejahtera dan kaitan dengan KKM?
- Siapa Perdana Menteri Malaysia yang ke 10?
- Apa slogan Kerajaan sekarang ?
- Sebutkan 6 teras Madani?
- Apa Kelebihan Awak?
- Apakah Perkara Asas Dalam Menyelesaikan Sebarang Masalah Yang Timbul Di Tempat Kerja Anda?
- Bagaimanakah Anda Menyerap Tekanan Semasa Bekerja?
- Apakah Yang Anda Rasa Yang Membuatkan Anda Lebih Layak Untuk Jawatan Ini Berbanding Calon Lain?
- Yang Mana Satu Lebih Penting, Kreativiti Atau Kecekapan?
- Bagaimana Anda Menyelesaikan Sesuatu Masalah?
- Jawatan Ini Adalah Secara Kontrak. Adakah Anda Masih Mahu Menerimanya?
- Apakah Yang Anda Tahu Mengenai Integriti? Sila Ceritakannya!
- Sebelum Temuduga Berakhir, Ada Apa-Apa Nak Katakan Kepada Kami?
Ingin kan jawapan kepada 76 soalan diatas ? Semuanya ada dalam ebook Temuduga Jururawat Gred U29. Disamping itu terdapat soalan extra dan nota ringkas.
Ada 2 pakej ditawarkan.
1) Basic : Ebook Temuduga Jururawat RM39
2) Upgrade :
3 ebook berikut
i) Temuduga Jururawat
ii) Info KKM
iii) Pengetahuan Am
iv) Grup Telegram VVIP Jururawat Gred U29
pada harga RM49 .
Rujukan Temuduga Jururawat Gred U29
INFO PENTING KKM
Antara kandungan ebook ini
PENGETAHUAN AM MALAYSIAKU
antara kandungan ebook ini :
Nak ebook Temuduga Jururawat ?
Untuk info lanjut tentang rujukan temuduga , boleh hubungi kami di +60105011537
Atau Wasap kami dengan klik butang dibawah.
NAK COACHING TEMUDUGA?
Yang berminat untuk tahu lebih lanjut, boleh baca DISINI